#10

9.1K 420 0
                                    

" Shaff kejap! "

Shafika yang baru nak berjalan keluar itu terhenti bila Farrid memanggil dia.

" Nak apa? "

" Saje. Nak jalan balik sama-sama. Eh I means sampai pagar sekolah tu je " sengih Farrid bila Shafika memandang dia laju.

Shafika merasakan muka dia sekarang dah merah sama macam tomato atau pun blusher dah. Apa yang merasuk si Farrid ni harini?

" Tadi solat zuhur tak ? "

Farrid mengerutkan dahi. Apa benda soalan gadis dia bagi ni?

" Solatlah. Apa soalan kau bagi ni " ujar Farrid sambil menuruni tangga bersama Shafika.

" Oh taklah . Aku ingatkan kau kena sampuk ke apa tiba-tiba nak jalan sama-sama " Shafika hanya membuat muka selamba sambil turun meninggalkan Farrid yang terkaku di sana.

Farrid dah macam what?!

Farrid terus laju mengejar Shafika.

" Memandai je kau. Aku waras lagi okay "

Shafika tergelak kecil mendengar jawapan Farrid. Memanglah waras tapi anehlah.

Farrid yang melihat Shafika ketawa itu terpana. Macam mana nada ketawa macam tu pun kedengaran indah? Sebab pemiliknya indah. Yes!

" Fiqqq! "

Mereka terus memandang ke hadapan. Kelihatan Sorfina sedang melambai ke arah mereka, oh tidak, lebih tepatnya pada Farrid Affiq.

Farrid dah mengeluh rimas manakala Shafika hanya membuat muka. Mana taknya, satu batch tahu si sapi Sorfina tu suka Farrid ni hah. Tapi yang tak berkenannya lenggok gadis itu. Macam sotong terbakar je.

" Haii. Fiq nak balik ke? Jom lah Fin teman " ujar Sorfina miang.

Shafika dah rasa nak muntah dengar nada gedik si minah sotong ni. Baru dia nak terus berjalan, Farrid suruh dia berhenti.

" Kejap Shaff. And kau, sapi or whateverlah. Aku memang nak balik. Tak nampak ke? Teman? Oh takpe. Aku dah ada yang cantik dipandang ni hah dekat sebelah. Got to go. Jom Shaff " Farrid hanya menayangkan muka serius lalu menolak perlahan Shafika untuk terus berjalan.

Shafika dah merah muka mendengar ayat Farrid. Gila kau tak merah kalau kena puji dengan crush sendiri.

Dia pun rasa nak gelak bila Farrid memang tayang muka 100% serius dekat Sorfina tu tapi dengan dia boleh pula gelak apa semua.

Satu hal yang dia tahu tentang Farrid,

Seorang Farrid Affiq memang serius kalau bab perempuan ni. Except yang memang dia boleh go je.

So gadis di luar sana, mohon tabahkan diri mengambil hati sang putera ni.

Sorfina menghentak kaki geram dengan sikap Farrid. Punyalah beria dia tadi tiba-tiba kena tolak sebab minah tak cukup tinggi tu.

Dahlah Farrid tak senyum langsung dekat dia! Tapi dengan minah tu boleh pula gelak senyum apa semua.

Selama ni dia berusaha tahu tak kejar Farrid tu tapi langsung tak dipandang.

Hish geram!

¤¤¤¤

" Got to go. Take care balik. Assalamualaikum " ujar Shafika sebaik sahaja mereka sampai di pagar sekolah.

" Care dekat aku ke? Haha ok ok. Take care too. Waalaikumussalam " Farrid tergelak bila Shafika menjulingkan mata. Bagi dia, itu nampak sangat comel okay.

Shafika malas nak layan Farrid. Dia terus bergerak ke arah ayah dia.

Farrid hanya memandang pemergian Shafika dengan satu senyuman. Dia rasa gembira sebab dapat berjalan dengan gadis kesukaan dia.

Tbc

My FondnessWhere stories live. Discover now