DS 56

9.2K 241 16
                                    

"Begitulah ceritanya" Kata Harraz selesai menceritakan semuanya kepada keluarganya.

"Tak sangka Risya begitu obsess dengan kamu sampai sanggup lakukan apa-apa saja untuk mendapatkan kamu" Kata Dato' Asyraf sambil menggelengkan kepalanya selepas mendengar cerita daripada Harraz.

"Nampaknya kita perlu buat laporan polis kerana mommy yakin Risya pasti sedang merancang sesuatu untuk balas dendam kepada kamu sekeluarga dan mommy tak nak hal yang sama berulang lagi" Kata Datin Seri Ayuni.

"Nanti Harraz dan Sara pergi ke balai polis untuk membuat laporan tentang rancangan jahat Risya biar dia dapat balasan yang setimpal atas apa yang telah dia lakukan" Kata Harraz sambil memegang tangan Sara.

"Okey abang" Kata Sara sambil memandang wajah Harraz.

"Mommy cuma nak lihat kamu sekeluarga bahagia dan mommy kesiankan Farihah kerana dia membesar tanpa papa dia disisi selama ini dan ini semua terjadi kerana Risya" Kata Datin Seri Ayuni sambil memandang ke arah Harraz.

"Mommy janganlah risau mulai sekarang Harraz akan lebih berhati-hati kerana Harraz tak kan tinggalkan mereka serta Harraz akan sentiasa melindungi mereka" Kata Harraz sambil berjalan ke arah Datin Seri Ayuni dan memeluk erat mommynya.

"Harraz rindu pelukan mommy selama ini" Kata Harraz sambil mengusap belakang Datin Seri Ayuni yang kedengaran seperti sedang menangis sekarang.

"Mommy pun rindukan kamu Harraz selama 6 tahun ini" Kata Datin Seri Ayuni sambil menggosok belakang Harraz.

"Abang !" Jerit Fanirah apabila ternampak Harraz semasa berjalan memasuki rumahnya.

"Fanirah" Fanirah segera memeluk Harraz kemudia melepaskan pelukan dan memukul lengan Harraz menyebabkan Harraz mengerutkan dahinya.

"Hari tu marah kak Sara di Pizza hut sampai dia menangis tau" Kata Fanirah sambil menjeling ke arah Harraz.

"Betulkah lagipun masa tu abang manalah ingat" Kata Harraz sambil melihat Fanirah yang masam mencuka.

"Yalah Fanirah tahu bukan abang yang salah yang salahnya kak Risya yang jahat tu" Kata Fanirah sambil memandang abangnya kemudian mengukirkan senyuman di bibirnya.

"Apa-apa saja" Kata Harraz sambil mengusap kepala Fanirah menyebabkan Fanirah memarahinya.

"Janganlah sentuh kepala Fanirah !" Renungan tajam diberikan ke arah Harraz namun Harraz sedikit pun tidak gentar malah semakin mengusik adiknya itu.

"Mommy tengok abang ni !" Fanirah mengadu kepada mommynya.

"Mommy dah lama tengok abang kamu dari kecil sampailah dia besar" Kata Datin Seri Ayuni sambil tersenyum.

"Apalah mommy ni" Fanirah mengatur langkahnya menuju ke bilik sebelum menaiki tangga sempat lagi dia menjelir lidah ke arah Harraz namun Harraz buat-buat muka tak kisah.

'Perangainya tetap sama suka sahaja sentuh kepala orang tanpa kebenaran' Gumam hati Sara sambil tersenyum apabila membayangkan perlakuan suaminya.

"Mommy,Harraz masuk ke bilik dulu lagipun dah lewat malam ni" Kata Harraz kepada Datin Seri Ayuni.

"Okey" Kata Datin Seri Ayuni sekadar menghadiakan senyuman manis ke arah Harraz.

"Jom" Ajak Harraz membuatkan Sara memandangnya.

"Sara pun ?" Tanya Sara membuatkan Harraz tergelak melihatnya yang menunjukkan riak wajah bingung.

'Comel juga Sara ni bila buat riak wajah blur nampaknya kena buat dia tunjuk wajah macam ni selalulah' Gumam hati Harraz.

"Takkan abang nak tidur seorang diri pula" Kata Harraz membuatkan pipi Sara berona merah bagaikan tomato segar yang dijual di pasar raya.

"Ou-ouh" Sara segera mengambil beg tangannya dan berdiri sebelum itu dia meminta izin daripada Datin Seri Ayuni dahulu.

"Mommy,Sara masuk tidur" Kata Sara.

"Okey good night" Kata Datin Seri Ayuni kepada Sara sambil tersenyum manis.

"Bilik ni tetap sama walaupun sudah 6 tahun berlalu" Kata Harraz apabila berjalan memasuki biliknya diikuti Sara dari belakang.

"Begitu juga dengan cinta Sara walaupun sudah 6 tahun berlalu cinta dalam hati Sara untuk abang tetap sama tak pernah sekali pun berubah" Kata Sara membuatkan Harraz berpaling memandangnya.

Sara berjalan ke arah balkoni dan memandang bintang di langit,Harraz yang baru datang segera memeluk Sara dari belakang dagunya pula diletakkan di atas bahu Sara menyebabkan Sara dapat merasakan hembusan nafas suaminya manakala tangan Harraz pula erat melilit pinggang Sara.

"Sara rindukan abang ?" Tanya Harraz perlahan namun didengari oleh Sara kerana mulut Harraz dan telingannya sangat dekat.

"Ya,Sara rindukan abang rindu sangat sangat" Kata Sara sambil menutup matanya yang kini sudah dipenuhi air mata.Sungguh dia sangat rindukan saat seperti ini.

"Abang minta maaf sebab tinggalkan Sara terlalu lama" Kata Harraz turut mengalirkan air mata,Harraz dapat mendengar esakan Sara kerana keadaan mereka sangat dekat.

"Abang tahu tak semasa Sara dapat tahu abang dah tak ada,jantung Sara bagaikan berhenti berdetik Sara rasa bagaikan separuh jiwa Sara sudah mati meninggalkan Sara tapi Sara tidak patah semangat kerana apabila Sara pandang Farihah,Sara kata pada diri sendiri 'Aku tak boleh patah semangat kerana aku masih ada Farihah kalau sekarang aku dah patah semangat apatah lagi Farihah yang masih kecil dan tidak tahu apa-apa' Sara pandang Farihah hati Sara terus teringatkan abang kerana wajahnya seiras abang semasa kecil" Luah hati Sara kepada suaminya.

"Abang minta maaf" Kata Harraz dalam keadaan menangis.

"Sara masih ingat lagi,semasa Farihah berusia lima bulan dia menangis tak berhenti-henti semuanya Sara cuba lakukan tapi dia tak berhenti menangis juga last Sara ambil gambar abang lalu diberi kepadanya abang tahu tak apa yang berlaku,Farihah berhenti menangis dan melihat gambar abang sambil tersenyum pada masa itu Sara sedar yang Farihah sudah terlalu rindukan abang dan apabila Farihah semakin membesar dia sering menanyakan tentang gambar lelaki yang diletakkan dia atas meja dengan senang hati Sara menjawab 'itu papa kamu' Farihah bertanya lagi 'kenapa papa tak balik lagi kan dah lama papa pergi ?' Sara rasa bagaikan terkena renjatan elektrik apabila Farihah bertanya soalan seperti itu" Kata Sara sambil menangis teresak-esak.

Harraz segera memusingkan badan Sara dan segera memeluknya.

"Abang minta maaf dan abang janji akan buatkan Risya mendapat balasan atas apa yang telah dia lakukan pada Sara dan Farihah" Kata Harraz sambil mengusap belakang Sara.

"Sara takut Sara tak mampu nak hadapi semua ini tapi disebabkan adanya Farihah Sara berusaha untuk tunjukkan yang Sara adalah wanita yang tabah,kalau Sara lemah apatah lagi Farihah yang masih lagi kecil" Kata Sara,makin menjadi-jadi tangisan Sara.

"Luahkan apa sahaja yang Sara rasa dan my shoulder will be best place if darling want to cry" Kata Harraz sambil mengusap belakang isterinya.

"Syukran abang" Kata Sara membuatkan Harraz tersenyum.

"Aku takkan benarkan kau bahagia sedangkan aku terseksa !" Kata Risya dengan marah dan sekarang dia berada di hadapan rumah Harraz.

"Itu kan kereta Risya perempuan yang cuba hancurkan rumah tangga Harraz dan Sara tapi apa dia buat disini ?" Ujar Fadzrin yang mengikuti kereta Risya dari belakang.

Dia Suamiku ✔(editing)Where stories live. Discover now