"Mak su,cepatlah" Kata Farihah yang sedang menunggu Fanirah berdandan,Kakinya digoyangkan.
"Kejaplah Mak su dah nak siap ni" Kata Fanirah sambil meletakkan pin pada selendangnya.
"Kejap apanya dah tiga puluh minit Mak su berdandan,kita nak pergi makan pizza je Mak su bukannya nak pergi majlis perkahwinan" Kata Farihah sambil melirik jam tangannya sebelum melompat turun dari katil.
"Farihah ni suka membebellah sampai Mak su pun kena juga" Kata Fanirah lalu mencuit hidung Farihah.
"Bukan membebel tapi Farihah hanya nak beritahu apa yang betul" Kata Farihah memegang tali beg silangnya yang kecil serta bergambarkan Elsa watak utama dalam cerita kartun Frozen.
"Banyak cakap pula kamu ni,jomlah turun sekarang nanti Mama mengamuk baru tahu" Kata Fanirah sambil menarik tangan Farihah.
Apabila mereka tiba di garaj kereta,kelihatan Sara sedang menunggu sambil menyilangkan tangannya ke dada.
"Hai Kak Sara" Tegur Fanirah sambil tersenyum kerana dia dah sedar bahawa dia dah lewat bersiap.
"Kenapa lewat ?" Tanya Sara yang sedang menunggu di garaj kereta,tangan Sara disilangkan ke dada.
"Mak su berdandan lama sangat" Kata Farihah lalu memandang Fanirah yang berada di sebelahnya.
"Patutlah sampai orang kat sini tunggu berminit-minit lamanya" Kata Sara menyebabkan Fanirah tersengih menayangkan giginya.
"Jomlah pergi sekarang nanti balik tengah malam pula" Kata Sara lalu membuka pintu kereta untuk Farihah.
"Lambatnya" Kata Harraz yang sedang menunggu di luar rumah Risya.
Beberapa minit kemudian,Risya keluar dengan memakai dress berwarna Biru muda dan kasut tumit tinggi berwarna putih.
"Dah lama tunggu,Firash ?" Tanya Risya sambil tersenyum,dia hendak memeluk Harraz namun Harraz mengelakkannya.
"Kenapa setiap kali I nak peluk you asyik mengelak je ?" Tanya Risya.
"Risya kan I dah kata kita belum berkahwin lagi,kalau berkahwin barulah boleh" Kata Harraz.
"Bukannya I tak nak kahwin dengan you,Firash tapi..." Percakapan Risya dipotong oleh Harraz.
"You belum puas lagi jadi model ?" Harraz memandang Risya yang berada di hadapannya sekarang.
"Firash bagi masa setahun lagi untuk I jadi model lepas tu kita kahwin okey" Kata Risya sambil tersengih menayangkan giginya.
"Okey" Harraz membukakan pintu kereta untuk Risya.
"Thanks sayang" Risya masuk ke dalam perut kereta dan Harraz menutupkan pintu kereta dan segera ke tempat duduk pemandu.
"Mama !" Farihah memanggil Sara yang sedang memesan pizza di kaunter.
"Ada apa ?" Tanya Sara yang berpaling ke belakang memandang Farihah yang sedang duduk di meja.
"Farihah nak pergi tandas sekejap" Kata Farihah lalu bangun daripada kerusi.
"Pergilah tapi hati-hati" Kata Sara.
"Okey mama" Farihah tersenyum ke arah Sara sebelum menuju ke tandas.
"Eh bukankah itu pak cik yang mukanya sama dengan papa yang tegur aku kat taman hari itu" Farihah memandang ke arah tempat parking kereta.
"Kenapa muka dia sama macam papa ?" Kata Farihah sambil memegang dagunya namun tiba-tiba dia berasa dia harus ke tandas segera.
"Firash,kita dinner di sini ?" Tanya Risya sambil menyilangkan tangannya dan memandang ke arah Pizza hut yang berada di hadapannya.
Harraz hanya mengangguk sahaja sebelum tersenyum memandang Risya yang kelihatan sedikit kecewa.
YOU ARE READING
Dia Suamiku ✔(editing)
RomanceQaisara Asyillie baru berusia 18 tahun namun dia telah dijodohkan dengan Tengku Harraz Niezal Tengku Harraz Niezal yang disangka meninggal dunia dalam kebakaran kereta 5 tahun telah kembali semula ke Malaysia namun dia tidak kenal siapa Qaisara Asy...