Shafika menarik nafas dalam. Dia hampir nak gugur jantung dah ni sebab sedikit je lagi majlis nak mula. Tiba-tiba dia rasa tangan dia digenggam.
" Berdebar ke? Sejuk sangat tangan kau ni " ujar Farah sambil duduk di sebelah Shafika. Dalam bilik ni cuma dia dengan gadis itu sahaja. Lagi dua orang tu duduk luar semata nak inform apa yang jadi.
" Tipulah tak berdebar bila nak tukar title kan. Nak kena tanggung tanggungjawab yang besar lagi. Kalau kau, mesti berdebar juga. " jawab Shafika. Dia mengeratkan lagi genggaman tangan mereka.
Farah tergelak kecil. Dia faham. Lepasni Shafika akan jadi isteri orang. Bukannya macam dulu yang senang-senang terima je bila mereka ajak melepak. Sepanjang tahun ni pun, dia je dengan Shafika biasa keluar. Lagi dua tu? Dah jadi isteri orang kot. Bukan senang nak keluar.
" Aku tak percaya weh kau dah nak kahwin dengan Farrid. Hahahah macam dejavu gila. Rasa macam baru semalam kau cakap kau jatuh hati dekat dia. Ni tup tup nak kahwin dah " Farah tersenyum kecil bila mengingatkan semua kenangan mereka sewaktu sekolah.
Shafika ikut turut tersenyum. Dia sendiri pun tak percaya bukan Farah seorang je. Lagipun dulu dia rasa mereka bagi permata dan besi. Tapi pada akhirnya mereka ibarat permata dan permata.
Kalau dulu mungkin dia tak nampak effort si Farrid tu tapi sekarang dia nampak semua tu. Dia nampak betapa bahagianya lelaki itu ajak dia ke alam perkahwinan. Dia bukan buta.
" He is the best for you. The one who loves you because of Him. The one who really care about you. Aku boleh terimalah nak serahkan adik aku ni dekat dia. " Farah menahan tubir mata yang bakal melimpah ni. As kakak yang sayangkan adik dia, bukan senang dia nak lepaskan mereka.
Farah nakkan yang terbaik untuk mereka. Bukan macam dia.
Shafika diam. Dia tahu Farah mesti terkenang masa lalu. Mungkin Farah tak tunjuk tapi dia tahu.
" Kau pun akan dapat someone yang sayangkan kau juga. Allah is the best planner. I believe one day you will get married with someone who love you. Sekarang ni, sayang diri kau dulu. " Shafika menepuk lengan Farah. Dia akan sentiasa jadi pembakar semangat gadis ini. No matter what happen.
Farah tersenyum lalu mengangguk.
Tok! Tok!
Zulaikha masuk ke dalam.
" Jom. Cik Abang awak tu dah sampai "
Shafika dan Farah saling berpandangan. Mereka bangun lalu dengan lafaz Bismillah mereka melangkah keluar.
¤¤¤¤
" Sah "
Semua mengucap lafaz syukur. Akhirnya Farrid dan Shafika telah selamat bersatu.
Farah, Zulaikha dan Qisha tersenyum melihat Shafika yang duduk berhadapan dengan Farrid itu.
" Arghh dah kahwinn. Congratss! "
Shafika tergelak bila tubuh dia jatuh dalam dakapan Qisha dan Zulaikha. Dia tersenyum memandang Farah yang tergeleng kepala itu. Mesti pening dengan perangai dua budak ni.
" Ye ye hahah habis aku macam ni " usik Shafika.
Qisha dan Zulaikha tersengih malu. Mereka cuma teruja je sebab Shafika dah kahwin. Dengan siapa? Dengan Farrid lah.
Mrs. Farrid Affiq.
Wehh hahahahaha omg macam baru semalam je tahu dorang ni bercinta.
" Tahniah bro " Iman dan Daniel menepuk bahu Farrid sambil tersenyum memandang empat orang yang tengah gelak ketawa itu.
YOU ARE READING
My Fondness
Teen Fiction[C O M P L E T E D] Farrid Affiq , lelaki yang disukai ramai gadis. Nampak serious tapi siapa tahu hati dia kan. Saat umur 13tahun, dia telah jatuh hati dekat seorang gadis. Gadis kesukaan dia. Jangan tanya kenapa sebab ianya datang tanpa sedar. Tap...