"AWAK" Sara menggoncang badan Harraz yang sedang lena dibuai mimpi.
"Kau nak apa ? Tolong jangan kacau aku nak tidur boleh tak ?" Harraz menarik selimut lalu dia menyelimutkan seluruh badannya.
"Awak bangunlah kita solat subuh berjemaah lagipun tak baik kalau tinggal solat nanti Allah marah" Kata Sara pada Harraz.
Harraz merenung tajam ke arah Sara namun Sara sekadar menayangkan senyuman manis buat Harraz kerana takut mengundang kemarahan Harraz di waktu pagi.
"Kacau orang nak tidur betullah perempuan ni" Harraz segera bangkit dari katil dan berjalan ke arah tandas untuk membersihkan dirinya dan mengambil wudhuk untuk solat subuh bersama Sara.
Seusai solat subuh,Sara melipat sejadah dan kain sembahyang lalu meletakkan ia di atas rak berwarna kelabu di hadapannya.
"Awak,saya turun ke bawah dulu sebab nak tolong mama masak sarapan pagi" Kata Sara kepada Harraz yang kelihatan masih mengantuk.
"Ikut kau and ada aku tanya" Kata Harraz kemudian dia berjalan ke arah katil kerana dia masih mengantuk.
"Saya beritahu sebab takut awak tercari-cari saya mana tahu kan ?" Kata Sara sambil mengukirkan senyuman buat Harraz namun dibalas dengan wajah dingin Harraz sahaja.
"Tak ada makna aku nak cari kau and kau bukannya penting sangat bagi aku" Kata Harraz tak pedulikan perasaan Sara walaupun sedikit.
"Fine,orang bergurau sahaja janganlah ambil serius awak" Kata Sara lalu menutup pintu bilik.
"Nak bergurau pun tak boleh suka sangat bergaduh dengan aku" Kata Sara sambil berjalan menuruni tangga menuju ke arah dapur.
"Pengantin baru yang tak nampak berseri sudah masuk dapur" Kata Qaleesha yang sibuk menghiris bawang.
"Kak ngah nak usik Saralah tu pagi-pagi kalau tak usik Sara dalam sehari memang tak boleh hidup nampaknya" Kata Sara sambil mengambil susu kotak dutch lady dari dalam peti ais.
"Boleh tak bersangka baik pada waktu pagi yang indah lagi nyaman barulah hidup kita akan bahagia,jangan asyik tuduh orang sesuka hati boleh tak ?" Soal Qaleesha kepada Sara.Kemudian dia menghulurkan hirisan bawang kepada Puan Diana yang berada di hadapannya.
"Nak nasihat orang padahal dia sama sahaja suka usik orang pula bagaimana" Kata Sara sambil mengjongket keningnya ke arah Qaleesha.
"Kamu berdua asyik nak berkelahi sahaja kalau berjumpa,mulut tu memang tak boleh diam ada sahaja nak membebel atau mengata antara satu sama lain" Kata Puan Diana yang sibuk menggoreng nasi untuk sarapan pagi.
"Kak ngah yang mulakan dulu"
"Sara yang mulakan dahulu"
Mereka adik-beradik berkata secara serentak masing-masing menunding jari ke arah satu sama lain.
"Dua-dua sama sahaja macam budak kecil padahal masing-masing dah jadi isteri orang" Kata Puan Diana sambil menggelengkan kepalanya.
"Alah ma,bila lagi kami nak bergaduh nanti masing-masing busy dengan kehidupan kami" Kata Sara.
"Betul cakap Sara,sekaranglah masa kami berkelahi,berbalas mulut or anything,right Sara ?" Soal Qaleesha kepada adiknya,iaitu Sara.
"Ya Sara sokong pendapat kak ngah kali ini" Kata Sara sambil mengangguk-angguk kepalanya.
"So,mamalah yang salah dalam hal ini" Kata Puan Diana.
"No,mama tak pernah salah di mata kitorang kerana mama satu-satunya perempuan yang paling kami sayang dalam dunia ini kerana tanpa mama kami adik-beradik tak boleh bergaduh" Kata Sara lalu Sara dan Qaleesha memeluk Puan Diana.
YOU ARE READING
Dia Suamiku ✔(editing)
RomantiekQaisara Asyillie baru berusia 18 tahun namun dia telah dijodohkan dengan Tengku Harraz Niezal Tengku Harraz Niezal yang disangka meninggal dunia dalam kebakaran kereta 5 tahun telah kembali semula ke Malaysia namun dia tidak kenal siapa Qaisara Asy...