" Iman! "
Iman menoleh ke belakang. Dia tersenyum bila nampak Qisha sedang berjalan ke arah dia. Ni mesti kes coklat tadi dengan air.
" Hm thankyou for that " Qisha tersenyum kecil. Dia memandang Iman kekok. Entah dia sendiri tak tahu kenapa rasa macam janggal.
Iman tergelak kecil.
" Its okay. Aku cuma nak yang terbaik untuk kau. Dah makan kan? " tanya Iman. Walaupun dia sendiri nampak Qisha bersemangat macam ni.
Qisha mengangguk kecil. Lepas makan coklat tu tadi, dia rasa bersemangat jugalah. Hahaha!
" Baguslah. Ni ada apa-apa lagi ke? Sebab aku ada kelas lepasni " Iman memandang Qisha.
" Oh takde. Aku cuma nak cakap tu je tadi " ujar Qisha.
" Oh okay. Ingatkan nak cakap aku dah berjaya " ujar Iman tapi ayat terakhir itu perlahan sahaja.
Qisha tersenyum kecil. Ingat dia tak dengar ke?
" Hm boleh tahanlah. 25% aku bagi kau. Byee " Qisha terus berjalan melepasi Iman yang kaku itu. Dia tergelak kecil bila lihat Iman yang terkaku itu.
Iman kaku. What did she said just now? So maknanya berjayalah tu? Walaupun sedikit?
Dia terus berpusing balik ke kelas dengan semangat baru. Semangat nak pikat hati seorang Qisha.
¤¤¤¤
Zulaikha baru nak capai buku di rak itu tiba-tiba dia dihalang. Dia memandang orang di sebelah. Mata dia terus menjuling ke atas tanda menyampah.
" Kau nak apa? "
Fakhrul tersenyum sinis.
" Kenapa aku tengok sekarang Qish dengan budak Iman tu rapat semacam je? " tanya Fakhrul perlahan. Dia tak puas hati bila nampak Qisha dengan Iman tadi bergelak ketawa. Nampak sangat Qisha dah lupakan dia.
Zulaikha tergelak sinis. Apa bangang sangat jantan ni? Dah buang Qisha tiba-tiba nak risau sangat dah kenapa? Gian ke?
" Mana aku tahu. Kau nak tahu sangat pergi tanya tuan punya badan. Kalau ye pun dorang dalam relationship , aku sokong je. Sebab apa taw, aku yakin Iman tu tak macam kau. Selenga! " sindir Zulaikha. Dia memandang Fakhrul tajam sebelum ingin beredar.
Zulaikha merengus geram bila Fakhrul halang jalan dia. Dia benci betul jantan ni. Semaklah!
" Berambus. " geram Zulaikha.
Fakhrul hanya membuat muka selenga. Zulaikha ni pun boleh tahan cantik.
Baru dia ingin mendekat, terasa bahu dia dicengkam.
" Blah. Dia partner aku " ujar Daniel tajam. Dari tadi dia perhati mereka sampaikan dia bangun bila nampak Fakhrul macam melebih.
Zulaikha menghela nafas lega bila nampak Daniel. Nasib baik lelaki itu ada. Kalau tidak, tak tahu apa jadi.
Fakhrul menjeling mereka berdua sebelum pergi.
" Thanks "
Daniel berpaling. Dia mengangguk kecil sebelum keluar dari library.
Zulaikha menghantar pemergian Daniel dengan jantung yang berdetak laju. Apa semua ni?
Kenapa dia lega bila Daniel datang selamatkan dia?
Kenapa dia rasa gembira bila Daniel tolong dia?
Dia. ..
Zulaikha menggelengkan kepala. Tak mungkin dia jatuh hati. Tak!
Mungkin cuma rasa bersyukur je tu.
Tbc
YOU ARE READING
My Fondness
Fiksi Remaja[C O M P L E T E D] Farrid Affiq , lelaki yang disukai ramai gadis. Nampak serious tapi siapa tahu hati dia kan. Saat umur 13tahun, dia telah jatuh hati dekat seorang gadis. Gadis kesukaan dia. Jangan tanya kenapa sebab ianya datang tanpa sedar. Tap...