“Mak cik,saya nak 2 nasi lemak dan 2 teh'o ais” Pesan Harraz pada penjual.
Penjual itu datang membawa 2 pinggan nasi lemak dan 2 gelas teh'o ais ke meja mereka berdua.
“Terima kasih” Ucap Harraz
“Sama-sama” Kata penjual itu
“Enjoy your breakfast with me” Kata Harraz sambil tersenyum.
“Thanks for everything” Kata Sara.
Mereka berdua menikmati Nasi lemak sambil memandang persekitaran pantai yang tenang.
Selepas itu,mereka berdua melakukan aktiviti seperti yang Harraz rancang sebelum datang ke pantai.
Mereka membina istana pasir bersama-sama. Tiba-tiba ada seorang budak lelaki datang ke arah mereka dan memandang istana pasir.
“Cantiknya” puji budak lelaki itu
“Adik suka ?” Tanya Sara sambil mencangkung dan memegang bahu budak lelaki itu.
“Suka” Budak lelaki itu mengangguk sambil tersenyum.
“kalau kakak hadiahkan istana pasir ini,adik nak ?” Tanya Sara
“Nak” Kata budak lelaki itu
“Rayzan !” Panggil wanita yang berumur dalam lingkungan 30 an sambil berjalan menuju ke arah budak lelaki itu, Sara segera berdiri.
“Ibu” Rayzan berpaling memandang perempuan itu
“Rayzan,puas ibu cari kamu merata tempat, alhamdulillah kamu berada di sini rupanya lega hati ibu” Kata perempuan itu sambil memeluk anaknya, Rayzan
“Kak Syakila ?” Teka Harraz pada perempuan itu
“Eh Harraz, kau ada di sini” Kata perempuan yang bernama Syakila
Sara pula bingung memandang mereka berdua.
“Sara, kenalkan ini kak syakila, dia senior abang waktu persekolahan dulu dan Kak Syakila, kenalkan ini isteri Harraz” Kata Harraz
“Hai, Sara” Sara menghulurkan tangannya bersalam.
“Kak syakila” Syakila bersalaman dengan Sara
“Hah ! Harraz tak jemput pun kak syakila masa kahwin hari tu” Kata Syakila
“I'm sorry” Kata Harraz
“hahaha Kak Syakila gurau je lah lagipun kalau Harraz jemput pun Kak Syakila tak boleh datang” Kata Syakila
“Kenapa ?” Tanya Harraz
“Kak Syakila menetap di Seoul,Korea lagipun kelmarin baru sahaja sampai ke Malaysia dan Lusa kami perlu bertolak pulang kerana abang
Raykal ada kerja” Kata Syakila“Ouh,patut anak pun ada iras Korea” Kata Harraz membuatkan Syakila geli hati.
“Ibu, I'm hungry” Kata Rayzan
“Ouh,you hungry..alolo kesiannya anak ibu ni,jom lah kita pergi makan” Kata Syakila
“Harraz, Kak syakila pergi dulu” Kata Syakila
“Okey” Kata Harraz
“Bye kakak cantik” Rayzan melambai tangan ke arah Sara sambil tersenyum
“Bye adik comel” Kata Sara sambil melambai-lambai tangannya dan tersenyum manis
“Kan best kalau ada junior dalam keluar kita” Kata Harraz
Sara berpaling memandang Harraz dan merenung tajam kearah Harraz
“Betullah apa yang abang cakap” Kata Harraz
“Sara ada kata salah ?” Kata Sara
“Sara,jom!” Harraz menarik masuk ke dalam air.
“Basahlah” Kata Sara sambil menyilangkan tangan
“Tak apa, Abang pun basah juga” Kata Harraz sambil merenjis-renjis air ke Sara
“Nak lawan ? Fine” Sara membalas semula
Harraz lari daripada Sara “Jangan larilah, ingat Sara tak boleh kejar” Kata Sara sambil mengejar Harraz dari belakang.
“Kejarlah kalau boleh,kalau Sara boleh tangkap abang, abang janji akan penuhi permintaan Sara” Kata Harraz sambil berlari ke belakang dan memandang Sara
“Ouch” Sara terjatuh dan mengadu sakit.
Harraz segera berlari mendapatkan Sara dan bertanya “Are you okey ?”
“Yeah dah dapat tangkap” Sara memeluk Harraz dengan erat
“Sara main tipu” Kata Harraz
“Mana ada Sara tipu, betullah Sara terjatuh, Awak tolong gendong saya boleh ?” Pinta Sara
“Naiklah” Harraz membongkokkan badan di hadapan Sara untuk memudahkan Sara naik ke belakangnya.
“Now let's go” Kata Sara ditelinga Harraz.
“Let's go” Jerit Harraz sambil berjalan dan mengendong Sara di belakang.
YOU ARE READING
Dia Suamiku ✔(editing)
RomanceQaisara Asyillie baru berusia 18 tahun namun dia telah dijodohkan dengan Tengku Harraz Niezal Tengku Harraz Niezal yang disangka meninggal dunia dalam kebakaran kereta 5 tahun telah kembali semula ke Malaysia namun dia tidak kenal siapa Qaisara Asy...