"Hai Mina,maaflah aku datang lewat sebab tadi aku perlu jemput Farihah di sekolah" Kata Sara sambil memohon maaf daripada Mina.
"Tak apa lah" Kata Mina sambil mendonggakkan kepala memandang Sara yang masih setia berdiri di sisinya.
"Aku ingatkan kau nak marah dah tadi" Kata Sara sambil menarik kerusi untuk Farihah.
"Thank you mama" Kata Farihah sambil tersenyum memandang Sara.
Kemudian,Sara menarik kerusi buat dirinya serta melabuhkan punggung.
"Pesanlah apa yang kau nak makan" Kata Mina sambil memberikan menu kepada Sara.
"Aku pesan lepas ni sebab aku bukannya datang dengan Farihah sahaja" Kata Sara sambil menolak menu ke depan.
"Kau datang dengan siapa ?" Tanya Mina.
"Hai,maaflah lambat sebab tadi Farhan nak pergi tandas" Kata Harraz yang baru datang bersama Farhan.
Mina memandang ke belakang apabila terdengar suara itu.Matanya membuntang luas kerana terkejut dengan apa yang dilihatnya.
"Ha-Harraz ?" Separa menjerit Mina apabila memandang Harraz di hadapan.
"Maaf saya tak kenal siapa lelaki yang bernama Harraz" Kata Harraz sambil mengerutkan dahinya.
"Tapi..." Percakapan Mina dipotong oleh Sara yang sedang duduk.
"Dia bukan Harraz" Kata Sara sambil tersenyum walaupun dia berat hati untuk meluahkan penyataan itu dari mulutnya sendiri.
"Saya Firash" Kata Harraz pada Mina.
"Ouh,maaf sebab saya terpanggil awak Harraz tadi mungkin sebab wajah awak seiras Harraz" Kata Mina tersenyum kekok.
"It's okey lagipun dah ramai panggil saya menggunakan nama Harraz" Kata Firash sambil menarik kerusi untuk Farhan.
"Mama,Farihah dah lapar lambat lagi nak makan ?" Tanya Farihah sambil melihat menu di hadapannya.
"Kesiannya anak mama ni,pesanlah kamu nak makan apa" Kata Sara sambil mengusap kepala Farihah.
"Okey" Farihah melihat-lihat menu makanan untuk memesan makanan yang hendak dimakannya.
"Mee kari"Secara serentak Harraz dan Farihah berkata menyebabkan Sara bersilih ganti memandang Harraz dan Farihah.
"Adakah ini dinamakan jodoh ?" Sempat lagi Harraz membuat lawak hambar apabila Sara memandang ke arahnya.
"Jodoh uncle dengan mamalah kuat" Jawab Farihah membuatkan pipi Sara berubah kepada kemerah-merahan.
"Tengok tu pipi mama Farihah dah kemerah-merahan" Usik Mina sambil mengangkan kening ke arah Farihah.
"Yalah pipi mama dah kemerah-merahan" Kata Farihah membuatkan Sara semakin malu di hadapan Harraz.
"Ma-mana ada,pipi mama kemerahan sebab dalam cafe ni panas" Kata Sara sambil mengipas dirinya dengan tangan.
"Tapi Farihah tak rasa panas pun" Kata Farihah membuatkan Sara berasa semakin malu lebih-lebih lagi Harraz sedang memandangnya sekarang.
"Kenapa pandang saya macam tu ?" Tanya Sara sambil memandang pelik Harraz yang tidak habis-habis merenungnya.
"Entahlah saya pun tak tahu yang paling penting saya suka lihat awak dalam keadaan sekarang" Kata Harraz sambil tersengih.
"Sara,Betulkah dia ni bukan suami kau ?" Mina menarik Sara lalu membisik di telinga Sara.
"Aku pun tak tahu apa yang dah berlaku sekarang tapi firasat aku kuat mengatakan dia suamiku" Kata Sara perlahan yang didengari oleh Mina sahaja.
"Korang berdua mengumpat pasal saya ? Berdosa tau" Kata Harraz membuatkan Sara dan Mina kembali kepada keadaan sediakala.
"Eh mana ada mengumpat" Kata Mina sambil tersenyum kekok.
"Kalau kita semua berbual seperti ini sampai bilalah kita semua tak akan makan" Kata Farihah.
"Betul,Farhan sokong !" Kata Farhan membuatkan Farihah memandangnya dan mulalah timbul rasa malu dalam Farhan.
"Janganlah pandang saya macam tu,malu tau" Kata Farhan tersipu-sipu malu.
"Okey kita pesan makan sekarang kesiannya kamu pasti dah lapar" Kata Harraz sambil tersenyum ke arah Farihah dan mengusap kepala Farhan.
"Waiter !" Panggil Harraz sambil mengangkat tangannya menyebabkan waiter itu berjalan ke arahnya.
"Encik dan keluarga nak makan apa ?" Tanya waiter itu.
"Diorang hanya kawan saya" Kata Harraz kepada waiter itu.
"Maaf saya ingatkan cik ni isteri encik dan budak perempuan ni anak encik sebab muka budak perempuan ni ada iras dengan encik" Kata waiter itu sambil memandang ke arah Sara dan Farihah.
"It's okey lagipun dah ramai orang salah faham" Kata Harraz sambil mengusap belakang lehernya.
'Adakah semua ini sekadar salah faham sahaja ? Tapi mengapa hati aku kuat mengatakan dia Harraz bukannya Firash ?' Bisik hati Sara,matanya pula memandang Harraz tanpa menyedari Harraz berkali-kali memanggilnya.
"Sara" Harraz menyentuh perlahan tangan Sara menyebabkan Sara tersedar dari lamunannya.
"Ada apa ?" Tanya Sara.
"Awak nak makan apa ?" Tanya Harraz sambil memberikan menu kepada Sara.
"Farihah dah pesan ?" Tanya Sara sambil memandang Farihah disisinya.
"Farihah dah pesan dari tadi lagi" Kata Farihah.
"Ouh kalau macam tu saya nak nasi goreng cina dan juice orange" Kata Sara sambil menutup menu itu lalu ditolak sedikit ke hadapan.
"Okey" Kata waiter itu selesai mencatat semuanya dalam buku nota kecil.Kemudian,dia berjalan ke arah kaunter untuk memberitahu kepada tukang masak.
Beberapa minit kemudian,waiter itu membawa makanan yang dipesan oleh Harraz dan yang lain.
"Wah sedapnya" Kata Farihah lalu menarik mee Kari ke arahnya dan mengambil sudu.
"Semua tadah tangan" Arah Harraz menyebabkan semua menadah tangan dan dia membaca doa manakala yang lain hanya mengaminkanya sahaja.
"Let's eat" Kata Sara sambil mencapai sudunya.
"Lepas ni you nak beli apa pula ?" Tanya Aina yang memegang plastic bag di sebelah tangan kanannya.
"I rasa I nak beli..wait itu kan Firash tapi kenapa dia bersama perempuan perampas tu" Kata Risya lalu berjalan ke arah cafe dengan marah.
"Firash ! You buat apa di sini dengan perempuan yang cuba rosakkan hubungan kita" Tengking Risya menumpukan perhatian ke arah mereka semua.
"Risya,sabar lagipun I tak buat apa-apa pun I just makan dengan mereka semua" Kata Harraz berhenti makan apabila Risya meluru ke arahnya.
"I tak kisah you nak makan dengan sesiapa pun yang penting bukan dengan perempuan ni" Kata Risya sambil menunding jari ke arah Sara.
"Kenapa tak boleh ? Atau kau sembunyikan sesuatu yang kau tak nak semua orang tahu" Kata Sara sambil tersenyum sinis.
"Kau..." Risya mengetap bibir kerana marah apabila Sara berkata seperti itu.Tangannya segera mencapai segelas air lalu mencurahkan (sila betulkan please) air ke Sara namun Harraz segera bangun dan melindungi Sara menyebabkan air terkena baju Harraz.
YOU ARE READING
Dia Suamiku ✔(editing)
RomanceQaisara Asyillie baru berusia 18 tahun namun dia telah dijodohkan dengan Tengku Harraz Niezal Tengku Harraz Niezal yang disangka meninggal dunia dalam kebakaran kereta 5 tahun telah kembali semula ke Malaysia namun dia tidak kenal siapa Qaisara Asy...