DS 46

7.3K 210 15
                                    

"Farihah ! Cepatlah" Jerit Sara dari bawah yang sedang menunggu Farihah di hadapan pintu rumah.

"Hah ! Mama kamu dah panggil tu" Kata Fanirah pada Farihah yang sedang meletakkan penyepit rambut bunga mawar di sebelah kiri rambutnya.

"Dah siap,Mak su Farihah pergi dulu" Kata Farihah sambil menyilangkan beg silangnya ke badan.

"Jaga diri baik-baik,jangan nakal-nakal apabila sampai di pantai,Farihah ni kalau teruja sampai susah orang nak kawal" Kata Fanirah sambil mengusap kepala Farihah.

"Mana ada tak apa lah Mak su Farihah pergi dulu" Kata Farihah lalu bersalam dengan Fanirah sebelum keluar dari bilik untuk turun ke bawah.

"Maaf mama,Farihah lambat" Kata Farihah sambil tersengih menayangkan giginya,mula timbul rasa bersalah kerana membiarkan Sara menunggu lama.

"Ermm mama maafkan Farihah sebab mama sayangkan Farihah,sekarang salam dengan Tok mi" Kata Sara menyuruh Farihah bersalam dengan Datin Seri Ayuni.

"Tok ni,Farihah pergi dulu" Kata Farihah lalu bersalam dengan Dating Seri Ayuni.

"Jaga diri baik-baik,Jangan main air pantai kamu tu tak pandai berenang" Kata Datin Seri Ayuni sambil mengusap kepala Farihah,Farihah hanya menayangkan sengihan sahaja.

"Mommy Sara dan Farihah pergi dulu" Sara bersalaman dan berlaga pipi dengan Datin Seri Ayuni sebelum berangkat pergi ke pantai.

"Farihah,gembira tak ?" Tanya Sara yang sedang memandu pada Farihah yang sibuk melayani game kegemarannya iaitu Slenderina.

"Mama !" Terjerit Farihah dibuatnya apabila hantu tiba-tiba keluar semasa dia mencari kunci.

"Hah ! Main lagi game hantu tu kan dah terjerit panggil mama" Kata Sara sambil memandang Farihah lalu tersenyum.

"Bestlah mama cuba mama main mesti terjerit juga" Kata Farihah sambil mengangkat keningnya ke arah Sara.

"Tak ada maknanya mama nak main game semua ni,mama bukannya budak-budak lagi" Kata Sara sambil mengosok kepala Farihah dengan tangan kirinya.

"Sebenarnya mama takutkan ala mengaku sahaja yang mama takut" Kata Farihah sambil meletakkan telefon di dalam beg silangnya.

"Farihah lapar ?" Tanya Sara yang cuba menukar topik perbualan namun ia dapat dikesan oleh Farihah.

"Jangan tukar topiklah Ma,Farihah tahu mama takutkan sebab tu mama tak nak mengaku" Kata Farihah lalu ketawa.

'Mama harap sangat Farihah dapat ketawa seperti ini setiap hari,mama tak nak lihat Farihah menangis lagi' Gumam hati Sara,hatinya berasa sungguh lega apabila mendengar Farihah ketawa.

"Yelah mama mengaku mama pun penakut" Kata Sara akhirnya mengaku jua.

"Nampak Farihah dah tahu dari siapa Farihah mewarisi sifat penakut ini" Kata Farihah sambil menutup mulutnya yang ketawa tak henti-henti.

"Farihah suka sakat mama,nak merajuklah macam ni" Kata Sara sambil muncungkan bibirnya.

"Kalau mama merajuk,Farihah pun nak merajuk juga lah" Farihah menyilangkan tangannya dan mengajuk Sara dengan memuncungkan bibirnya.

"Ish Farihah ni" Kata Sara sambil menggelengkan kepala melayani anak perempuannya.

"Risya,kita berhenti makan di sana,okey ?" Tanya Harraz yang menunjukkan restoren yang berada di tepi jalan yang menuju ke pantai.

"Okey juga lagipun I dah lapar sebenarnya dari tadi lagi,Firash" Risya membuat muka lapar di hadapan Harraz.

"Kesiannya,okey jom kita pergi makan lepas tu kita terus bertolak ke pantai" Kata Harraz lalu menuju ke restoren itu.

Harraz meletakkan kereta di hadapan restoren itu,Risya segera meletakkan telefon bimbitnya ke dalam beg tangan sebelum keluar dari perut kereta dan memasuki restoren itu bersama Harraz.

Harraz menarik kerusi untuk Risya duduk.

"Thank you my dear" Kata Risya sambil tersenyum ke arah Harraz apabila Harraz menarik kerusi untuknya.

"You're welcome" Harraz hanya tersenyum dan memanggil pelayan restoren.

"Boleh saya ambil pesanan ?" Pelayan restoren itu menghulurkan Menu kepada Harraz dan Risya.

"Saya nak Nasi ayam dan Juice Apple" Pesan Risya sambil meghulurkan menu kepada pelayan restoren.

"You nak makan apa ?" Tanya Risya apa mula melihat Harraz masih lagi melihat makanan di dalam menu.

"Apa,Risya ?" Harraz mengalihkan pandangannya ke arah Risya yang duduk di hadapannya.

"I tanya You nak makan apa sekarang ? Dari tadi lagi asyik pandang menu tu je" Ulang Risya sekali lagi kepada Harraz.

"Ouh" Harraz kembali memandang menu yang berada di tangannya sekarang.

"Saya nak makan Bihun sup dan Carrot Juice and cheese cake" Pesan Harraz sambil menghulurkan menu kepada pelayan restoren itu.

"Firash,I pergi tandas sekejap" Kata Risya kepada Harraz sebelum bangun daripada kerusi.

"Okey" kata Harraz pada Riata,Harraz mengeluarkan telefon bimbit daripada poket seluarnya dan membuka mesej yang baru diterimanya.

"Encik Harraz kan ?" Tegur seorang perempuan yang datang tiba-tiba ke arah meja Harraz namun Harraz memandangnya pelik.

"Mana Puan Sara ?" Tanya perempuan itu pada Harraz namun Harraz mengerutkan dahinya tanda tidak kenal siapa Sara.

'Puan Sara ? Siapa dia ?' Harraz bermonolog sendiri.

"Maaf tapi siapa Harraz dan Sara ?" Tanya Harraz pada perempuan itu.

"Harraz itu ialah encik dan Puan Sara adalah isteri encik,5 tahun yang lalu encik pernah datang kesini untuk makan dengan isteri encik" Kata Perempuan itu pada Harraz.

"Saya rasa cik dah tertukar orang" Kata Harraz masih dalam keadaan blur.Risya yang baru keluar dari tandas segera ke tempat Harraz apabila ternampak ada sekarang perempuan sedang berborak dengan Harraz.

"Firash,siapa dia ?" Risya bertanyakan soalan itu pada Harraz dan memandang perempuan itu atas bawah macam orang tak puas hati.

"I pun tak kenal siapa dia dan tiba-tiba dia cakap pasal Harraz dan Sara,siapa sebenarnya diorang berdua ?" Kata Harraz membuatkan Risya terkejut.

"Hey perempuan dengar sini,dia bukan Harraz tapi dia adalah Firash so jangan macam-macam" Kata Risya pada perempuan itu.

"Maaf mungkin saya tersalah orang sebab muka mereka berdua betul-betul seiras" Kata Perempuan itu sambil meminta maaf kepada Harraz dan Risya.

"Pergi buat kerja sana" Risya menghalau perempuan itu dari tempat duduknya.

"Kenapalah semua orang anggap I ni Harraz?" Kata Harraz sambil mengeluh.

"Tak payah hiraukan mereka saja nak rosakkan hubungan kita" Kata Risya sambil mengetap geram bibirnya.

Dia Suamiku ✔(editing)Where stories live. Discover now