DS 59

8.4K 220 27
                                    

"Harraz,mummy tak benarkan kamu kahwin dengan perempuan yang bernama Risya tu" Kata Datin Seri Ayuni kedengaran membantah apabila Harraz memberitahunya.

"Tapi mummy kalau Harraz tak kahwin dengan Risya dia ugut akan bunuh Farihah dan Sara tak nak hal ini berlaku" Kata Sara sambil memegang tangan Datin Seri Ayuni.

"Kenapa kamu tak buat laporan polis biar si Risya tu kena tangkap" Kata Dato' Asyraf.

"Kita tak boleh telefon polis kerana Harraz kenal sangat Risya,kalau kita buat macam tu dia pasti akan bunuh Farihah dan Harraz tak nak perkara ini berlaku" Kata Harraz.

"Kamu sanggup bermadu ?" Tanya Datin Seri Ayuni sambil merenung anak mata Sara.

'Ya Allah ! Soalan apa ni ? Sudah semestinya aku sedih kalau aku terpaksa berkongsi suami' Bisik hati Sara.

Sara memandang Datin Seri Ayuni sambil tersenyum namun senyuman itu tidak kelihatan ikhlas kerana apa yang dirasa di dalam hati terpancar di wajahnya.

"Kalau ini dah takdir Sara untuk hidup bermadu,Sara redha" Kata Sara membuatkan Harraz memandang ke arahnya.

"Maaflah sebab semua masalah ini berpunca daripada abang" Kata Harraz sambil memegang tangan Sara.

"Abang tak salah dan Sara tak pernah salahkan abang walaupun sekali tak pernah terdetik di hati Sara nak salahkan abang" Kata Sara sambil merenung wajah Harraz,Air matanya mula mengalir membasahi pipinya.

"Tapi Risya jadi macam tu sebab dia terlalu cintakan abang dan dulu Risya bukan seperti ini tapi sekarang dia berubah sebab abang dah tak terima cinta dia sehingga dia sanggup cuba mencederakan Farihah dan Sara" Kata Harraz sambil mengesat air mata Sara.

"InsyaAllah Farihah akan selamat Sara yakin sangat dan abang mesti berkahwin dengan Risya" Kata Sara sambil cuba menguntumkan senyuman.

'Entah mengapa aku rasa sakit apabila Sara tersenyum begitu di hadapanku,Ya Allah bantulah hambaMu ini untuk menyelesaikan masalah kerana aku tidak mahu menyakiti hati orang-orang yang aku sayang aku tak nak mengecewakan mereka aku tak nak mereka hidup dalam keadaan sedih aku nak mereka bahagia' Gumam hati Harraz.

Keesokkannya,Risya menelefon Harraz untuk mengajak Harraz pergi ke butik perkahwinan.

"Hello Harraz"

"kau nak apa ?"

"I nak ajak you pergi ke butik perkahwinan tapi you mesti datang dengan Sara"

"Kenapa mesti libatkan Sara ? Aku tak nak ajak dia"

Dia Suamiku ✔(editing)Where stories live. Discover now