Epilog

17K 340 60
                                    

Sebulan kemudian,Sara keluar dari rumah kerana ada posmen menghantar barang kepadanya.

"Alhamdulillah barang buat abang Harraz dah tiba" Kata Sara sambil mengambil kotak itu dan membawanya masuk ke dalam rumah lalu berjalan ke arah sofa untuk duduk.

"Pasti abang sukakannya" Kata Sara tersenyum bahagia namun tiba-tiba dahinya berkerut menahan sakit.

"Argh !" Sara memegang perutnya yang tiba-tiba terasa sakit rasanya bayi yang dikandung oleh Sara sudah ingin keluar.Sara mengetap bibinya menahan sakit.Mukanya berpeluh-peluh dan pucat serta Sara merasa ada sesuatu yang mengalir dari celah pahanya namun dia tidak menghiraukannya kerana dia tahu apa yang mengalir dari celah pahanya.

"Abang !" Jerit Sara memanggil Harraz yang masih berada di tingkat atas.Harraz yang sedang selesai memakai pakaian terkejut mendengar jeritan Sara dari bawah.

"Sara ? Kenapa dia panggil aku ?" Soal Harraz kepada dirinya yang sedang berada di hadapan cermin.

Harraz segera keluar dari bilik dan menuju ke arah ruang tamu dan kelihatan Sara sedang menahan sakit.

"Sara,kenapa ni ?" Soal Harraz kelihatan terperanjat melihat Sara dalam keadaan sebegitu.

"Rasanya Sara dah nak bersalin" Kata Sara sambil menahan sakit,tangannya pula asyik menarik baju Harraz.

"Apa ?! Kejap abang nak pergi ambil kunci kereta" Kata Harraz lalu berlari ke arah laci dan mencapai kunci keretanya.

"Abang cepatlah !" Jerit Sara sambil menggigit bibirnya dan tangannya pula memegang perutnya yang terasa sakit.

"Okey jom sayang" Kata Harraz sambil memapah Sara ke arah kereta dan dia menolong Sara membuka pintu kereta dan membantu Sara masuk ke dalam kereta.

"Cepatlah abang sakit sangat" Kata Sara sambil mengenggam tangan Harraz dengan begitu kuat sekali.

"Sabarlah beristigfar" Kata Harraz sambil memegang tangan Sara.

Apabila sampai di hospital Sara dibawa ke bilik bersalin.

Harraz menunggu di luar dalam keadaan gelisah.Peluh mula membasahi baju dan dahinya.

'Ya Allah,kau selamatkan isteri dan anakku,Ya Allah berikanlah kekuatan kepada Sara untuk mengharungi sakit bersalin' Harraz mundar-mandir di hadapan bilik bersalin.

"Macam mana keadaan Sara ?" Tanya Puan Diana yang baru tiba bersama ahli keluarganya yang lain.

"Sara masih dalam bilik bersalin" Kata Harraz.Wajahnya menunjukkan reaksi resah.

"In sha Allah Sara akan selamat melahirkan bayi" Kata Datin Seri Ayuni menepuk bahu anaknya.

"Amin" Kata Harraz sambil menghembus nafas,sungguh dia berasa risau apabila teringatkan kata-kata Sara.

"Kalau apa-apa berlaku kepada Sara abang tolong jaga anak kita"

"Papa ! Bagaimana keadaan mama ?" Tanya Farihah sambil menarik hujung baju Harraz.

Harraz melutut di hadapan Farihah supaya kedudukannya sama tinggi dengan Farihah.

"Mama masih berada di dalam lagi" Kata Harraz sambil mengusap kepala Farihah,mata dan hidungnya sudah kemerah-merahan.

"Kenapa lama sangat mama berada di dalam ?" Tanya Farihah tersedu-sedan akibat menangis.

Dia Suamiku ✔(editing)Where stories live. Discover now