#36

7.1K 307 18
                                    

" Shaff "

Shafika memandang Farrid . Dia mengangkat kening bertanya kenapa .

" Kau nak sambung mana lepas ni ? Maksud aku lepas SPM ni " Farrid menongkat dagu memandang Shafika . 

Mereka sekarang berada di cafe sebab nak belajar sama-sama . Akibat ? SPM yang lagi beberapa hari je lagi . Itupun lepas si Farrid ni paksa Shafika belajar di luar .

Shafika terdiam sekejap . Dia sebenarnya dah fikir semua ni tapi belum pasti je lagi . Lagipun dia kena tanya parent dia sebab restu ibu ayah itu penting.

" Aku ingat aku nak mohon TESL tapi matrikulasi pun nak . So aku mohon je dua-dua tu . Ada rezeki ,ada lah nanti . Kau ? " Shafika memandang Farrid yang masih menatap dia . Nak je cucuk mata tu .

" Nak kahwin dengan kau , boleh ? " usik Farrid . Dia tergelak kecil bila Shafika pandang dia macam nak telan .

Shafika mencerun memandang Farrid . Nak main-main ea ? Ok ok kita tengok sampai bila .

" Boleh . Bila nak masuk minang ? Pintu rumah tu sentiasa terbuka untuk kau " jawab Shafika .

Farrid tersenyum kecil . Mula dah perangai savage dia tu . Takpe kita go on je .

" Habis SPM . Jom hahah nak anak berapa ? " Farrid tergelak bila Shafika buat muka macam whatttttt !

Shafika terkedu . WHAT DID HE ASKED ME JUST NOW ?! ANAK !? EYYYYY JAUH LAGI TAHU TAK BENDA TU !

" Eyy apa ni wehhh . Jauh lagi lah nak fikir tu semua . Kau memang taw " geram Shafika . Malulah cakap benda macam ni .

Farrid tergelak kecil . Tadi bukan main savage lagi balas kata-kata dia , ni dah give up . Tapi dia tak pernah tipu kalau dia memang betul-betul nak Shafika jadi pelengkap hidup dia . Cuma dia lebih berserah pada Allah . Kalau sememangnya mereka berjodoh , mereka jauh ke mana pun pasti akan berjumpa balik . 

Shafika memandang Farrid yang merenung keluar . Kalau dulu mungkin dia tak pernah fikir akan jadi someone yang special dalam hidup lelaki depan dia ni. Tapi sekarang, itu yang terjadi . Apa yang dia harap cuma semuanya akan baik-baik sahaja. 

" Dah puas tenung saya , Cik Shafika ? "

Shafika terus terpinga-pinga . Dia mencebik bila tahu Farrid mengusik dia lagi . Menyampah betul tengok muka tu tersenyum mengusik dia.

" Tak habis-habis nak mengusik orang ni kenapa ? Tak puas hati ea ? " Shafika mencebik geram bila tengok Farrid ni.

" Bestlah. Tak sah kalau tak usik kau. Tengok muka bengang kau tu hahah " balas Farrid.

Shafika membuat muka. Nasib baik sayang , kalau tak ada yang mandi kopi ni karang.

" Cakap jelah hodoh kan " perli Shafika.

Farrid tergeleng kepala. Kelakar betul makwe sorang ni.

" Mana ada hodoh. Comel je. Seorang Shafika tak pernah tak nampak cantik di mata seorang Farrid Affiq " Farrid mengenyitkan mata sambil terus mengusik Shafika. Tapi jujurlah Shafika nampak cantik di mata dia.

Shafika tersipu malu. Benci Farrid Affiq ni. Suka buat dia malu, berdebar, geram semualah. Hari-hari dia penuh dengan usikan lelaki ini. Mahu tumpah selori gula dalam hidup dia ni.

" Dan seorang Farrid Affiq tak pernah tak nampak poyo di mata seorang Shafika.  Hahaha " Shafika tergelak bila Farrid menjeling dia. Benganglah tu bengang.

Farrid menjeling gadis dia ni. Apa kejam sangat ni. Orang puji dia kot.

" Poyo tu means handsome. Ada dalam kamus dewan. " ujar Shafika tanpa memandang Farrid.

Farrid tersenyum sendiri. Pandai kenakan dia ek. Ok ok. Takpe.

" I wish you will be mine. Forever Shaf. " ujar Farrid tiba-tiba.

Shafika terdiam. Jantung dia berdetak laju sebab Farrid tak pernah serius macam ni.

" Just follow the fate. Apa yang jadi , kita redha dan terima " jawab Shafika.

Farrid mengangguk. Betullah. Biar takdir yang tentukan. Mereka cuma perlu ikut je apa yang berlaku.

Tbc

My FondnessWhere stories live. Discover now