13 tahun
Farrid berdiri menghadap gadis di hadapan dia. Okay dia sebenarnya terpana melihat senyuman gadis ini. Hati dia mula berdegup laju. Ibarat dihentak untuk pertama kalinya.
Apa benda rasa ni?
" Haii "
Farrid mengangkat kepala. Dia membalas senyuman gadis itu. Taknak lah dicop sombong kan.
" Hai. Saya, Farrid Affiq "
Dia nampak gadis itu mengangguk.
" Saya Shafika. "
Farrid tersenyum. Nama yang indah seperti tuan punya badan.
Dia rasa. .
Dia dah jatuh hati. .
Dengan Shafika. .
¤¤¤¤
Sekarang. 17 tahun.
Daniel menepuk bahu Farrid yang baru habis berlatih. Sebagai atlet sekolah, memang petang macam ni kena stay sebab nak tingkatkan stamina. Kalau tidak, hm nasiblah kena itu ini dengan cikgu.
" Apa? " ujar Farrid. Entah pape tiba-tiba datang sepuk dia. Buang tebiat ke?
" Aku nampak crush kau " Daniel tersenyum sinis. Dia nampak tadi Shafika dengan Farah dekat kantin sekolah . Farah kata mereka stay sebab nak study kejap.
Lagipun dia tahu Farrid ni suka siapa. Dia dengan Iman kan sahabat baik Farrid Affiq ni.
Farrid terkaku. Shafika stay ke?
" Serius lah? "
Daniel menjulingkan mata. Overnya reaction mamat ni.
" Serius. Aku baru tegur dia dengan Farah tadi dekat kantin. Budak berdua tu ada study group. Sukalah tu crush dia ada " sindir Daniel sebelum mencapai beg dia.
Farrid tergelak kecil. Gila tak suka. Siapa je taknak usha crush sendiri. Tapi dia dengan Shafika takdelah berkawan rapat. Cuma tegur sedikit gitu je. Itupun sebab kelab Inggeris tu.
Mereka berjalan meninggalkan padang. Daniel tak habis kenakan Farrid. Memang sengaja.
" Pergi kantin jom. Aku nak jumpa Farah kejap " ujar Daniel. Dia lupa satu hal tadi.
Farrid mengerutkan dahi. Iye je si Daniel ni. Bukan boleh percaya. Tapi kaki dia melangkah juga mengikut si Daniel tu.
Dari jauh dia dah nampak Shafika yang khusyuk belajar tu. Alahaii pahal hati ni.
¤¤¤¤
" Weh Farahh "
Farah yang sedang selesaikan soalan terus mengangkat muka. Eh?
Dia menoleh ke arah Shafika sambil tersenyum mengusik.
Shafika dah sweat drop. Jangan Farah buat hal sudah. Menyesal pula sebab Farah tahu Farrid tu crush dia dalam diam.
" Dia datangggg " bisik Farah.
Shafika menendang kaki Farah di bawah meja. Geram je tengok kawan dia ni.
" Hah nak apa? " tanya Farah sebaik sahaja dua lelaki tu sampai.
" Esok cikgu suruh hantar borang untuk karnival tu. Aku dah hantar dah. Okay? " Daniel lupa tadi nak sampaikan dekat Farah tentang ni.
" Oh okayy . Haii Farrid " Farah tersenyum kecil bila rasa Shafika sepak kaki dia dekat bawah. Sengaja dia tegur mamat tinggi tu. Hahahaha!
Farrid tersenyum kembali. Dia sebenarnya nak tegur Shafika tapi kang Daniel membahan dia lagi. Bukan boleh percaya budak tu.
Shafika hanya menunduk sebab taknak kang ada orang perasan muka merah dia. Gila kau! Malu lah juga crush sendiri depan mata. Gigih nak tunduk ni.
" Okaylah macam. Kitaorang balik dulu. Korang ni jangan lama-lama dekat sekolah. Bahaya " nasihat Daniel sebelum berjalan pergi sambil diikuti Farrid.
Farah memandang Shafika.
" Woii. Dia dah pergi dah. Tak payahlah tunduk macam nak cecah lantai tu dah " ujar Farah. Pening kepala dia gini.
Shafika menjeling.
" Tahulah. Over je minah ni lah "
Farah tergelak. Sukahati dialah. Lagipun dia suka usik Shafika. Macam adik dia dah pun.
Lagipun Farrid dengan Shafika memang sesuai okay.
#ShaFiq!
Whoaaa!
Rasa entah bila nak tengok dorang berdua ni bersatu. Suka cakap jelah suka. Ni nak berahsia hahahah!
Tbc
Here the first chapter of FarridxShafika.
Atas sebab keterujaan readers, sis gigihkan diri update 😂
ANDA SEDANG MEMBACA
My Fondness
Novela Juvenil[C O M P L E T E D] Farrid Affiq , lelaki yang disukai ramai gadis. Nampak serious tapi siapa tahu hati dia kan. Saat umur 13tahun, dia telah jatuh hati dekat seorang gadis. Gadis kesukaan dia. Jangan tanya kenapa sebab ianya datang tanpa sedar. Tap...
