#7

9K 417 11
                                    

Qisha berjalan terburu-buru ke tandas. Nak kena cepat sebab nanti kalau cikgu masuk payah. Tapi baru sampai separuh jalan, dia terhenti. Apa yang dia nampak sekarang ni buatkan hati dia berkecai.

Fakhrul?

Dengan Jane?

Apa yang mereka bualkan?

Tapi..

Kenapa mesti pegang tangan?

Bukan Jane yang pegang tapi Fakhrul , pakwe dia.

Sedangkan mereka pun tak pernah pegang tangan ni semua.

Tapi..

Ini apa?

Qisha tak jadi nak teruskan perjalanan. Dia berpatah balik berjalan masuk ke dalam kelas. Otak dia kosong.

Jadi selama ni betullah apa yang orang cakap tu?

Fakhrul kaki perempuan?

Qisha tersenyum perit.

Kau bodoh Qish. Kau yang taknak percaya bila orang cakap. Sekarang apa? Terkena pada batang hidung sendiri.

Qisha terjatuh duduk. Dia tak mampu nak tahan tangisan dia.

Di situ, Qisha menangis perlahan.

Hati dia berkecai.

Sakit.

" Qish? "

Perlahan-lahan Qisha mengangkat muka.

Iman?

Dia tidak endahkan air mata dia yang mengalir. Hati dia sakit sekarang.

Iman terkejut. Dah kenapa Qisha menangis?

Baru ingin bertanya , dia dah tahu kenapa bila melihat susuk tubuh yang syok bercinta di hujung sana.

Iman menggenggam erat tangannya. Perasaan marah mula bertandang. Dia tak suka melihat Qisha menangis sebab jantan tu.

" Jom "

Qisha hanya pandang. Kenapa?

" Pegang lengan baju aku. Kau nak dia tengok kau menangis dekat sini ke? I know you need someone " ujar Iman perlahan. Dia menghulurkan lengan dia yang berlapis baju itu. Nasib baik dia dah turunkan lengan baju dia.

Perlahan-lahan Qisha memegang lengan Iman sambil berdiri. Dia hanya diam bila Iman bawa dia pergi.

Tanpa dia sedari, Iman bawa dia ke ruang sakit.

" Kau duduklah sini. Rest. Nanti aku inform geng kau yang kau tak sihat sikit. Takkan kau nak masuk dengan muka macam ni kan " Iman menunjukkan ke dalam. Dia hanya buat isyarat takpe bila Kak Nani macam nak bertanya.

Kak Nani cuma mengangguk faham. Mungkin ada masalah yang berlaku yang dia tak boleh tahu.

Qisha mengangguk perlahan.

" Thanks Iman "

Iman yang baru nak keluar itu terhenti. Dia tersenyum kecil.

" Small matter. "

Dan dia terus keluar.

Qisha hanya memandang pemergian itu lalu dia cuba memejamkan mata. Dia nak lupakan semua yang dia pernah lalui dengan Fakhrul.

Dan dia berharap bila dia bangun, dia akan lupa semua rasa sayang tu.

¤¤¤¤

Farah mengusap kepala Qisha yang terlena itu. Sebaik sahaja Iman cerita semuanya tadi, dia terus berlari ke sini bila loceng balik berbunyi.

Dia rasa nak belasah si Fakhrul tu sekarang kalau tak diingatkan nasihat Zulaikha.

" Kau belasah pun, hati Qisha takkan baik macam dulu. "

Dia tak sangka benda ni akan jadi macam ni. Kalaulah dia beritahu perangai sebenar jantan tu, mesti Qisha takkan macam ni.

Habis sembab mata tu.

Zulaikha hanya diam memandang Farah itu. Dia dan Shafika saling berpandangan. Mereka tahu betapa Farah sayangkan mereka. Ibarat kasih sayang seorang kakak kepada adik dia.

Dan mereka tahu Farah takkan lepaskan Fakhrul macam tu je.

Dan mereka harap Qisha akan bangun dengan semangat baru.

" Ergh "

Semua memandang ke arah Qisha.

¤¤¤¤

Sebaik sahaja mata dia terbuka, apa yang dia lihat ialah muka kerisauan sahabat-sahabat dia.

Zupp!

Qisha terkedu dengan pelukan Farah.

" Nangis sekarang. Sebab lepasni aku taknak tengok kau menangis " bisik Farah .

Sebaik sahaja dengar macam tu, Qisha terus menangis kuat.

Dia perlukan mereka.

Shafika dan Zulaikha terus join sekali.

Mereka membiarkan Qisha menangis melepaskan segala sakit yang dia rasa.

Mereka nak Qisha kuat.

Biar rapuh sekarang bukan nanti.

Sebab mereka akan sentiasa dengan gadis ini.

Hati mereka bagai direntap bila dengar bisikan Qisha.

Bisikan rintihan seorang gadis yang dipermainkan.

Ya Allah.

Perempuan bila sayang , dia akan sayang betul-betul.

Jadi, jangan buat mereka seperti tiada hati dan maruah sampai perlakukan mereka seperti ini.

Tbc

My FondnessWhere stories live. Discover now