DS 47

7K 201 14
                                    

"I peliklah dengan semua orang,kenapa semua berkelakuan seperti mengenali I ?" Ujar Harraz sambil memandang Risya.

"Er..Ala Firash mesti semua kenal you sebab you kan teman lelaki I lagipun semua orang dengki sebab kita sepadan" Kata Risya lalu ketawa supaya rasa gelisah di dalam dirinya hilang.

"Tapi..."

"You nak percaya cakap I atau orang lain" Kata Risya sambil menyilangkan tangannya ke dada.

"Okey I percaya cakap you sebab you teman wanita I dan takkan you nak tipu I pula" Ujar Harraz sambil tersenyum ke arah Risya namun Risya masih bermasam muka tanda merajuk.

"You" Dengan lemah lembut Harraz berbicara dan memandang ke arah Risya yang masih bermasam muka.

"Nak apa ?" Tanya Risya dengan garang.

"Amboi garangnya teman wanita I ni,janganlah merajuk lagi kita kan nak pergi pantai so muka tu mesti senyum barulah nampak happy" Kata Harraz.

"Ermm,happy lah sangat.ada teman lelaki tetapi lebih percayakan cakap orang lain daripada teman wanita dia" Kata Risya sambil memandang ke arah luar tingkap.

"Dah merajuk dah kalau macam tu apa lagi yang harus I buat untuk pujuk hati you" Harraz mengambil lollipop yang berada di hadapannya lalu dihulurkan kepada Risya.

"Lollipop ? Macam budak-budak" Kata Risya sambil menjeling ke arah Harraz.

"Budak-budak ? Rasanya kekasih hati I sukakan lollipop" Ujar Harraz sambil menunjukkan muka binggung.

"Eh,maksud I you ni macam budak-budak I merajuk selalu beri lollipop" Risya mengambil lollipop daripada tangan Harraz.

"Ingatkan taknak tadi kalau tak nak terima biar I sahaja yang makan" Kata Harraz sambil tersenyum sinis dan memandang Risya yang sudah memasukkan lollipop ke dalam mulutnya.

"Mama !" Panggil Farihah yang sedang bermain air pantai manakala Sara hanya duduk di atas batu yang berdekatan dengan pantai.

"Ya ! Ada apa sayang ?" Tanya Sara sambil tersenyum.

"Tak ada apa-apa sahaja nak panggil mama" Kata Farihah lalu menyambung bermain air pantai.

Sara ternampak kedai yang menjual coklat serta lolipop yang berada tidak jauh dari tempat duduknya.

"Abang" Sara mengingati kisah 5 tahun yang lalu apabila terpandang lolipop di kedai itu.

❀5 tahun yang lalu❀【Flashback】

"Awak,jom pergi ke taman tema" Ajak Sara sambil memandang ke arah Harraz yang sedang memandu.

"Tak payahlah lagipun kita dah besar pergi taman tema buat apa" Kata Harraz.

"Pergi mainlah lagipun dah lama Sara tak pergi ke taman tema,last Sara pergi masa tingkatan 3,bolehlah awak" Kata Sara sambil membuat muka kasihan di hadapan Harraz serta berharap Harraz akan bersetuju dengan permintaannya.

"Tak payahlah lebih baik kita balik boleh berehat" Kata Harraz sambil tersengih ke arah Sara namun Sara menjeling ke arahnya.

Tangan Sara disilangkan ke dada tanda merajuk bibirnya pula dimuncungkan.

"Sara kan dah besar takkan masih nak merajuk" Harraz menyentuh pipi Sara namun ditepis kasar oleh Sara.

"Awak tak sayangkan saya kan sebab tu awak tak sudi bawa saya pergi ke taman tema" Kata Sara bermasam muka.

"Abang sayangkan Saralah,sayang sangat-sangat" Kata Harraz mengusap kepala Sara.

"Don't touch me !" Jerit Sara sambil memandang ke arah Harraz dengan marah.

"Garangnya isteri abang seorang ni" Kata Harraz sebelum mencuit hidung Sara.

"Isteri abang seorang ni ? Maksudnya apa ?" Kata Sara sambil memgencilkan matanya memandang Harraz.

"Faham fahamlah sendiri" Kata Harraz sebelum menguntumkan senyuman dibibirnya.

"Jangan mengada-ngada"Sara mencubit perut Harraz sambil mengetap giginya.

"Ouch" Harraz mengadu kesakitan,tangannya menggosok-gosok tempat yang dicubit Harraz.

"Abang hanya mencinyai Sara seorang sahaja dan Sara seorang sahaja isteri kesayangan abang" Kata Harraz sambil memegang tangan Sara namun Sara masih memandang keluar tingkap kereta.

Harraz memikirkan sesuatu dan dia teringat sesuatu.Harraz mengambil lollipop di hadapannya lalu menghulurkan kepada Sara.

"Nah" Kata Harraz sambil memberikannya kepada Sara.Sara memandang lollipop yang berada di tangan Harraz.

"Nak atau tak nak ? Kalau tak nak abang sahajalah yang makan" Kata Harraz.Sara segera merampas lolipop daripada tangan Harraz.

"Siapa kata Sara tak nak" Sara membuka plastik sebelum memasukkan lollipop ke dalam mulutnya.

"Ingatkan tak nak" Kata Harraz sambil menggeleng kepalanya apabila melihat kelakuan Sara seperti kanak-kanak.

"Harraz ! Bila awak beli lollipop ni ?" Kata Sara sambil menayangkan lolipop yang dipegangnya di hadapan Harraz.

"Adalah lagipun bila pandang lollipop terus teringat yang isteri abang ni sukakan coklat,lollipop,aiskrim dan macam-macam manisan" Kata Harraz sambil menarik pipi Sara menggunakan tangan kirinya.

"Sakitlah" Sara menggosok-gosok pipinya sambil menyumbatkan lollipop ke dalam mulutnya,Dia merenung tajam ke arah Harraz namun Harraz hanya menayangkan senyuman sahaja.

"Sorry" Kata Harraz.

【End flashback】

"Abang,Sara rindukan abang" Kata Sara sambil mengesat air mata yang mengalir keluar tanpa dia sedari.

"Sara ?" Tegur seseorang yang memakai kemeja petak berwarna biru dan berkaca mata hitam.

Sara memandang orang yang berdiri di hadapannya.

"Fadzrin" Kata Sara lalu berdiri.

"Tak sangka kita berjumpa disini setelah 3 tahun tak berjumpa" Kata Fadzrin sambil menggosok belakang lehernya.

"Ha'ahlah dah 3 tahun tak jumpa,yelah kau kan dapat tawaran bekerja di Amerika syarikat mana nak ingat orang kat sini" Kata Sara sambil membuat mata keatas.

"Walaupun aku bekerja di Amerika syarikat,Malaysia tetap berada di hati" Kata Fadzrin sambil menepuk-nepuk dadanya.

"Cis ! Mulut je cakap macam tu tapi hati entah-entah dah tersangkut dengan perempuan kat sana" Kata Sara.

"Buat apa cari orang kat luar negara sedangkan di Malaysia ramai gadis-gadis yang cantik-cantik lepas tu berbudi bahasa pula tu" Kata Fadzrin sambil menanggalkan cermin mata hitamnya.

"Cuma kau tu yang terlalu memilih" Kata Sara sambil menutup mulutnya yang sedang ketawa terbahak-bahak.

"Sedap...."

"Mama !" Baru sahaja Fadzrin hendak berbicara,Farihah memanggil Sara sambil berlari ke arah Sara.

"Mama,ni siapa ?" Tanya Farihah sambil memandang ke arah Fadzrin,Fadzrin melambai-lambai tangan ke arah Farihah.Farihah membalasnya sambil tersenyum manis.

Dia Suamiku ✔(editing)Where stories live. Discover now