#15

8.1K 356 30
                                    

Iman memandang Qisha di sebelah dia . Rasa perlu tak dia beritahu sekarang ek ?

" Hm Qish "

Qisha menoleh . Dia mengangkat kening kenapa . Terbantut dia nak susun buku dekat dalam bilik guru ni . Dahtu cikgu Rika minta si Iman pula tu bantu dia .

" Hm kalau aku cakap aku suka kau macam mana ? Since kita Form 2 " tanya Iman sambil meletakkan fail itu pada tempat yang sepatutnya . 

Qisha terkaku . Pertanyaan Iman itu membuatkan jantung dia berhenti berdetak sekejap . Dia tak tahu nak cakap apa tapi Iman cakap dia suka Qisha sejak Form 2 , maksudnya sejak 4 tahun lepas dan lelaki itu selama ni menahan rasa melihat dia bersama Fakhrul ke ? Ya Allah sanggupnya .

Qisha memandang Iman di sebelah dia . Lelaki itu langsung tak pandang dia . Tapi melihat betapa merahnya muka Iman itu , dia tahu Iman memang suka dia . Dia tersenyum kecil . Kenapa selama ni dia tak perasan Iman ye ? Sebab dia dibutakan dengan ketampanan Fakhrul walaupun Iman lagi handsome . Tapi cinta itukan buta . 

" Hm okay je . Tapi cubalah capai hati aku . Then aku pertimbangkan . " ujar Qisha sebelum bangun mengemas rak di hujung sana . 

Iman terkedu . Itu maknanya setuju ke ? Dia dapat peluang ke ? Lama-kelamaan dia tersenyum lebar menyiapkan kerja dia .

I will , Qish . Aku akan pastikan kau jatuh dalam dakapan aku . Dan kau takkan rasa benda yang sama macam dulu . 

****

Qisha mengerutkan dahi melihat ada sekotak air dengan coklat dekat atas meja dia . Siapa yang bagi ?

" Iman bagi . Nah note " ujar Farah sambil menghulurkan satu kertas kepada Qisha. Dia tergeleng kepala bila ingat betapa berianya si Iman itu suruh bagi semua ni pada sahabat dia . 

Qisha tersenyum kecil membaca nota kecil itu . 

Hey Qish , 

Please eat that . Aku tahu kau ni jenis tak cukup gula dalam badan . So make sure kau makan okay . Study well girl !

Love ,

Bakal pemilik hati awak.

Apa comel sangat nota si Iman ni . Qisha tak tipu kalau hati dia terharu dengan usaha Iman ni . Malah , Iman tahu dia macam mana . Lelaki itu juga seakan-akan tahu pagi ni dia tak ambil gula lagi . Bakal pemilik hati awak ye . Haih Iman,Iman . Tanpa sedar , Qisha mula suka dengan semua ni . 

Farah memandang Qisha pelik . Tiba-tiba sengih , senyum lepastu gelak kecil ni dah kenapa ? Kena sampuk dengan Iman ke apa . 

" Kau senyum-senyum macam tu kan , nampak creepy tahu tak . Macam pervert " ujar Farah . 

Qisha membuat muka toya . Seriuslah Farah ni . Spoilt lah kawan dia ni . Baru nak happy sedikit pun tak boleh . 

" Engkau kan ! Spoilt betullah . Aku hempuk karang pakai buku Addmath ni nanti " Qisha mengacah mahu hentak si Farah ni pakai buku Addmath itu . Dia geram betul . 

" Hahahah dah memang betul . Eh eh ilmu tu kak ilmu " usik Farah . Bukan salah pun apa dia cakap . Dah memang serupa pervert bila senyum-senyum gitu . Naik seram juga dia . Kot-kot lepas putus cinta ni Qisha tu bernafsu dekat perempuan ke kan . HAHAHAHA ! 

Qisha menjulingkan mata dia . Melayan Farah ni memang tak sudah . Ada je nak dibalasnya sampai mati kutu dia . Nasib baik sahabat sendiri . 

Dia mencapai hadiah daripada Iman .

Perlahan-lahan dia tahu Iman telah mencipta nama dalam hati dia . 

Tbc

How this story ? Macam makin ke laut je kan *nngis tepi katil*

My FondnessWhere stories live. Discover now