Shafika yang sedang mengangkat kotak Scrabble itu terhenti apabila namanya dipanggil dari belakang . Ok terhenti jap nafas dia sebab yang panggil itu Farrid ! Dia berdehem kecil untuk menghilangkan cuak dia.
" Nak aku tolong tak ? Jauh lagi ni tempat perjumpaan . " Farrid cuba menawarkan pertolongan apabila melihat gadis itu bersusah payah mengangkat enam kotak itu sekaligus . Mana budak lain ? Takkan gadis ni je yang angkat sorang ?
" Ermm okay juga . Ambil lah sedikit " ujar Shafika perlahan .
Farrid cuba sembunyikan senyum apabila dengar betapa perlahan suara gadis dia yang seorang ini . Dia mengambil 4 daripada 6 kotak Scrabble itu manakala selebihnya diserahkan kepada Shafika .
" Eh ? Banyaknya . Ambil jelah 3 . Tak berat ke ? " ujar Shafika . Dia cuba ambil satu kotak daripada Farrid tapi dihalang oleh lelaki itu . Kesian lah dekat lelaki itu sebab angkat banyak sangat .
" Takpe . Bukan berat sangat pun . Tak gentle lah bagi perempuan bawa berat-berat ni " senyum Farrid .
Shafika terpaku .
Gosh ! Senyuman dia !
"Farrid Affiq ! Bagi jelah satu dekat aku . Jauh lagi ni . Kang penat kau nanti " Shafika tetap cuba pertahankan pendapat dia.
" Ye saya Cik Shafika. Tak penat pun selagi kau jalan dekat sebelah aku . Dah jom " Farrid terus berjalan ke depan dengan senyuman kecil meninggalkan Shafika yang terdiam di belakang.
Shafika terdiam mendengar ayat Farrid itu . Dia lagi terkaku apabila Farrid kenyit mata dekat dia tadi . Kejap ! Kejap ! Dia perlukan oksigen sekarang ni !
What was that ?! Sengaja betul mamat ni !
Shafika menghentak kaki lalu mengejar Farrid di hadapan .
Apabila melihat Shafika di sebelah , Farrid tergelak kecil sebab Shafika memang langsung tak pandang dia .
****
Zulaikha yang mendengar cerita Shafika itu menahan gelak yang hampir terhambur sebab dia rasa lawak . Ada ke patut Shafika tu terkaku bila Farrid usik dia ?
HAHAHAHAH ! Ni kalau Farah tahu ni , mesti gadis itu bahan habis-habisan !
" Lawak weh kau hahaha serious lawak " Zulaikha tergelak apabila Shafika cakap lagi yang dia memang tak pandang langsung Farrid tu .
Shafika yang geram melihat Zulaikha terus memukul lengan kawan dia itu .
" Diamlah ! Orang tengok kau semacam tahu tak ! " marah Shafika .
Zulaikha cuba menarik nafas dalam-dalam supaya dia tak tergelak . Sumpah lawak gila cerita ni . Tak fokus dia nak buat perkataan .
Farrid yang di hujung sana pelik melihat dua gadis itu . Seorang happy , seorang lagi masam . Apahal tu ? Dia tersenyum apabila terfikir mesti Shafika cerita tentang kejadian tadi sampaikan Zulaikha tergelak macam tu .
" Guys ! Change partner . " ujar Farrid .
Semua mula bergerak untuk tukar partner masing-masing . Tiba-tiba Zulaikha berkata ..
" Pengerusi mohon partner dengan Naib pula ye " ujar Zulaikha . Dia tersenyum sinis apabila Shafika menjeling dia tajam .
Farrid pula terdiam sekejap namun dia mengangguk .
" Wooooooo ! " jerit satu kelab itu .
Shafika dah menepuk dahi dia banyak kali . Mohon ingatkan dia supaya sembelih Zulaikha itu .
Farrid duduk di hadapan Shafika melihat gadis itu diam , dia berkata .
" Cik adik oii .. Jalan lah .. Turn kau sekarang .. " usik Farrid .
" Hah ? Oh okay " Shafika terus menyusun perkataan.
L I N K
Farrid tersenyum kecil . Dia tahu nak buat apa . Dia terus menyambung . Perlahan-lahan dia susun huruf itu .
Hampir terbuntang mata Shafika melihat perkataan itu . Silih berganti dia memandang Farrid dan perkataan itu .
L O V E
Farrid menopang dagu melihat Shafika . Dia mengusik Shafika dengan mengangkat kening dia berkali-kali .
Shafika dengan tangan tergigil itu terus menyusun huruf dia pula . Buat tak tahu je dengan mamat tu .
V A S E
Farrid tersenyum sinis . Gotcha ! Dia terus meletakkan satu persatu huruf yang dia inginkan . Daripada huruf S sampai ke A .
S H A F I K A
Shafika terus terdiam . Okay kejap . Kalau sambung perkataan first dengan yang ni nanti mesti jadii ayat tu kan ?
Love Shafika ?!
Dia terus memandang Farrid di hadapan dan ...
Degg !
Mata bertentang mata . Hati berdegup dengan kelajuan yang sama .
Farrid tengah tersenyum tengok dia sekarang ni .
Dan dia nampak apa yang Farrid sampaikan melalui gerakan bibir itu .
I Love You .
CONFESS KE NI ?! MELALUI SCRABBLE ?!
¤¤¤¤
" Pfft hahahahahahahahahaha "
Shafika menjeling tajam Farah dan Qisha yang gelakkan dia bersungguh-sungguh tu. Orang minta pendapat, dia gelakkan! Tak guna betul kawan macam ni.
" Dah tu kau terima tak? " tanya Farah selepas dia habis gelak panjang tu. Lawak weh. Serious lawak.
Shafika diam sebelum dia mengangguk perlahan.
Farah dan Qisha ternganga. Serious lah terima? Tak tipu ni?
" Wuuuuuuuuu tahniahhhhhh hahhahahaah tak sangka thoo " Qisha menepuk bahu Shafika sambil mengusik. Eh eh tak sangka cik Shaf kita jadi girlfriend orang sekarang ni. HAHAHAHAHA!
Farah tergeleng kepala. Melayan kepala otak mereka ni memang sakit woi. Kepala masuk air. Hahah!
Tbc
YOU ARE READING
My Fondness
Teen Fiction[C O M P L E T E D] Farrid Affiq , lelaki yang disukai ramai gadis. Nampak serious tapi siapa tahu hati dia kan. Saat umur 13tahun, dia telah jatuh hati dekat seorang gadis. Gadis kesukaan dia. Jangan tanya kenapa sebab ianya datang tanpa sedar. Tap...