DS 38

7.1K 209 18
                                    

Harraz bersama rakan kongsi di cafe halal berdekatan dengan hotel yang disewa olehnya.

"Harraz,cantik jaket kau" Puji Rafi iaitu rakan kongsinya sambil meneguk kopi.

"Isteri aku yang buatkan,sebenarnya jaket ni dah lama dia buat tapi baru kelmarin dia beri pada aku" Kata Harraz sambil minum hot chocolate.

"Menarik juga kisah kau dah isteri kau,so dia dah lama minat kau ye lah tadi kan kau kata jaket ni dah lama dia buat tapi baru kelmarin dia beri kepada kau" Kata Rafi lalu makan sandwish.

"Ya,kalaulah dulu aku pun sukakan dia pasti keadaan tak seperti ini dan pasti banyak masa yang aku gunakan untuk perkara berfaedah" Kata Harraz lalu mengeluh perlahan.

"It's okey,yang lepas biarkan lepas sekarang kau pun dah bahagia dengan isteri kau so apa yang perlu dikesalkan lagi" Kata Rafi.

"Betul juga kata kau tu" Kata Harraz.

Risya yang baru memasuki cafe itu ternampak Harraz sedang bersarapan ,dia segera menuju ke arah Harraz.

"Eh Harraz,tak sangka you pun bersarapan di sini,memang kita ni dah ditakdirkan bersama,mana sahaja you pergi pasti ada I disisi you" Kata Risya tanpa rasa segan silu.

"Maksudnya ?" Kata Rafi tidak faham apa yang baru dikatakan oleh Risya kepada Harraz.

"Tak ada apa-apa,Rafi kau dah selesai makan ? Kalau dah selesai apa kata kita pergi ke tapak pembinaan sekarang" Kata Harraz lalu bangun diikuti Rafi.

"Harraz,you nak pergi mana ? I nak ikut you lagipun I tak biasa dengan bumi korea nanti I sesat macam mana ?" Kata Risya lantas memegang tangan Harraz.

"Selama ini kau hidup di luar negara,aku tak pernah dengar pun kau sesat,kalau kau tahu kau akan sesat kenapa kau tak duduk sahaja di Malaysia ?" Harraz segera melepaskan tangannya dari tangan Risya dan keluar dari cafe.

"Ish tak guna kau Harraz,kita tengok sampai bila kau dapat mengelak dari aku,pertunjukkan dimulakan sekarang" Kata Risya lalu tersengih dan menyilangkan tangan ke dada.

"Siapa perempuan tadi,Raz ? Aku nampak kau macam marah sahaja" Kata Rafi yang sedang memandu kereta.

"Perempuan tu cuba merosakkan hubungan rumah tangga aku dan isteri aku" Kata Harraz.

"Ouh" Kata Rafi,entah kenapa dia rasa pening semacam.

"Harraz" Kata Rafi sambil memegang kepalanya.

"Rafi,kenapa dengan kau ?" Tanya Harraz risau melihat keadaan Rafi.

"Argh !!" Jerit mereka berdua sebelum kereta mereka berdua melanggar lori di hadapan mereka.

"Sara" Panggil Puan Diana sambil mengetuk pintu bilik Sara.

"Masuklah mama,Sara tak kunci pun" Kata Sara yang baru selesai solat Dhuha dan solat Hajat tetapi tiba-tiba Sara berasa tidak sedap hati.

Sara meletakkan kain sembahyang di atas rak dan memegang perutnya lalu melabuhkan punggung di atas katil. Puan Diana mengambil tempat di sebelah Sara.

"Jomlah turun ke bawah,hari ni Sara tak bersarapan lagi" Kata Puan Diana sambil memegang tangan Sara.

"Sara tak lapar lagi nanti bila Sara dah lapar Sara turun makan" Kata Sara sambil tersenyum.

"Kalau Sara dah kurus kering apa mama nak jawab dengan suami kamu nanti,nanti Harraz kata mama tak bagi Sara makan pula" Kata Puan Diana.

"Yalah,Sara turun makan sekarang tapi Sara nak mama temankan" Kata Sara hendak bermanja dengan mamanya padahal tak lama lagi dia pun akan jadi mama.

"Jom" Kata Puan Diana sambil memimpin Sara menuruni tangga, Mereka berdua menuju ke dapur. Sara hanya duduk di kerusi kerana Puan Diana ingin menghidangkan makanan untuknya.

"Mama,dah cukup" Kata Sara pada Puan Diana yang baru sahaja mencedok satu sudip nasi goreng ke dalam pinggannya.

"Sikitnya,tambahlah lagi" Kata Puan Diana hendak menambahkan lagi nasi goreng ke dalam pinggan Sara namun di halang oleh Sara.

"Sara rasa tak ada selera nak makan, so ini pun dah cukup" Kata Sara sambil tersengih ke arah Puan Diana. Entah kenapa di fikiran hanya ada Harraz sahaja. Hatinya mengatakan ada sesuatu berlaku kepada Harraz.

"Sara,mama lihat kamu macam resah sahaja dari tadi,kamu ada masalah ?" Puan Diana membawakan kuih ke ruang tamu dan diletakkan ke atas meja.

"Harraz,Ma" Kata Sara sambil memegang telefon bimbit, kelihatan risau jelas terpancar di wajahnya.

"Kenapa dengan Harraz ?" Puan Diana turut risau keadaan menantunya bila Sara kelihatan resah bagaikan cacing kepanasan.

"Sara call dah banyak kali,tapi Harraz tetap tak jawab selalunya Harraz tak pernah berperangai seperti ini, Ma Sara risaulah keaadaan dia takut dia kena apa-apa" Kata Sara sambil memandang Puan Diana.

"Mungkin Harraz busy, kamu tahu kan dia pergi sana untuk kerja" Kata Puan Diana untuk menenang anaknya.

"Walaupun sesibuk mana pun Harraz,dia tetap hantar pesanan ringkas tapi kali ni tak ada apa-apa pun balasan dari dia" Kata Sara.

"Kamu janganlah fikir macam-macam tak baik untuk kandungan kamu nanti,cuba fikir positif" Kata Puan Diana sambil mengusap belakang Sara.

Tiba-tiba Sara mengerutkan dahinya dan memegang erat tangan Puan Diana,jelas sekali di wajahnya dia sedang kesakitan.

"Sakit,Ma" Kata Sara,air ketubannya mula pecah.

"Abang,Sara dah nak bersalin !" Jerit Puan Diana memanggil suaminya.

Sara dibawa ke hospital, Puan Diana dan suaminya menunggu di luar dengan gelisah dan berdoa agar anak dan cucu mereka selamat.

Selepas 30 minit,doktor keluar dari labour room, Puan Diana dan suaminya segera bangun serta menuju ke arah doktor.

"Bagaimana keadaan anak dan cucu saya ?" Tanya Puan Diana pada doktor itu.

"Anak dan cucu puan selamat" Kata doktor sambil tersenyum.

"Terima kasih" Kata Puan Diana.

"Sama-sama kalau macam tu saya pergi dahulu" Kata doktor kerana ada kerja yang perlu dia selesaikan.

"Sebenarnya kami ada berita buruk yang perlu di beritahu" Kata Datin seri Ayuni. Terasa berat hati untuk mengungkapkannya.

"Apa berita buruknya ?" Tanya Puan Diana.

"Harraz.." Datin Seri Ayuni menangis dalam dakapan suaminya.

"Kenapa dengan Harraz ?" Tanya Puan Diana.

"Harraz dah meninggal dunia kerana terlibat dalam kemalangan dan mayatnya hangus terbakar kerana kereta yang dia naiki meletup" Kata Dato' Asyraf

"Ya Allah,kenapa berat sangat dugaan ini dan bagaimana kita hendak beritahu Sara tentang Harraz ?" Kata Puan Diana lalu duduk di atas kerusi kerana kakinya tidak dapat menampung berat badan setelah dia menerima berita buruk ini

Promote ^▼^

Kuasa ?!! Syafiqah02

Dia Suamiku ✔(editing)Where stories live. Discover now