Hutan Lipur Bukit Hijau
Sebaik sahaja turun, Shafika menghirup udara segar di situ. Ya Allah tenangnya hati dia dapat melihat semua ini. Keindahan alam yang selama ni dirosakkan oleh manusia sendiri.
" Cantik kan? Macam kau lah tu . Beauty in brain "
Shafika terkedu . Dia memandang Farrid yang berjalan ke depan itu. Cari pasal mamat tu! Nak turun tu turunlah . Janganlah tiba-tiba bisik tepi kepala orang.
Farrid sembunyi senyum. Dia yakin mesti Shafika tengah bengang dengan dia.
Ting!
Farrid membuka whatsapp yang dia baru terima. Dia tersenyum kecil baca ayat itu.
Shafika :
[ I hate you, Farrid Affiq ! ]Farrid tergelak kecil. Kan dia dah cakap. Dia menaip sambil berjalan.
FarridAffiq :
[ But I love you, sweetheart. ]Shafika :
[ Sweetheart apanya! Taknak kawan ]FarridAffiq :
[ Konon haha dah cik adik. Jalan pandang depan. Nanti kalau jatuh, aku tak boleh tolong. Lainlah kalau jatuh ke dalam hati aku ]Shafika :
[ Farrid Affiq! ]Farrid tergelak bila baca balasan daripada Shafika. Sah budak comel tu bengang. Dia memandang ke belakang. Dia tersenyum bila nampak Shafika memandang dia tajam. Hahahaha!
¤¤¤¤
Shafika menahan je wap-wap air yang menggelegak ni hah dalam hati. Geram betul dengan si Farrid tu. Ingat sweetlah tu?
Tapi memang sweet pun sebab dia bersemu merah tadi sampai kena tegur dengan Qisha. Farrid memang jahat. Tengok nanti. Habis dikerjakan budak tu.
Malam itu mereka duduk mengelilingi unggun api. Sebab esok nak guna tenaga. Nak naik puncak. Oh yeah! Hiking!
" Malam ni nak buat apa? " tanya Imran.
" Nyanyi jom. Bosanlah asyik tenung api ni je. Cikgu semua pun tengah busy bincang untuk esok " jawab Naim.
Mereka semua mengangguk setuju. Yelah dari tadi mereka dok tenung unggun api tu je tanpa berbuat apa-apa. Bosan weh!
" Siapa yang nak try dulu? "
Semua memandang Farrid yang khusyuk menunduk melihat api.
" Hah hah ni apa ni? " tanya Farrid malas. Ni mesti nak suruh dia lah ni.
" Alahh trylah cepat. Aku dah siap keluarkan gitar ni. Akustik je " pujuk Imran. Punya beria dia berlari tadi semata nak ambil gitar. Baru best.
Semua bersorak gembira bila Farrid mengangguk.
" Okaylahh. Nasib baik mood aku okay. " sindir Farrid sambil memandang Imran.
Imran hanya tersengih.
" So, nak nyanyi lagu apa? " tanya Iman.
Shafika dah diam. Dia tak pernah dengar lelaki itu menyanyi. Boleh ke? Sedap ke?
" Sesungguhnya aku "
YOU ARE READING
My Fondness
Fiksi Remaja[C O M P L E T E D] Farrid Affiq , lelaki yang disukai ramai gadis. Nampak serious tapi siapa tahu hati dia kan. Saat umur 13tahun, dia telah jatuh hati dekat seorang gadis. Gadis kesukaan dia. Jangan tanya kenapa sebab ianya datang tanpa sedar. Tap...