"AWAK" Sara memanggil Harraz yang sedang menyimpan sejadah.
"Nak apa,Sara ?" Soal Harraz sambil berjalan ke arah Sara.
"Jom tengok tv" Kata Sara.
"Ingatkan apalah tadi" Kata Harraz sambil menjentik dahi Sara dengan perlahan sahaja.Harraz segera keluar dari bilik.
"Apa ini ? main jentik dahi orang" Kata Sara sambil memegang dahinya.Sara segera turun dari katil dan keluar dari bilik.
Selesai solat isyak,Sara dan Harraz keluar dari bilik untuk menonton televisyen di ruang tamu bersama-sama.
Harraz memilih cerita ''train to Busan''.Kerana dia tahu bahawa Sara minta korean drama or movie.
"Ermm,Awak !" Panggil Sara yang duduk bersebelah Harraz sambil memeluk bantal.
"Apa ?" Tanya Harraz namun matanya tetap fokus pada televisyen.
"Ermm tak ada apa-apalah" Kata Sara berubah fikiran.
"Beritahu sajalah apa yang Sara nak beritahu tadi" Kata Harraz lalu mengalihkan pandangannya memandang Sara.
"Biarlah,Sara lupa nak beritahu apa tadi" Kata Sara sambil tersengih menayangkan giginya.
"Baik sayang beritahu sebelum abang..." Harraz tidak menghabiskan kata-katanya kemudian ditayangkan senyuman sengit kepada Sara.
"Abang apa ?" Kata Sara sambil mengerutkan dahinya.
"Terima kasih sebab panggil abang" Kata Harraz tergelak kecil.
"Awak kenakan saya ya Encik Harraz" Kata Sara lalu menarik hidung Harraz.
"Mana ada" Kata Harraz diakhiri dengan ketawa dan memegang hidungnya yang merah akibat ditarik Sara.
"Ermm,okey fine" Sara pandang ke arah televisyen kebetulan pada waktu itu zombie muncul terpapar pada skrin televisyen.
"Zombie !" Jerit Sara lalu memeluk Harraz dengan erat.
"Zombie dah hilang cik Sara" Kata Harraz.
"Tipu zombie mesti ada lagi" Kata Sara tidak mahu melepaskan pelukannya daripada Harraz.
"Kalau nak peluk beritahulah jangan gunakan alasan 'zombie' abang tahulah badan abang tegap sebab itu awak tak nak lepaskan" Kata Harraz kepada Sara dengan serta merta Sara melepaskan pelukan.
"Eh perasannya,saya peluk awak sebab saya terkejut sajalah mana ada sebab lain" Kata Sara sambil menjelingkan ke arah Harraz.
"Comelnya jelinglah lagi" Sindir Harraz kepada Sara.
"Memang pun,saya comel daripada awak" Kata Sara.
"Sara,kalau awak takut Peluklah abang mungkin ketakutan itu akan hilang lepas awak peluk abang" Kata-kata Harraz membuatkan muka Sara kemerah-merahan disebabkan usikan manja daripada Harraz.
"Saya peluk awak sebab tak sengajalah" Kata Sara sambil menggosok belakang lehernya.
"Betul tak sengaja ?" Tanya Harraz sambil menarik pipi Sara yang gebu.
"Betullah tak akan bohong pula" Kata Sara dengan nada yang sedikit tinggi.
"Tapi..."
"Nak tengok ceritakah atau nak berbual ?" Soal Sara kepada Harraz.
"Okeylah kita sambung tengok tv,muka tu janganlah masam sahaja cubalah senyum sikit baru manis" Kata Harraz kepada Sara.Namun,Sara hanya bluetick Sahaja.Kesian.
"Sedihnya kenapa ayah dia mati ?" Soal Sara yang sudah kebasahan akibat dibanjiri dengan air mata.
"Alah dia berlakon saja mana ada mati mesti ayah dia sedang minum kopi sekarang" Kata Harraz kepada Sara.
YOU ARE READING
Dia Suamiku ✔(editing)
Roman d'amourQaisara Asyillie baru berusia 18 tahun namun dia telah dijodohkan dengan Tengku Harraz Niezal Tengku Harraz Niezal yang disangka meninggal dunia dalam kebakaran kereta 5 tahun telah kembali semula ke Malaysia namun dia tidak kenal siapa Qaisara Asy...