"uwekk" habis muntah dikeluarkan dari mulut Sara ke dalam singki yang berada di dalam tandas.
"Sayang okey" Harraz menggosok perlahan belakang Sara.
Sara membersihkan mulutnya dengan menggunakan air paip. "Entahlah Sara rasa mual semacam je".
"Apakata kamu bawa Sara pergi klinik takut dia keracunan makanan ?" Kata Puan Diana menyuruh Harraz membawa Sara ke klinik.
"Okey ma,tapi kejap Harraz naik atas sebab nak ambil dompet dan beg tangan Sara" Kata Harraz lalu pergi ke bilik tidurnya.
Beberapa minit,mereka berdua tiba di klinik.
"Nanti saya panggil,sekarang encik dan isteri boleh duduk dulu" Kata jururawat.
"Baiklah" Kata Harraz lalu pergi ke tempat duduk Sara dan menyuruh Sara meletakkan kepala di atas bahunya.
"Qaisara asyillie binti abdul aziz" Panggil jururawat.Harraz segera memimpin Sara masuk ke dalam bilik rawatan.
Selepas beberapa minit,doktor memeriksa Sara. Terbit senyuman di bibir doktor perempuan yang dikenali sebagai doktor ariana.
"Tahniah.."
Kata-kata doktor membuatkan Harraz dan Sara terpinga-pinga. "Apa maksud doktor ?" Tanya Harraz.
"Tak lama lagi encik akan bergelar ayah dan puan Sara akan bergelar ibu" Kata Doktor ariana menyebabkan Harraz dan Sara mengalirkan air mata bahagia.
"Betul ni doktor saya akan bergelar ayah tak lama lagi" Tanya Harraz sambil menunjukkan reaksi bahagia.
"Dan saya pula bergelar ibu ?" Tanya Sara untuk mendapatkan kepastian dan dia juga teruja untuk menanti kehadiran si kecil yang bakal menerangi hidup mereka berdua.
Doktor Ariana mengangguk tanda apa yang diorang berdua dengar sekarang bukanlah mimpi tapi adalah realiti.
Mereka keluar dari klinik. "Mulai hari ni biar abang je yang buat kerja,Sara mesti jaga junior kita faham ?" Harraz memegang bahu Sara dan menatap wajah Sara.
"Sara faham tapi takkan nak buat kerja sikit pun tak boleh,awak ni risau sangatlah" Kata Sara sambil tersenyum.
"Mestilah risau,abang tak nak apa-apa terjadi pada sayang dan junior kita" Kata Harraz sambil mengusap perlahan pipi Sara.
"Kita kat public ni,jom lah balik,bersweet-sweet je awak ni nanti orang kata bukan-bukan" Kata Sara.
"Abang sweet dengan isteri sendiri tak salah kan" Harraz mengangkat kening ke arah Sara.
"Jomlah balik pasti diorang risau kat rumah" Kata Sara lalu masuk ke dalam kereta.Harraz pun segera menuju ke arah kereta.
"Risya,you ni kenapa ? I lihat you tak ada mood pun beberapa hari ni" Tanya sally,jurumekap model sambil memegang kipas kertas.
"I dah lama tak jumpa Harraz, I pergi office dia tapi dia tak ada, I tanya staf tapi diorang diamkan diri,you tahu tak panas hati I ni" Kata Risya sambil meniup rambutnya.
"Sabar, I rasa dia pergi outstation maybe" Kata Sally untuk menyenangkan hati Risya yang tengah panas sekarang.
"Dah lah I malas fikir pasal dia sekarang, Now I nak pergi shopping you nak ikut tak ?" Tanya Risya lalu bangun dari tempat duduk dan mengambil beg tangannya yang berwarna merah.
"Of course I nak" Kata Sally tergedik-gedik macam perempuan padahal dia lelaki maklumlah dia spesis pondan.
"Assalamualaikum" Harraz memberi salam dan memimpin Sara ke sofa di ruang tamu.
Semua menyerbu ke arah Harraz dan Sara yang baru balik dari klinik,bukan apa sebenarnya diorang ni risau tentang Sara.
"Macam mana ?" Tanya Tuan abdul aziz selaku abah kepada Sara yang mengambil tempat duduk di hadapan Sara.
Sara memandang Harraz dan kembali memandang abahnya,senyuman mula dihadiahkan kepada mama dan abahnya.
"Sara hamil seminggu" Kata sara menyebabkan senyuman mula terbit di bibir abah,mama,abang long dan kakak iparnya.
"Tak lama lagi mama akan dapat cucu" Kata Puan Diana sambil memeluk Sara,dia berasa sangat bahagia.
"Yes and Sara will be mother" Kata Sara membalas peluk mamanya. Air mata kebahagian mula menitis keluar dari kelopak mata.
"Sara mesti jaga kesihatan" Pesan puan Diana sambil mengesat air mata milik Sara dengan ibu jarinya
"Sure" Kata Sara sambil tersenyum.
"Lepas ni kita tak perlu balik ke apartment lagi" Kata Harraz.
"Maksud awak ?" Tanya Sara lalu berpaling ke arah Harraz.
"Saya dah beli rumah baru untuk kita sekeluarga" Kata Harraz menayangkan kunci rumah di tangannya.
"Ya allah terima kasih atas rezeki yang engkau limpahkan kepada kami sekeluarga" Gumam hati Sara sambil tersenyum memandang Harraz.
"Terima kasih Harraz sebab jadikan saya wanita yang paling bahagia" Kata Sara sambil memeluk Harraz.
"Drama on" Kata Qhalid menyebabkan semua tergelak begitu juga Sara dan Harraz.
YOU ARE READING
Dia Suamiku ✔(editing)
RomantikQaisara Asyillie baru berusia 18 tahun namun dia telah dijodohkan dengan Tengku Harraz Niezal Tengku Harraz Niezal yang disangka meninggal dunia dalam kebakaran kereta 5 tahun telah kembali semula ke Malaysia namun dia tidak kenal siapa Qaisara Asy...