"Mummy !" Teriak Sara sambil menuruni tangga dan menuju ke arah dapur,Datin Seri Ayuni yang sedang mencedok nasi terkejut mendengar jeritan Sara.
"Ada apa,Sara ?" Tanya Datin Seri Ayuni sambil meletakkan sudip di dalam pinggan dan berjalan ke arah Sara.
"Mana abang Harraz dan Farihah ?" Tanya Sara sambil memegang tangan Datin Seri Ayuni.
"Ish kamu ni ingatkan apa tadi buat mummy risau saja" Kata Datin Seri Ayuni mahu mengetuk kepala Sara namun Sara segera memeluknya.
"Hehe maaf mummy,janji tak buat lagi tapi mana abang Harraz dan Farihah ?" Tanya Sara sambil memandang Datin Seri Ayuni.
"Mereka berdua pergi jogging di taman" Kata Datin Seri Ayuni dan melepaskan diri daripada pelukan Sara.
"Jogging ? Tak ajak pun Sara" Kata Sara sambil memuncungkan bibirnya dan menyilangkan tangannya.
"Kamu kan dah jadi mama tak payah merajuk sekarang tolong mummy masak di dapur" Kata Datin Seri Ayuni lalu menarik Sara ke dapur.
"Mummy ni kacau line betul Sara baru sahaja nak cuba berdrama sekejap" Kata Sara sambil mencebik.
"Tak payah berdramalah sangat lagipun bukan masuk dalam tv pun" Kata Datin Seri Ayuni menyebabkan muka Sara masam mencuka.
"Good morning mummy dan kak Sara" Sapa Fanirah yang baru keluar dari biliknya dan segera ke dapur kerana perutnya sudah minta makanan.
"Hah ! Ni seorang baru bangun tidur dan asyik makan sahaja dah lah masak tak pandai nanti jadi isteri orang macam manalah" Bebel Datin Seri Ayuni sambil memasak ayam pedas.
"Nanti jadi isteri orang ? Mummy tak perlu risau sebab Fanirah kan akan kerja dan bila dapat duit Fanirah belilah makan apa nak susah dunia semakin moden kan" Kata Fanirah lalu meneguk segelas susu.
"Dunia semakin modenlah kebanyakkannya orang lupa Allah" Kata Datin Seri Ayuni menyebabkan Fanirah terasa deep.
"Seperti kak Risya kan mummy ?" Tanya Fanirah sambil meletakkan sekotak susu di dalam peti ais.
"Kita pun sama,kadang-kadang lalai dalam melakukan ibadat kerana dunia sekarang semakin canggih lebih-lebih lagi orang yang guna gadjet kadang-kadang boleh terlupa untuk solat kerana keasyikan bermain gadjet" Datin Seri Ayuni berceramah kepada Fanirah dan Sara yang sedang menolong memasak di dapur.
"Mulai sekarang Fanirah akan cuba kurangkan bermain gadjet dan tidak akan tangguhkan solat lagi" Kata Fanirah sambil menyimpan telefonnya ke dalam poket baju.
"Mama !" Farihah berlari ke arah dapur dan memeluk Sara dari belakang.
"Eh dah balik dah anak kesayangan mama ni,seronok pergi jogging dengan papa ?" Tanya Sara sambil memusingkan badannya ke belakang memandang Farihah.
"Seronok dan papa belanja Farihah makan aiskrim lepas tu masa bertanding berlari Farihah menang sebab papa lari perlahan sangat dan Farihah jumpa uncle Fad dengan seorang perempuan,dia cantik sangat serupa dengan duyung" Kata Farihah menyebabkan tercetus ketawa di antara mereka semua.
"Kamu ni pernah tengok duyung ?" Tanya Fanirah sambil menggelengkan kepalanya memandang Farihah.
"Pernah tapi dalam tv" Kata Farihah sambil tersengih ke arah Fanirah.
"Ada-ada saja kamu ni" Kata Fanirah sambil mengusap kepala Farihah.
"Tapi mama dan aunty yang kamu jumpa tu mana lebih cantik ?" Tanya Sara sambil mengangkat keningnya.
YOU ARE READING
Dia Suamiku ✔(editing)
RomanceQaisara Asyillie baru berusia 18 tahun namun dia telah dijodohkan dengan Tengku Harraz Niezal Tengku Harraz Niezal yang disangka meninggal dunia dalam kebakaran kereta 5 tahun telah kembali semula ke Malaysia namun dia tidak kenal siapa Qaisara Asy...