"Harraz !" Jerit Sara apabila ternampak Risya memegang tangan Harraz, dia segera keluar dari pejabat Harraz sambil menangis.
Kejadian sebelum kedatangan Sara ke pejabat Harraz.
"Hai sayang" Tegur Risya.
"Maaf saya dah halang dia masuk tapi dia tetap nak masuk juga" Kata setiausaha Harraz.
"Tak apa, awak boleh keluar" Kata Harraz kepada setiausahanya.
"Apa hal sekarang susah sangat nak jumpa You? Ini mesti wife You berkepit 24 jam dengan You kan? " Kata Risya lalu melabuhkan punggung di atas sofa.
"You datang ke pejabat I ini nak apa?" Tanya Harraz straight to point.
"Apa punya soalanlah You tanya ini? Of course I datang nak jumpa tak akan nak jumpa cleaner pejabat You, baby" Kata Risya.
"I think You should move on because now I dah jadi suami orang dan hubungan kita dah tak ada apa-apa itu maknanya kita dah putus" Kata Harraz.
"Mungkin itu fikiran You sekarang tapi untuk I, You still my boyfriend forever and tiada siapa berhak untuk gantikan tempat I di hati You" Kata Risya dengan yakinnya.
"Risya, I nak bagi nasihat supaya hati You tak terluka dan bahagia. Please jangan pernah fikirkan yang I akan cakap 'Risya, I love You again'"
"Awak!" Jerit Sara apabila terdengar 'Risya, I love You again'. Terus dia keluar sambil bergenang air mata.
"Sara !" Harraz cuba mengejar Sara namun tangannya dipegang Risya dengan erat.
"Harraz, I sayangkan you, tolong jangan tinggalkan I, I tak boleh hidup tanpa you, please Harraz I merayu sangat-sangat" Kata Risya yang tidak berasa malu walaupun sedikit. Dia persis tidak ubah seperti menagih kasih sayang daripada suami orang.
"Lepaslah Risya antara kita berdua dah tak ada apa-apa hubungan lagi dan tolonglah faham lagipun selama ini boleh pula kau hidup tanpa aku sejak kau bagitahu kau lebih memilih kerjaya model kau itu" Kata Harraz lalu melangkah keluar meninggalkan Risya sendirian.
"Harraz ! Harraz !" Panggil Risya tetapi Harraz tetap mempedulikannya malah terus keluar mengejar Sara.
"Tak apa mungkin sekarang kau tak nampak aku tapi aku akan pastikan kau melutut dan merayu pada aku, aku akan tunggu hari itu datang. Sekali kau jadi milik aku selama-lamanya kau tetap milik aku" Kata Risya lalu keluar dari pejabat Harraz.
"Sara !" Harraz memegang tangan Sara namun ditepisnya dengan kasar. Tanda Sara marah.
"Lepaslah, pergilah pada kekasih kesayangan itu" Kata Sara kedengaran seperti merajuk. Air matanya yang membasahi pipinya dikesat menggunakan tangannya.
"Sara,dengarlah apa abang nak jelaskan kerana apa yang Sara nampak atau dengar tak semestinya betul" Kata Harraz cuba ingin menjelaskan keadaan sebenar kepada Sara.
"Cis ! Masih nak menipu lagi ? aku nampaklah kau bermesra-mesra dengan perempuan itu kau ingat aku buta dan paling aku tak sangka aku ingatkan kau dah berubah tapi apa kau dah buat, kau dah kecewakan harapan aku yang berfikir kau dah berubah namun tak Harraz kau masih berhubung dengan perempuan itu" Tengking Sara lalu meninggalkan Harraz. Sedikit pun dia tidak memberikan peluang untuk Harraz untuk menjelaskannya.
Sebelum itu sempat dia berpatah balik untuk memulangkan telefon bimbit Harraz. Terpinga-pinga Harraz dibuatnya.
"Aku tak nak pegang telefon penipu macam kau" Kata Sara lalu mengembalikan telefon kepada Harraz. Kemudian, dia pergi meninggalkan Harraz.
YOU ARE READING
Dia Suamiku ✔(editing)
Roman d'amourQaisara Asyillie baru berusia 18 tahun namun dia telah dijodohkan dengan Tengku Harraz Niezal Tengku Harraz Niezal yang disangka meninggal dunia dalam kebakaran kereta 5 tahun telah kembali semula ke Malaysia namun dia tidak kenal siapa Qaisara Asy...