"BOSAN !!!" Jerit Sara yang sedang bersila di atas sofa sambil menonton rancangan sinetron bertajuk Sinar.
"Tajuk Sinar tapi sekarang ceritanya pasal Kasih pula apa kaitannya ?" Kata Sara sambil menggaru kepalanya.
"Boleh mati kalau aku duduk lama-lama di dalam rumah ini ada suami tapi tak boleh bawa berbual langsung,bosannya ada kawan pun sibuk memanjang tapi setahu aku dia bukannya bekerja pun" Kata Sara.
Bunyi perut menghantui diri Sara lalu Sara berjalan menuju ke dapur untuk mendapatkan makanan demi mengisi perutnya yang sudah meminta makanan.
"Nak masak apa ?" Sara membuka pintu peti sejuk dan mendapati ada sayur-sayuran dan buah-buahan sahaja.
"Ingat aku monyetkah ?" Kata Sara sambil mencapai pisang yang dibeli oleh Harraz.
'Astagfirullahalazim sepatutnya aku bersyukur kerana aku masih ada makanan untuk dimakan tapi orang di luar sana entah makan atau tidak' Bisik hati Sara kemudian dia membawa pisang ke ruang tamu.
"Makan sudah baca buku sudah tengok televisyen pun sudah sekarang apa pula aku boleh buat ?" Sara meletakkan jari telunjuk di kepalanya seperti dia sedang mencari idea apa yang boleh dia lakukan.
"Hah ! Apa kata aku pergi ke bilik nombor 3 lagipun Harraz masih di tempat kerja lagi so tak apa kut kalau aku masuk sekejap lagipun Harraz tak akan tahu sebab sekarang dia masih bekerja" Kata Sara lalu menutup televisyen dan berjalan ke arah bilik nombor 3 yang berhampiran dengan dapur.
"Apa yang Harraz sembunyikan sebenarnya ? Adakah dalam bilik ini ada pembunuh bersiri dan Harraz bersubahat dengan pembunuh bersiri tidak mungkin muka sebaik Harraz nak bersepakat dengan pembunuh bersiri okey Sara stop merepek" Kata Sara yang berdiri di hadapan bilik bernombor 3.
"Lambat lagi Harraz nak sampai rumah so Assalamualaikum wahai bilik" Kata Sara sambil tersengih lalu tangannya memulas tombol pintu bilik bernombor 3.
'Bilik siapa ni ?' Bisik hati Sara berjalan masuk ke dalam bilik dan melihat sekeliling bilik yang kelihatan sangat kemas dan tidak berhabuk walaupun sedikit.
'Kemasnya bilik ini kemas daripada bilik aku lagi' Gumam hati Sara dan kemudian dia terpandang kotak yang berada di atas meja tepi katil.
Sara mengambil kotak tersebut dan melabuhkan punggung diatas katil.Kemudian, Sara segera membuka kotak tersebut untuk melihat isinya di dalam.
"Kamera ? Nametag Tengku harris niezam ? Siapa dia ? Harraz ada kembarkah selama ini ?" Kata Sara sambil mengerutkan dahinya lalu tangannya mengambil kamera dan membukanya.
"Banyaknya gambar,mesti dia ni seorang photography kan tapi siapa dia ?" Kata Sara sambil membelek kamera yang berada di tangannya.
"Sara !" Teriak Harraz yang berdiri di hadapan bilik mukannya kelihatan menahan marah.
"Ha-harraz !" Terkejut Sara melihat Harraz berada di hadapannya sekarang dan serta merta kamera yang berada di tangannya terjatuh menimpa lantai.
"Kau buat apa di bilik ini ?! Kan aku dah pesan jangan sesekali kau masuk dan kau ingat kau jadi isteri aku semua benda kau boleh sentuh" Marah Harraz kepada Sara.Mukanya sudah kemerah-merahan akibat marah yang maksimum.
Tangan Harraz segera mencapai kamera yang terjatuh ke lantai dan dia cuba membukanya namun tidak berjaya.
"Sa..saya tak sengaja" Kata Sara sambil menundukkan muka.Air matanya mula mengalir membasahi pipinya.
"Aku nak kau keluar sekarang ! Aku paling benci kalau ada orang sentuh barang dalam bilik ni" Tengking Harraz.
Sara segera berlari keluar dari bilik itu dan keluar dari rumah.Sara berlari ke taman yang berhampiran dengan apartment mereka.
YOU ARE READING
Dia Suamiku ✔(editing)
RomanceQaisara Asyillie baru berusia 18 tahun namun dia telah dijodohkan dengan Tengku Harraz Niezal Tengku Harraz Niezal yang disangka meninggal dunia dalam kebakaran kereta 5 tahun telah kembali semula ke Malaysia namun dia tidak kenal siapa Qaisara Asy...