Special Scene

8.8K 274 15
                                    

Zaman sekolah.

" Eh sorry! Tak perasan.. Salah saya.. Maaf maaf! " kalut Shafika capai segala harta benda manusia yang dia langgar tu.

Tanpa dia sedari siapa yang dilanggarnya.

" Oh takpee. My fault too "

Kejung Shafika dibuatnya bila dengar suara itu. Jangan cakap itu..

Perlahan-lahan kepalanya mendongak. Suara hatinya semakin menjerit frust bila nampak Farrid Affiq di hadapan dia. Gosh! Kenapa mesti dia langgar mamat ni!? Kenapa takde orang lain juga yang nak dilanggarnya!?

Farrid yang melihat Shafika terdiam itu pelik. Ada yang salah dengan muka dia ke?

" Shaaff ? "

Terpinga-pinga Shafika bila namanya diseru.

" Eh! Hm sorry weh. I got to go "

Terus berdesup Shafika lari tinggalkan Farrid dekat belakang. Taknak tengok mukaa lelaki itu sebab malu yang amat. Boleh pula dia tenung anak teruna orang!? Ya Allah Shafika!

Farrid tergelak kecil melihat Shafika. Dia perasan Shafika tenung dia tapi disebabkan dia sendiri pun malu , memang sengajalah dia kenakan gadis itu.

Shaff, kau tak pernah berhenti buat jantung aku berdebar bila dengan kau. Kau selalu jadi penyebab semua ni Shaff. Tapi aku malu nak cakap aku sayangkan kau. In Sha Allah one day, you will be mine.

Terkadang ada satu ketika, kita kena tunggu masa yang sesuai untuk berkata jujur. Sebab? Kita takut apa yang kita dapat cuma kekecewaan. Sakit.

¤¤¤¤

Tunang.

Farrid memandang Shafika yang baru sahaja masuk ke dalam kereta. Agak tergamam juga tengok perubahan Shafika. Yelah sejak masuk U ni, mereka kurang berjumpa bahkan kurang contact.

Jadinya, perubahan tu agak ketara.

" So, nak pergi beli barang dekat mana? " tanya Shafika.

" Kita try pergi cari dekat kedai biasa dulu. Tak jumpa, kita pergi dekat mall. Lagipun kenduri tu tak besar sangat " jawab Farrid.

Yes! Sekarang mereka berdua keluar sebab nak cari barang untuk goodies bagi kenduri malam ni. Kenduri doa selamat.

Disebabkan Farrid ni malas nak pergi sorang, dia tarik Shafika sekali. Lagipun kenduri ni untuk mereka berdua juga.

Sebab?

Baru tunang dua minggu lepas.

Hahahaha!

" Jom turun "

Dalam Shafika sedang memilih itu, Farrid cuma memerhati sahaja gerak geri gadis itu. Tak sangka sekarang gadis itu dah jadi tunang dia. Sebelum ini punya payah dia tahan rasa tapi sekarang? In Sha Allah Shafika akan jadi milik dia.

" Kau nak air apa ni? Aku tak tahu lah nak pilih yang mana " Shafika memandang Farrid di belakang dia.

Agak berdebar juga sebab dari tadi Farrid memang diri belakang dia. Tak kira ke mana dia berjalan dalam kedai ni.

" Hm air love you boleh tak? " usik Farrid.

Puk!

Hah berdesup Farrid kena hempuk dengan beg tangan Shafika.

" Aduh sakitlah Shaff "

" Tahu pun! Orang tengah serius, dia main-main " bengang je Shafika tengok si Farrid ni.

Kakak yang melihat dorang itu pun tersenyum dengan kejadian itu. Dia rasa pasangan itu nampak comel je hahaha!

" Cehh hahah ambil je lah air teh bunga ke apple ke. Tak kisah "

Shafika mengangguk bila dengar jawapan Farrid meskipun hati dia bagai nak tercabut.

Farrid ni kalau tak cari masalah, tak sah. Mengada betul!  Ingat hati aku ni buat daripada besi ke? Hish. Nasib baik sayang.

When we love someone, all we want to do for them just make them happy. Even we not the reason of their smile.

¤¤¤¤

Everything happen with reason. Apapun jadi dalam hidup kita semua bersebab. Allah dah atur semuanya baik-baik. Yang kita perlu buat cuma tunggu masa tu tiba.

Saat pertama kali dia memandang gadis itu, dia tahu she's the one. Tapi ada liku-liku yang dia kena hadapi sebelum nak dapatkan hati gadis itu.

Shafika bukan gadis yang mudah untuk meletakkan hati dia pada seseorang. To be honest, dia tak mudahkan percayakan orang.

Jadi, bagi Farrid.. Dia kena kenali Shafika dahulu sebelum capai hati gadis itu sebab Shafika itu unik. Unik dengan caranya sendiri.

Bila kita jaga hati kita, kita pun akan dapat jodoh yang jaga dan sayang hati dia juga.

Partner kita adalah reflection diri kita juga.

Di mana Allah dah janjikan kita soal jodoh itu di dalam Al-Quran.

Buka dan cari serta baca.

Farrid tak pernah letak harapan tinggi pada gadis itu begitu juga Shafika.

Tapi jika Allah dah takdirkan mereka bersama, mereka tetap bersama.

Dan Farrid akan sentiasa jadikan Shafika sebagai kesukaan dia.

Yang dia tatap hari-hari.

Yang dia sayang hari-hari.

Itu isteri dia.

My Fondness.

¤¤¤¤

Done hehe.. Sis update sebab hadiah untuk para readers.. Actually tak boleh bayang tiba-tiba menang awards teen fiction dalam Infinity Wattys Award tu.. Sebab baru first time try..

But dah rezeki Allah bagi.. Kita terima dengan hati terbuka.. Thankyou for all of you yang support cerita ni.. 💕💕💕

May Allah bless you, dear.

My FondnessWhere stories live. Discover now