"You jom pergi makan" Ajak Risya sambil membuatkan muka kasihan di hadapan Harraz yang sedang melakar sesuatu di atas pasir menggunakan kayu.
"Dah lapar bukankah baru sahaja kita makan takkan dah lapar pula ?" Tanya Harraz sambil meletakkan kayu di atas pasir.
"Nak buat macam mana ? Perut I yang lapar" Kata Risya.
"Jomlah kita pergi makan di medan selera" Kata Harraz lalu berjalan meninggalkan Risya di belakang.
"Tunggulah Firash" Risya berlari ke arah Harraz dan berjalan disisi Harraz.
Harraz dan Risya memasuki medan selera itu membuatkan mereka rambang mata kerana ada pelbagai lauk-pauk,kuih-muih serta minuman yang menyegarkan.
Harraz dan Risya memilih makanan dan minuman lalu membawanya ke meja makan yang berada di hadapan Sara.
'Kenapa aku rasa pernah datang ke tempat ini bersama perempuan itu ?' Gumam hati Harraz yang sedang menikmati air kelapa bersama Risya.Matanya memandang ke arah Sara yang sedang meneguk air kelapa.
"Sedapnya" Kata Farihah selesai menghirup air kelapa menggunakan straw.
"Sedap ? Farihah nak lagi ?" Tanya Sara sambil memandang ke arah Farihah.
"Nak !" Kata Farihah teruja sedangkan itu hanyalah air kelapa sahaja,mungkin perangainya seperti Sara sejak kanak-kanak yang menggemari air kelapa.
"Amboi bahagia nampaknya anak mama ni" Kata Sara sambil mengusap kepala anaknya,Farihah.
"Mestilah bahagia sebab dapat jalan-jalan dengan mama tapi kalau ada pa-.."
"It's okey mama sentiasa ada buat Farihah" Sara memegang tangan Farihah membuatkan Farihah tersenyum ke arahnya.
Tanpa disedari,Harraz tersenyum apabila melihat kelakuan Sara dan Farihah.
"Firash,kenapa senyum ?" Tanya Risya berhenti makan apabila ternampak Harraz tersenyum sendirian.Harraz mengalihkan pandangan ke arah Risya apabila Risya menegurnya.
"Er,I tersenyum sebab bila I lihat you makan macam ni,you nampak cantik sangat seperti bidadari" Kata Harraz membuatkan Risya tersenyum bagaikan kerang busuk.
"I always beautiful and kind-hearted" Risya memuji dirinya sendiri membuatkan orang yang berada ditepi terasa menyampah.Kadang-kadang Harraz juga berasa menyampah dengan kelakuan Risya yang sering bangga diri.
"Yes,I know" Kata Harraz sambil tersengih kekok di hadapan Risya.
'Betulkah dia suami aku ?' Gumam hati Sara,matanya hanya fokus kepada Harraz sahaja.
"Mama" Panggil Farihah.
'Cara dia makan,cara dia senyum,cara dia bercakap,pandangan matanya,semuanya seperti suami Sara Ya Allah berilah petunjuk kepada Sara' Gumam hati Sara sambil merenung wajah Harraz.
"Mama !" Panggil Farihah sambil menepuk tangan Sara kerana sudah dua kali dia memanggil Sara namun Sara tidak mengendahkannya.
"Eh Farihah,ada apa ?" Tanya Sara sambil memandang ke arah Farihah yang memuncungkan bibirnya.
"Mama ni dah dua kali Farihah panggil tapi mama buat tak tahu,Mama pandang siapa sebenarnya ?" Tanya Farihah sambil menyilangkan tangannya dan bersandar pada kerusi.
"Maaflah tapi kenapa tiba-tiba panggil mama ?" Tanya Sara sambil memandang ke arah anak perempuannya,Farihah serta menguntumkan senyuman dibibirnya.
"Jomlah balik" Ajak Farihah yang sudah mengantuk,tangan kanannya menutup mulut yang sudah menguap tanda dia mengantuk.
"Ouh,rupanya dah mengantuk anak mama ni,kalau macam tu jomlah kita balik" Kata Sara lalu bangun dari kerusi dan menuju ke kaunter untuk menyelesaikan bayaran.
'Papa !' Gumam hati Farihah apabila pandang ke belakang dan ternampak Harraz sedang makan bersama Risya.
Farihah sekadar bangun dan berjalan menuju ke arah Sara yang berada di kaunter pembayaran.Selepas itu,mereka berdua keluar dari medan selera dan menuju ke tempat parking kereta.
'Kenapa dengan lutut dia ?' Bisik hati Harraz apabila terpandang lutut Farihah yang dibalut dengan kain pembalut.
'Kenapa aku rasa risau pula padahal aku tak kenal pun mereka berdua' Gumam hati Harraz.
Tiba-tiba kepalanya berasa sakit sangat.Harraz memegang kepalanya dan penglihatan juga kabur.
"Harraz,kenapa dengan you ?" Tanya Risya lalu meletakkan sudu di dalam pinggang dan bangun serta pergi ke arah Harraz.
"Argh !" Jerit Harraz kerana kepalanya berasa sangat sakit,dia mula mengingati sesuatu.
"Sara bahagia kahwin dengan abang ?"
'Sakitnya Ya Allah' Harraz mengetap bibirnya.
"Mestilah bagi Sara,Harraz adalah segala-galanya"
'Siapa dia dan kenapa...'
Harraz pengsan namun sempat dipegang oleh Risya.Kemudian,beberapa orang di dalam medan selera itu menolong Risya untuk membawa Harraz tempat parking kereta.
Risya segera membawa Harraz ke hospital yang berdekatan dengan pantai.
"Harraz bertahanlah,I sayangkan you tolong jangan tinggalkan I lagi" Kata Risya sambil menangis,tangan kirinya menggenggam tangan Harraz.
Harraz dibawa ke wad kecemasan manakala Risya menunggu di luar sambil mundar-mandir.
"Lamanya" Kata Risya sambil melihat ke arah jam dinding,sungguh dia berasa risau dengan keadaan Harraz sekarang.
Beberapa minit kemudian,Doktor yang merawat Harraz keluar dari wad kecemasan,Risya segera mendapatkan doktor itu untuk bertanyakan tentang keadaan Harraz.
"Macam mana keadaan dia,doktor ?" Tanya Risya sambil mengesat air matanya dengan tapak tangannya.
"Pesakit tidak mengalami masalah yang serius,Alhamdulillah kerana ini salah satu tanda ingatannya mula pulih kembali" Kata Doktor itu membuatkan Risya terkejut.
"Ouh,terima kasih.Boleh saya melawat dia sekarang ?" Tanya Risya.
"Boleh" Kata Doktor itu,Risya segera masuk ke dalam wad yang menempatkan Harraz.
'Kenapa ingatan you perlu kembali Harraz ? Kita dah bahagia hidup macam ni,I takkan benarkan Sara rampas you daripada I lagi,itu janji I pada diri I Harraz kalau perlu I sanggup bunuh dia demi dapatkan you Harraz' Bisik hati Risya,dengan pantas dia mengesat air matanya yang mengalir keluar.
"Harraz,I cintakan you dulu berbanding perempuan tu tetapi kenapa you kahwin dengan dia ?" Risya memegang tangan Harraz yang terlantar di atas katil.
"Harraz,I takkan benarkan dia rampas you lagi,you tahu tak susah payah I buat semua semata-mata untuk dapatkan you.So,jangan ingat mudah I akan serahkan you pada perempuan itu" Kata Risya sambil tersenyum sinis walaupun air matanya masih mengalir keluar membasahi pipinya.
YOU ARE READING
Dia Suamiku ✔(editing)
RomanceQaisara Asyillie baru berusia 18 tahun namun dia telah dijodohkan dengan Tengku Harraz Niezal Tengku Harraz Niezal yang disangka meninggal dunia dalam kebakaran kereta 5 tahun telah kembali semula ke Malaysia namun dia tidak kenal siapa Qaisara Asy...