DS 18

11.8K 280 4
                                    

GELAS berisikan air milo diletakkan di atas meja dahulu kerana Harraz ingin mengambil roti gardenia yang berada di atas meja lalu dimasukkan ke dalam mulutnya.

"Sara,abang ada rancangan untuk kita berdua pada hujung minggu nanti" Kata Harraz sambil menggigit roti sambil membawa gelas kaca berisikan air milo dan menuju ke arah televisyen.

"Rancangan ? Rancangan apa ?" Tanya Sara yang baru keluar dari bilik tidur.

"Abang nak kita luangkan masa di pantai,Sara setuju tak ?" Tanya Harraz sambil melabuhkan punggung ke atas sofa lalu diletakkan gelas berisikan air milo itu diatas meja hadapannya.

"Ermm,kalau Sara tak setuju awak nak buat apa ?" Tanya Sara.

"Kalau Sara tak nak ikut nanti abang angkutlah masuk kereta lagipun Sara bukan berat sangat pun" Kata Harraz kemudian diminumnya Air milo yang berada dihadapannya.

"Amboi ! Tapi kalau Sara tak nak ikut abang akan paksa juga kan ?" Kata Sara lalu menuju ke dapur untuk minum susu.Kemudian,dia keluar balik menuju ke tempat Harraz kerana tidak jauh mana pun ruang tamu dan dapur.

"Saya tak salah dengar,awak panggil abang tadi" Kata Harraz sambil tersengih senget melihat Sara.Kemudian,dia menghabiskan air milonya dan meletakkan gelas kaca di atas meja.

"Bila masa ? Dah lah saya nak tidur" Kata Sara yang tak jadi untuk menonton televisyen lalu dia bangun untuk masuk ke bilik tidur.

"Jomlah layan movie horror terbaru dengan abang" Kata Harraz menahan Sara daripada masuk bilik dengan memegang tangan Sara.

"Abang takutkan sebab itu suruh Sara temankan? " Sara mengangkat kening lalu tersenyum senget memandang Harraz.

"Mana ada takut tengok dia yang peluk abang nanti" Kata Harraz lalu ketawakan Sara.

"Ish! Mana ada cuma malas nak layan cerita mengarut bukan takut tapi malas" Kata Sara lalu masuk bilik.

Harraz menonton movie Horror bertajuk Munafik 2.

Tiba-tiba Sara keluar dari bilik tidur dan duduk disebelah Harraz.Bantal sofa diambil dan dipegangnya.

"Kenapa keluar ? Tadi kata malas layan ? Sekarang dah rajin nak layan movie horror? " Tanya Harraz.

Sara hanya menjeling ke arahnya.

"Comel" Puji Harraz lalu tergelak.

"Mana ada Sara takut" Dan, pada waktu itulah hantu muncul membuatkan Sara berteriak lalu menutup mukanya dengan bantak sofa kerana terkejut.

"Sara cuma terkejut" Sara memberitahu walhal Harraz tidak bertanyakan soalan pun padanya.

Beberapa minit kemudian,Sara bangun daripada sofa kerana movie telah pun tamat."Sara masuk dulu"

"Tunggu,Nak ikut'' Kata Harraz persis kanak-kanak kecil lalu menekan butang remote dan meletakkan remote di atas meja serta berjalan ke arah Sara.

Keesokkan...

Sara membuka mata dan memandang suaminya,Harraz yang masih lena dibuai mimpi.

"Sara tak pernah menyangka akan kahwin dengan awak.Selama ini Sara cuma cintakan awak dalam diam sahaja" Kata Sara.

'Maaf Sara,abang baru sedar bahawa awaklah wanita yang tulus mencintai abang selama ini' Bisik hati Harraz.

"Dan,bila kita nak kahwin Sara rasa bahagia sangat tapi Sara rasa risau takut perkahwinan ini akan membuat abang benci Sara" Kata Sara.

'Abang memang bodoh tak dapat nilai mana satu kaca mana satu permata walaupun abang tak mencintai kamu dahulu kamu tetap cintakan abang walaupun abang tak sedar akan kewujudan kamu, Sara' Bisik hati Harraz.

Dia Suamiku ✔(editing)Where stories live. Discover now