BINGKAI gambar yang berada di atas meja dicapai oleh Sara apabila dia memasuki ke dalam bilik itu.
"Senyuman dia sangat manis tetapi kenapa sekarang senyuman dia dah hilang ?" Kata Sara sambil memandang gambar Harraz.
"Apa yang sudah berlaku ? Adakah aku penyebabnya ?" Soal Sara sambil memikirkan Harraz.
"Penyebab apa ?" Soal Qaleesha yang melalui bilik itu lalu dia melangkah masuk dan duduk di atas katil.
"Eh tak ada apalah kak ngah" Kata Sara sambil tersengih dan menggosok belakang lehernya.
"Betulkah ? Kalau ada masalah ceritalah pada kak ngah.Jangan pula kamu pendam seorang diri nanti kamu juga yang merana" Kata Qaleesha lalu bangun dan menepuk-tepuk bahu Sara.
"Betullah kak ngah,orang periang macam Sara ni nak ada masalah lambat lagi,kak ngah janganlah risau Sara kan dah besar so kalau ada masalah pandai-pandailah Sara uruskan" Kata Sara sambil mengukir senyuman.
"Ikut suka hati kamulah janji kamu bahagia" Kata Qaleesha sambil menggelengkan kepalanya memikirkan perihal Sara.
"Baik boss" Kata Sara sambil mengangkat keningnya.
Pada waktu malam,Sara tidak dapat tidur dengan lena kerana dia asyik memikirkan hari perkahwinannya yang akan berlangsung esok dan hati Sara asyik berdebar-debar kerana esok menjadi hari rasmi Sara bertukar status dari cik Qaisara asyillie kepada puan Qaisara asyillie.
"Sara" Puan Diana membuka pintu bilik Sara dan menjeguk kepalanya dari luar bilik.
"Apa ma ?" Sara berpaling kebelakang dan memandang Puan Diana sambil tersenyum manis.
Puan Diana mengatur langkahnya untuk masuk ke dalam bilik Sara dan melabuhkan punggung diatas katil manakala Sara segera mengambil tempat di sebelah Puan Diana.
"Sara" Puan Diana memegang tangan Sara sambil mengusap tangan Sara dengan begitu lembut sekali.
"Kenapa ni,ma ?" Tanya Sara sambil memandang bingung ke arah Puan Diana dan tertanya-tanya kepada dirinya sendiri apa yang Puan Diana hendak memberitahunya.
"Mulai esok Sara dah jadi tanggungjawab suami Sara dan Sara mesti patuh akan arahan suami Sara kerana syurga Sara sudah terletak di bawah telapak kaki suami" kata Puan Diana sambil memegang pipi Sara yang halus mulus bak kulit bayi.
"Sara janji Sara akan jaga masjid yang bakal dibina esok" kata Sara tersenyum girang sehingga menampakkan giginya.
"Tapi mesti selepas ini Sara sibuk dengan urusan rumah tangga Sara dan mama akan kesunyian" Kata Puan Diana sambil menunjukan riak wajah sedih.
"Mama,Sara bukannya nak pergi jauh pun lagipun Sara kan kahwin dengan orang Malaysia so mama pergilah ke rumah Sara kalau mama rindukan Sara" Kata Sara sambil memegang kedua belah pipi Puan Diana.
"Okey" Kata Puan Diana.
"Sekarang senyum tak naklah masam mencuka macam ni" Kata Sara sambil menarik pipinya supaya dia kelihatan lawak di hadapan Puan Diana.
"Kamu ni ada-ada sajalah" Kata Puan Diana lalu ketawa melihat aksi Sara yang tidak pernah mengecewakan Puan Diana.
"Tengok tu kan cantik kalau mama sentiasa ketawa seperti ini barulah abah bertambah sayang pada mama" Kata Sara sambil menutup mulutnya yang sedang ketawa.
"Kamu merepek saja" Kata Puan Diana sambil menggelengkan kepalanya apabila melihat telatah Sara tidak ubah seperti budak kecil.
"Lega hati mama kalau kamu sentiasa tersenyum seperti sekarang dan mama harap kamu akan sentiasa bahagia bersama orang yang kamu cintai,tak apalah Sara,mama dah mengantuk Sara pun mesti tidur awal jangan pula tidur lewat" Kata Puan Diana lalu berdiri dan berjalan keluar dari bilik Sara.
YOU ARE READING
Dia Suamiku ✔(editing)
Roman d'amourQaisara Asyillie baru berusia 18 tahun namun dia telah dijodohkan dengan Tengku Harraz Niezal Tengku Harraz Niezal yang disangka meninggal dunia dalam kebakaran kereta 5 tahun telah kembali semula ke Malaysia namun dia tidak kenal siapa Qaisara Asy...