DS 33

7.9K 186 0
                                    

"Harraz !" Panggil Sara sambil membawa telefon bimbit Harraz yang tertinggal di atas meja makan.

Harraz berpaling apabila mendengar namanya dipanggil oleh Sara. "Ouh thank you" Ucap Harraz lalu mengambil telefon bimbit yang dihulurkan oleh Sara kepadanya.

"Hari ni saya nak pergi akuarium dan shopping mall dengan Mina" Kata Sara meminta izin dari suaminya.

Harraz mengambil dompetnya di dalam poket belakang seluar, Harraz mengambil beberapa helai wang kertas yang bernilai Rm 100 ringgit.

"Nah ! Sara belanja je apa yang Sara nak" Kata Harraz sambil menghulurkan beberapa helai wang kertas kepada Sara.

"Harraz,tapi banyak sangat wang yang awak beri pada saya" Kata Sara.

"Tak apa,ambil je lagipun abang beri pada isteri abang sendiri bukannya beri pada perempuan lain" Kata Harraz lalu mengambil tangan Sara dan meletakkan wang kertas dalam tangan Sara.

"Thanks honey" Ucap Sara sambil tersengih menayangkan giginya di hadapan Harraz.

"Papa pergi kerja dulu" Kata Harraz pada anaknya walaupun perut Sara masih kempis.

"Ya papa,tapi jangan pulang lambat nanti mama rindu" Kata Sara sambil membuat suara kanak-kanak.

"Abang pergi kerja dulu,jaga diri baik-baik" Kata Harraz sambil mengusap-usap kepala Sara.

"Okey kapten" Kata Sara sambil membuat gaya macam askar di hadapan Harraz lalu tersengih. Sara mencium tangan Harraz.

Apabila Harraz sudah berangkat pergi kerja,Sara menutup pintu dan masuk ke dalam bilik untuk bersiap.

Selesai bersiap,dia mengambil telefon di atas laci untuk menghubungi Mina,sahabat baiknya.

"Assalamualaikum"

"Waalaikumussalam Sara,aku dah nak sampai dah kat rumah kau ni"

"Ouh ye ke ? Nanti aku tunggu kau kat luar,aku pakai baju warna biru muda"
"Okey kalau macam tu aku letak telefon dulu"

"Okey,bye"

"bye"

Sara segera mengambil beg silangnya yang berwarna putih serta sandal berwarna putih di dalam rak kasut.

Sara berjalan menuruni tangga dan mengambil kunci rumah di atas laci berdekatan dengan pintu. Selepas itu dia mengunci pintu serta menunggu kedatangan Mina.

"Hah ! Tu pun Sara" Kata Mina sambil menunding jari ke arah Sara yang sedang melambai-lambai tangan.

"Maaflah kalau kitorang lambat, rumah kau ni susah sikit nak cari" Kata Mina membuatkan Sara pelik apabila Mina sebut perkataan 'kitorang' semasa bercakap.

"Kitorang ? Maksud kau siapa seorang lagi ?" Tanya Sara. Tiba-tiba seorang lelaki keluar dari kereta. Lelaki itu kelihatan sangat mengenali Sara.

"Assalamualaikum Sara,lama aku tak jumpa kau,tak sangka kau dah berkahwin sekarang" Kata lelaki itu sambil menanggalkan cermin mata hitam.

"Waalaikumussalam Khuzairi,aku pun dah lama tak jumpa kau,kau pergi mana selama ni ?" Tanya Sara seolah-olah tidak percaya Khuzairi berada dihadapannya.

"Aku baru balik dari kanada sebab ada hal yang perlu diuruskan disini" Kata Khuzairi.

"Ouh,jap aku nak tanya apa hubungan kau dan Mina ?" Tanya Sara sambil memandang Mina dan Khuzairi.

"Sebenarnya kitorang dah bercinta selama 2 tahun dan kitorang akan melangsungkan perkahwinan pada bulan 4 tahun depan" Kata Mina sambil tersenyum.

"Ouh,eh lama pula kita berbual jom lah bertolak sekarang" Kata Sara.

"Jom" Kata Mina dan Khuzairi secara serentak.

Mina dan Sara duduk di kerusi belakang manakala Khuzairi menjadi pemandu peribadi mereka yang percuma.

"Tak sangka kau terima juga Khuzairi dulu bukan main kau tolak dia" Kata Sara sambil tergelak kecil.

"Kau cakap apa ni Sara,malulah aku nanti" Kata Mina mencetuskan ketawa antara Khuzairi dan Sara.

"Malu tapi mahu" Kata Sara tak habis-habis mengusik Mina. Kini wajah Mina tidak ubah seperti tomato yang segar dijual di pasar raya.

"Ya betul kata kau Sara malu tapi mahu,aku ingat lagi masa dia tolak aku dulu pastu masa waktu petang dia datang jumpa aku untuk minta maaf sebab kata macam tu pada aku" Kata Khuzairi menyebabkan muka Mina semakin merah.

"Apa korang ni ? Seronok dapat kenakan aku. Tak apa ada ubi ada batas ada hari aku balas" Kata Mina sambil menyilangkan tangan dan muncungkan bibir tanda merajuk.

"Hah ! Dah merajuk tuan puteri kau,so kau perlulah pujuk dia nanti" Kata Sara sambil tergelak kecil.

"Tak apa dia tak merajuk lama pun, nanti pandailah aku nak pujuk kalau dia dah pandai merajuk lama-lama" Kata Khuzairi sambil tergelak kecil dan memandang Mina menggunakan cermin di hadapannya.

"Lagipun dia comel bila merajuk" Kata Khuzairi menyebabkan wajah Mina kemerah-merahan akibat malu diusik oleh kekasihnya.

Beberapa minit mereka tiba di akuarium, Mina dan Sara yang terlajak gembira masuk dahulu meninggalkan Khuzairi di belakang.

"Ini padahnya bila keluar dengan perempuan,pasti kau akan ditinggalkan apabila mereka terlebih excited" Kata Khuzairi sambil berjalan memasuki akuarium seorang diri.

"Sara,dah lama aku tak jumpa kau" Kata Fadzrin lalu masuk ke dalam akuarium.

"Mina,tengok tu ada ikan jerung nak makan kau" Kata Sara sambil menunding jari ke arah ikan jerung yang berada di hadapannya.

"Dia kata dia tak nak makan aku sebab aku ni baik,cantik dan peramah" Kata Mina sambil memuji dirinya sendiri.

"Mina,comelnya ikan buntal tu" Kata Sara sambil merapatkan muka pada permukaan kaca semata-mata untuk memandang ikan buntal lebih dekat.

"Sejak kau mengandung ni pelik betul sikap kau, dulu kau kata ikan buntal ni hodoh tapi sekarang kau kata ikan buntal comel pula" Kata Mina sambil menggelengkan kepalanya.

"Comellah" Kata Sara sambil berpaling memandang Mina di belakang,Sara ternampak Fadzrin yang berada tidak jauh darinya. Sara segera menarik tangan Mina untuk keluar dari akuarium.

"Kenapa kau tarik aku ?" Tanya Mina sambil menayangkan muka yang hairan di hadapan Sara.

"Aku...aku..."

"Aku apa ?" Mina berasa pelik dengan kelakuan Sara.

"Aku lapar !" Kata Sara secara tiba-tiba ayat itu keluar dari mulutnya.

Dia Suamiku ✔(editing)Where stories live. Discover now