DS 32

8.2K 204 4
                                    

“Sara,tengok ramai orang jomlah kita balik lagipun susah nak parking kereta” Kata Harraz.

“Hah ! Tu ada tempat kosong” Tajam sungguh penglihatan Sara,dia segera menunding jari ke arah tempat kereta yang kosong. Harraz hanya menurutinya kerana tidak mahu Sara merajuk,sekarangkan Sara berbadan dua.

“Jom !” Kata Sara pada Harraz.

“Tapi ramai orang lagipun jalan tu sempit mesti panas” Kata Harraz pada Sara.

“Selama ini saya datang ke pasar malam tak pernah pun rasa panas,awak ni saja kan nak cari alasan, kalau macam tu biar saya pergi seorang diri, ye lah ada suami tapi tak nak temankan” Kata Sara lalu keluar dari kereta.

Harraz segera keluar dari kereta. “Sara tunggu” Harraz mengunci kereta. Selepas itu, dia segera ke arah Sara dan memimpin tangan Sara.

“Takkan abang nak biarkan Sara pergi seorang diri,kalau terjadi apa-apa pada Sara, abang pasti takkan maafkan diri abang” Kata Harraz.

“Baru nak sedar” Sara menunjukkan muka masamnya di hadapan Harraz.

“Tak cantik buat macam tu” Harraz menarik pipi Sara. “Sakitlah” Sara menggosok pipinya.

“Jom ! Kita pergi dapatkan apa yang Sara inginkan” Kata Harraz berjalan sambil memimpin Sara.

Mereka berdua tiba di gerai buah. “Banyaknya buah” Kata Sara sambil tangannya mengambil bakul untuk memilih buah.

“Sara kata nak makan buah mangga tadi” Kata Harraz hairan dengan kelakuan isterinya.

“Memang Sara nak makan buah mangga, tapi sekarang Sara nak makan buah limau,buah epal, buah manggis juga, apa-apa pun semua buah yang dijual di gerai ini menggoda Sara suruh beli mereka” Kata Sara sambil memilih buah mangga,buah limau,buah epal,buah manggis dan meletakkan ke dalam bakul serta menghulurkan kepada penjual.

Selepas selesai membeli buah,mereka berdua menuju ke arah gerai steamboat kak nab,steamboat kegemaran Sara sejak sekolah rendah lagi.

“Assalamualaikum kak nab” Tegur Sara sambil tersenyum.

“Waalaikumussalam,eh Sara datang dengan siapa ?” Tanya Kak nab yang sedang meletakkan steamboat ke dalam air panas di hadapannya.

“Datang dengan suami” Kata Sara sambil mengambil pinggan untuk memilih jenis steamboat.

“Ouh,ni suami Sara” Kata Kak nab tidak perasan kehadiran Harraz disisi Sara.

“Ya,handsome-handsome ni suami Saralah” Kata Sara sambil tergelak perlahan dan menghulurkan pinggan kepada Kak nab.

“Sempat lagi kamu usik suami ye” Kata kak nab sambil meletakkan steamboat Sara ke dalam air panas.

“Kami dah biasa macam ni lagipun dia tak kisah,betul tak ?” Sara mengangkat kening kepada Harraz, Harraz hanya mampu senyum paksa.

“Ish kamu ni tak berubah dari dahulu sampai dah kahwin tetap macam dulu,suka bergurau” Kata Kak nab mengangkat steamboat daripada air panas dan membungkuskan dalam plastik.

“Buat apa berubah lagipun Sara memang suka macam ni” Kata Sara.

“Ermm suka hati kamulah asalkan kamu dan suami bahagia selalu” Kata Kak nab sambil meletakkan colek stemboat dan steamboat ke dalam plastik dan menghulurkannya kepada Sara.

“Berapa steamboat ni,kak nab ?” Tanya Sara pada kak nab.

“Rm 19 ringgit je” Kata Kak nab.

“Tapi..”

“Saja kak nab nak belanja kamu lagipun dah lama kak nab tak bagi diskaun kepada kamu” Kata Kak nab.

“Terima kasih kak nab,kalau macam tu kitorang pergi dulu” Kata Sara sambil menghulurkan duit kepada kak nab.

“Sama-sama” Kata kak nab.

Mereka berdua tiba di rumah banglow mereka,semua makanan yang dibeli di pasar malam dibawa Harraz masuk ke dalam rumah.

“Saya nak pergi ambil pinggan mangkuk” Kata Sara baru sahaja hendak mengatur langkahnya ke dapur dihalang oleh Harraz.

“Sara duduklah,biarlah abang yang pergi ambilkan” Kata Harraz sambil menyuruh Sara duduk.

“Tak apa biar saya bantu awak ambil minuman” Kata Sara sambil tersengih.

“Ermm..okey” Kata Harraz lalu menuju ke dapur untuk mengambil pinggan dan mangkuk serta pisau manakala Sara mengambil air sejuk di dalam peti dan gelas.

“Sedap tak ?” Tanya Sara pada Harraz yang sedang makan steamboat seorang diri.

“Sedap juga,tak sangka makanan pasar malam sedap” Kata Harraz sambil meneguk air sejuk.

“Tadi rasanya orang tu kata dia tak nak pergi pasar malam tapi sekarang dialah yang puji makanan pasar malam sedap” Sindir Sara lalu memasukkan buah mangga ke dalam mulutnya.

“Ya,abang silap tadi” Kata Harraz masih lagi makan steamboat.

“Hahaha okey” Kata Sara sambil menikmati buah mangga seorang diri tanpa menawarkan sedikit pun kepada Harraz.

“Sara nak steamboat ?” Tanya Harraz.

“Tak apa lah awak habiskan sebab saya nak menikmati buah mangga ni” Kata Sara sambil menguyah buah mangga di dalam mulut.

“Betul ni tak menyesal ?” Tanya Harraz sambil makannya di hadapan Sara.

“Betul lagipun saya tak rasa pun nak makan apa-apa selain daripada semua buah ni” Kata Sara lalu mengambil buah limau di hadapannya.

“Okey tapi ingat abang dah tawarkan tapi sara yang tak nak” Kata Harraz lalu menghabiskan steamboat di hadapannya.

“Erkk” Harraz sendawa kerana terlalu kenyang.

“Pengotorlah awak ni” Kata Sara lalu meletakkan pisau ke dalam pinggan dan mengambil buah serta menyimpannya ke dalam peti ais.

“Maaflah sayang” Kata Harraz lalu membawa semuanya ke singki serta mencucinya.

“Tak perlulah cuci,biar saya je yang buat esok” Kata Sara pada Harraz.

“Dah siap dah pun,jomlah tidur” Kata Harraz pada Sara.

“Jomlah lagipun Sara dah mengantuk” Kata Sara sambil tersengih kerana kepalanya dirangkul oleh Harraz.

Dia Suamiku ✔(editing)Where stories live. Discover now