Farrid memandang Shafika yang khusyuk menghadap laptop itu . Dari tadi dia tenung gadis itu tapi Shafika langsung tak pandang dia .
" Shaff "
" Yes ? "
Hah tengok tu tengok ! Jawab tapi mata menghadap laptop tu lagi .
" Eyy pandanglah akuuu "
Shafika berhenti menaip . Dia mengerutkan dahi memandang Farrid . Dia salah dengar ke tadi ?
Farrid Affiq merengek merayu suruh pandang ?! What the !
" Kau okay tak harini ? Mabuk ke ? Tiba-tiba macam si Sorfina tu dah kenapa ? " sindir Shafika .
Farrid tersenyum kecil . Dia suka bila Shafika berlagak savage macam ni . His girl is back . Dia sebenarnya cuma nak Shafika pandang dia je tapi TERkeluar suara macam tu .
" Okaylah . Hish apahal samakan dengan minah tu . Aku okay cuma kau tu tak payah khusyuk sangat siapkan jadual aktiviti kelab tu . Kang sakit , aku yang risau " Farrid bersandar pada kerusi sambil menyilangkan tangan di dada . Mata memandang Shafika yang bersemu merah itu .
Shafika terkedu . Farrid ni memang aneh sejak kebelakangan ni . Macam kena rasuk syaitan nirojim je dia tengok . Tiba-tiba acah sweetlah , acah bagi pickup lines ah . Eh eh seram pula dia . Hati dia pun bukan boleh percaya . Kang ada yang masuk hospital sebab sakit jantung .
" Dah apahal kau nak risau pula . Ehh ehh merepek je " balas Shafika sambil sambung buat kerja . Taknak pandang Farrid . Nanti ada yang dari mata turun ke hati lepastu sweat drop .
Farrid tergelak kecil . Dia dah agak dah mesti Shafika takkan pandang dia . Memang selalu macam tu pun . Kalau ada aktiviti kelab , Farrid mesti akan dekat dengan Shafika lepastu gadis itu lebih rela tak pandang dia.
" Yelah kau kan buah hati aku . Kenalah risau . Cik abang mana tak risaukan cik adik dia kan " usik Farrid . Dia tergelak besar bila Shafika menjeling dia .
Shafika menjeling Farrid . Habis budak lain tersengih-sengih pandang mereka berdua . Yelah ingat senang nak tengok Farrid Affiq tersenyum gelak macam sekarang .
" Cik abang sangatlah . So kena panggil abang Affiq lah ni " Shafika menjawab dengan selamba tanpa melihat riak wajah Farrid .
Farrid terkedu .
What did she said ? Dia baru panggil abang Affiq ke tadi ? Walaweii hati aku berdegup laju woi !
Shafika yang merasakan tiada tindak balas mengangkat kepala . Dia memerhatikan Farrid yang senyap memandang dia . Dah kenapa ? Dia mengingatkan balik apa yang dia cakap tadi . Tiba-tiba Shafika membuntangkan mata dia .
Shit ! Aku ni kalau cakap memang main tibai je . Patutlah dia senyap je .
" Senior Affiq memang nak tenung Senior Shaff je ke ? " sampuk suara Aina , junior mereka .
Farrid terus tersedar . Dia berdehem kecil sebelum memandang Shafika .
Deg !
Mereka saling berpandangan . Yelah duduk pun berhadapan kan .
Tbc
YOU ARE READING
My Fondness
Teen Fiction[C O M P L E T E D] Farrid Affiq , lelaki yang disukai ramai gadis. Nampak serious tapi siapa tahu hati dia kan. Saat umur 13tahun, dia telah jatuh hati dekat seorang gadis. Gadis kesukaan dia. Jangan tanya kenapa sebab ianya datang tanpa sedar. Tap...