#28

6.6K 285 12
                                    

Farrid mengelap peluh yang mengalir daripada dahi ke lekuk pipi itu menggunakan tuala . Mata dia masih memerhati anak-anak buah dia yang gigih berlatih di tengah padang . Harini dia terpaksa turun padang walaupun dia nak teman buah hati dia dekat kelab tu akibat dia banyak skip latihan sepanjang nak exam tengah tahun ni . 

Susah jadi atlet sekolah ni bila banyak nak bahagi masa dengan belajar dan berlatih . Nasib baik dia ada sahabat-sahabat yang tolong dia kalau dia terlepas kelas ke tuisyen . Dia memandang Daniel yang berjalan menuju ke arah dia .

Cakap pasal Daniel , dia perasan sejak kebelakangan ni sahabat dia tu banyak termenung macam ada masalah . Nak tanya tapi masa tak tepat lagi sebab masing-masing sibuk . Entah apa yang fikirkan si Daniel tu pun dia tak tahu .

" Pehhh penat siak harini . Macam nak tercabut jantung aku kejar bola tu ke sana ke mari . Nilah kesan bila dah lama tak datang latihan . Padahh betull  " Daniel melepaskan keluhan berat sebaik sahaja duduk di sebelah Farrid . Serius penat gila woii . Nak nak lagi dia bahagian defend.

Farrid tersenyum kecil sambil menggeleng kepala . 

" Memanglah . Tengok berapa lama kita skip latihan semata sebab nak exam haritu ? Seminggu woii . Hahahah otak je berjalan . " jawab Farrid sambil mencapai botol air . 

Daniel mengangguk setuju . Betullah tu cakap Farrid . Otak dia pun berjalan sepanjang exam tu fikirkan Zulaikha . Dia tak tahu kenapa dia risaukan keselamatan gadis itu sejak apa yang jadi dekat library tu . Agaknya kalau dia takde , mesti dah jadi apa-apa .

" Hah kau ni . Aku tengok macam risaukan sesuatu atau...seseorang ? Kau kenapa ? " tanya Farrid sambil memandang Daniel . Rasanya dia kena tanya juga kenapa .

Daniel tersenyum miris . Kalau dia boleh kongsi , dia akan cerita . Tapi ini bukan dia seorang je masalahnya . Daniel cuma menggeleng kepala tanda tidak apa-apa .

" Aku stress dengan exam je " jawab Daniel .

Farrid memicingkan mata dia tajam memandang Daniel. Dia yakin ada yang tak kena dengan Daniel . Bukan sehari dua mereka berkenalan dan bersahabat . Dia tahu bila Daniel banyakkan diri dengan diam , mesti lelaki itu tengah fikirkan sesuatu yang berat . Tapi dia taknak paksa Daniel sebab dia hormat privasi Daniel . Mungkin satu hari nanti Daniel akan cerita . Mungkin .

****

Daniel membuat muka stres bila Sorfina menghalang dia dan Farrid nak berjalan . Apa minah sapi ni nak ? Dia dah lah tengah penat dengan stres lagi lepastu kena jumpa langsuir ni pula . Haih !

" Haii Fiqq " 

Daniel menjulingkan mata .

" Salam takde ke ? " sindir Daniel .

Farrid mengetapkan bibir dia menahan gelak.

Sorfina menjeling Daniel apabila rasa dia disindir oleh lelaki itu . Jealouslah tu tak kena tegur . Hmph!

" Diamlah! Sibuk je kau ni ! Aku cakap dengan Affiq bukan kau " marah Sorfina . 

Kemudian dia memandang Farrid dengan satu senyuman yang agak ..hm kita panggil macam kucing miang boleh tak ?

" Fiqq baru habis latihan ke ? Hm Fina pun sama . Kita balik sama-sama jom ? Fina nak cakap sedikit dengan Fiqq " hamik kau ! dengan lenggok dia , dengan nada dia .. Pehh sebijik sotong miang hahahah!

Farrid menggaru kepala dia meskipun tak gatal . Ni yang dia tak minat ni bila Sorfina datang dekat dia . Menyemaklah . Dia memandang Daniel supaya selesaikan hal ini . Dia nak jumpa Shafika sekarang ni .

Daniel mengeluh . Dia lagiiii !

" Weh minah sapi ! Tak nampak ni ? peluh ni ? " Daniel menunjukkan dahi dia .

" Sahlah kitaorang baru habis latihan . Itupun nak tanya lagi . Dan obvious dia tak boleh jalan dengan kau sebab dia ni nak pergi jumpa buah hati kesayangan dia . Nak cakap tu , cakap je dekat sini cepat . Jangan buang masa aku dengan dia ! " geram Daniel . Sorfina ni kalau cakap baik-baik memang takkan jalan , jadi kita guna ayat sindir dan menghalau . 

Farrid mengangguk setuju setiap apa yang dikatakan oleh Daniel . Lagipun dia taknak nanti timbul apa-apa cerita pula kalau dia layankan perangai si Sorfina ni . 

Sorfina menjeling tajam . Dia memandang Daniel yang menarik Farrid pergi lepas lelaki itu merengus geram tengok dia .

Tbc


My FondnessWhere stories live. Discover now