DS 53

8.2K 240 22
                                    

"Firash,kenapa you bela perempuan yang cuba menghancurkan hubungan kita" Kata Risya sambil mengetap bibirnya.

"Kenapa I nampak you yang cuba memisahkan I dan dia daripada berkawan rapat ?" Tanya Harraz sambil mengerutkan dahinya.

"Mana ada ! I ni kekasih you memang patutpun I jealous bila lihat you dengan dia" Kata Risya sambil menyilangkan tangannya.

"Tapi you jealous tak bertempat lagipun I keluar bukannya berdua-duaan" Kata Harraz.

"Ergh ! Apa kau dah jampi sampai dia boleh bela kau sampai macam ni ?" Kata Risya sambil menunding jari ke arah Sara.

"Aku mana ada buat apa-apa melainkan kau yang sembunyikan sesuatu" Kata Sara sambil tersenyum sinis.

"Diamlah kau perempuan" Risya hendak menampar pipi Sara namun sempat dihalang oleh Harraz.

"Jangan berani sentuh dia" Tiba-tiba kata-kata itu keluar dari mulut Harraz.

"Apa maksud you ?" Tanya Risya sambil gelabah kerana risau ingatan Harraz mula kembali.

"Kenapa..Argh !" Harraz memegang kepalanya yang mula terasa sakit dan ingatan dulu mula bermain di fikirannya.

"Jangan berani sentuh isteri aku"

"Sakit !" Harraz memegang erat tangan Sara,Air matanya mula mengalir apabila melihat Harraz sedang menahan sakit di kepalanya.

"Lepaslah" Risya menarik Harraz daripada Sara dan memapahnya pergi daripada situ.

"Mama,kenapa dengan uncle ?" Tanya Farihah sambil mengalirkan air mata.

"Uncle okey saja kamu janganlah menangis" Kata Sara sambil melutut di hadapan Farihah serta mengesat air mata Farihah.

"Tapi kenapa uncle kelihatan sakit tadi ?" Tanya Farihah sambil mengesat air matanya dengan tangannya.

"Uncle cuma...." Baru sahaja Sara hendak memberitahu kepada Farihan,Farhan mencelah.

"Aunty ! Farhan nak balik rumah dengan siapa ?" Tanya Farhan yang selesai makan.

"Ermm aunty tak tahu rumah Farhan dimana tapi Farhan boleh tunjuk jalan rumah Farhan supaya aunty mudah untuk jumpai rumah Farhan" Kata Sara yang baru perasan Farhan masih bersamanya.

"Farhan tak ingat rumah baru Farhan dimana" Kata Farhan sambil menggaru kepalanya.

"Farhan tinggal dimana dulu ?" Tanya Sara.

"Farhan menetap di Johor dulu" Kata Farhan sambil tersengih.

"Habis tu macam mana ni Sara,dahlah kita tak kenal siapa ibubapa dia" Kata Mina sambil memandang ke arah Sara.

"Ermm.." Sara cuba memikirkan jalan penyelesaian sehinggalah matanya memandang ke arah telefon milik Harraz di atas meja makan.

"Mungkin ada nombor telefon ibubapa dia yang boleh kita hubungi" Kata Sara lalu mencapai telefon Harraz di atas meja.Sara membuka telefon Harraz.

"Tapi ada password macam mana kita nak tahu nombor ibubapa dia" Kata Sara sambil mencuba tekan kata laluan di telefon Harraz namun gagal.

"Tak bolehlah,susahlah kalau macam ni" Kata Sara sambil memikirkan kata laluan yang patut ditekan supaya membolehkan dia untuk melihat isi di dalam.

"Cuba kau tulis nama dia,tak silap aku nama dia Firash" Kata Mina mencadangkan kata laluan kepada Sara.

"Dah cuba tapi tetap tak boleh" Kata Sara sambil memegang telefon Harraz,kepalanya masih lagi memikirkan kata laluan tersebut.

'Apa kata aku cuba tekan kata laluan telefon abang Harraz ?' Gumam hatinya.Sara segera menekan kata laluan tersebut dan hasilnya adalah berjaya.

"Mina,dah boleh buka" Kata Sara bahagia seakan-akan memenangi piala dunia.

"Macam mana kau boleh tahu password dia ?" Tanya Mina lalu menghirup air chocolate.

"Aku cuba password abang Harraz tak sangka berjaya" Kata Sara sambil tersengih.

"Pelik" Kata Mina sambil melepaskan straw daripada mulutnya.

"Memang pelik sebab kenapa password dia boleh sama dengan suami aku" Kata Sara.

"Mungkin dia papa Farihah dan papa Farihah sebenarnya masih hidup" Kata Farihah.

Kenangan Sara bersama Harraz kini kembali di ingatan Sara.

6 tahun yang lalu,di apartment kediaman Sara dan Harraz.

"Laparlah" Kata Sara yang baru keluar dari bilik dan berjalan ke arah Harraz yang sedang menonton televisyen.Sara melabuhkan punggung di sebelah Harraz.

"Sara lapar ? Nak abang masak buat Sara ?" Tanya Harraz sambil memandang ke arah Sara.

"Pandai masak ke ?" Tanya Sara sambil mengenyeh matanya yang terasa pedih.

"Apa saja buat Sara mestilah abang pandai lakukan" Kata Harraz lalu mendekatkan diri kepada Sara.Harraz menarik wajah Sara ke arahnya lalu meniup ke arah mata Sara yang kepedihan akibat masuk habuk.

"Dah okey ?" Tanya Harraz sambil memandang Sara yang berada dekat dengannya.Sara mengelik-ngelik mata banyak kali sebelum menjawab pertanyaan Harraz.

"Dah" Jawab Sara sepatah kemudian dia memegang perutnya yang berasa lapar dari tadi lagi.

"Cepatlah masak lagipun Sara dah lapar" Kata Sara seakan-akan menyuruh Harraz untuk masak buat dirinya.

"Jom teman abang masak" Kata Harraz lalu menarik tangan Sara.Mereka berdua menuju ke arah dapur.

Harraz mengambil apron yang disangkut berdekatan peti ais lalu dipakaikan ke tubuhnya manakala Sara hanya duduk di atas kerusi meja makan sambil memandang ke arah Harraz yang sedang mengeluarkan sayur-sayuran,ayam dan banyak lagi bahan masakan.

"Masak sedap-sedap tau" Pesan Sara sambil ketawa perlahan ke arah Harraz.

"Okey puan Qaisara Asyillie" Kata Harraz lalu mencuci sayur-sayuran di dalam singki.Kemudian,dia mengambil pisau untuk memotong ayam kepada kepingan-kepingan kecil.

Sara mencapai telefon milik Harraz dan mendapati ada password.Sara mencuba beberapa kata laluan namun tetap gagal.

"Harraz,passwordnya apa ?" Tanya Sara sambil mengangkat muka memandang Harraz yang sibuk memotong sayur-sayuran.

"Cuba Sara teka" Kata Harraz.

"Harraz Niezal tapi salah juga,ala beritahu sajalah passwordnya nak main game ni" Kata Sara sambil mencebik.

"Asyiraz2011" Kata Harraz sambil tersenyum.

"Siapa Asyiraz ?" Tanya Sara sambil menekan kata laluan itu sehinggalah ia dapat dibuka.

"Adalah" Kata Sara

"Awak jangan macam-macam dengan saya nanti saya bawa lari junior kita daripada awak,lebih baik awak beritahu sekarang juga" Ugut Sara sambil merenung tajam ke arah Harraz.

"Aisyraz tu singkatan daripada Harraz dan Asyillie manakala 20 tu hari lahir Sara dan 11 tu bulan kelahiran Sara" Kata Harraz sambil tersenyum.

"Betul awak tak tipu ?" Tanya Sara sambil mengencilkan matanya memandang Harraz.

"Betul !" Kata Harraz sambil mengangkat tangannya tanda bersumpah dia bercakap benar.

"Mama !" Panggil Farihah membuatkan Sara tersedar daripada lamunannya.

"Ada apa ?" Tanya Sara kepada Farihah yang tiba-tiba memanggilnya.

"Farhan dah nak balik" Kata Farihah.

"Ouh jomlah" Kata Sara sambil mengajak Farhan dan Farihah untuk pulang ke rumah.

Dia Suamiku ✔(editing)Where stories live. Discover now