Dua tahun kemudian ,
" Ya Allah tak sangka cik akak kita yang savage ni dah tunang dengan cik abang dia hahahahah " Farah tergelak bila Shafika menjeling dia .
" Janganlah buli aku . Kau memang tahu tak . Zulaikha tunang masatu kau tak usik pun kan " Shafika menarik Zulaikha duduk di sebelah dia di atas mini pelamin tu .
Qisha cuma mampu tergeleng je . Perangai masing-masing tak berubah pun walaupun dah 2 tahun mereka sibuk dengan belajar . Tapi apa yang penting dia bahagia tengok keadaan mereka yang sekarang . Bahagia .
" Ehh ehh budak ni gatal nak kahwin awal hahaha so takde idea nak usik . Weh sakitlahhh ! " Farah mengaduh sakit bila kena cubit dengan Zulaikha . Dia menggosok paha dia yang kena cubit tu . Malang betul duduk bawah ni .
" Hahahha padan muka " Shafika tergelak bila tengok muka cemberut Farah . Bila je ada peluang nak usik minah tu kan .
" Kau kan memang . Jangan nak merepek sekarang ni okay . " Zulaikha geram je dengan Farah ni . Budak ni memang daripada dulu lagi suka mengusik orang haih .
" Tu Shaff. Tunang kau datang tu hahah " usik Qisha sambil menunjuk ke arah Farrid yang menghampiri mereka.
Farrid berdehem sekejap. Dia tersengih kecil bila tiga gadis itu mengusik dia. Tak habis-habis nak usik mereka berdua sejak dari sekolah lagi. Haih.
" Sibuk lah. Tu Niel dengan Iman cari. " Farrid menunjuk ke arah Daniel dan Iman yang berada di luar.
Sebaik sahaja gadis itu semua pergi dia berpusing menghadap Shafika yang tersenyum memandang dia. Boleh tak dia cakap yang dia rasa dia tengah pandang bidadari jatuh dari langit sekarang ni?
Sepanjang dua tahun ni dia kurang berhubung dengan Shafika sebab nak fokus belajar. Kenalah fokus, kang cari kerja nak tanggung anak orang woi.
" Assalamualaikum. So how you feel? Dah naik pangkat jadi tunang aku hahah " Farrid tergelak bila Shafika menjulingkan mata dia.
Shafika malas dah bila mood mengusik si Farrid ni on. Sengaja. Tapi harini mamat tu simple je pakai kemeja hitam dengan seluar slack hitam. Paling tak boleh blah lengan tu mesti nak lipat ke atas. Diri ni pun tak payahlah tangan masuk poket. Eyyy merana hati saya!
" Waalaikumussalam. Bahagialah. Tak sangka kejap je masa berlalu. Hahaha pangkatlah sangat " Shafika menyuruh Farrid duduk di sisi dia tapi ada lah gap besar woi. Gap halal belum ada lagi hahah!
Farrid tersenyum kecil. Memang sekejap pun. Bahkan dia sendiri rasa macam baru semalam dia kenal Shafika. Baru semalam dia jatuh hati. Baru semalam dia usik gadis itu.
" Nak tahu kenapa aku jatuh hati dekat kau? Kenapa dengan perempuan lain aku dingin, serius tapi kau, aku boleh happy go lucky je? " tanya Farrid tiba-tiba. Mata dia masih menghala ke arah pintu utama.
Shafika terdiam. Dia menoleh memandang Farrid sebelum mengangguk. Nak juga tahu kenapa. Yelah mereka ni bagai permata dan besi kot.
" Sebab masa kau kenalkan diri first day orientasi tu, hati aku berdebar. Mula-mula aku ingat cuma macam nervous ke apa, tapi bila tengok kau hampir setiap hari hahaha aku tahu jatuh hati dekat kau. Hari-hari stalk kau. I dont know why Shaff. Aku takde sebab nak sayang kau. Tapi aku yakin jawapan istikharah aku itu kau. Aku sayang sebab Dia hadirkan perasaan ni. Kenapa aku serius dengan perempuan lain? Sebab aku rimas hahaha macam kalau aku layan nanti makin teruk keadaan " Farrid memandang Shafika di sebelah.
Deg!
Pandangan mereka bersatu.
Rasa macam ada elektrik sekejap sampai mereka mengalihkan pandangan . Masing-masing cuba mententeramkan hati sendiri.
Shafika senyum kecil. Ayat Farrid tak buatkan dia ragu-ragu lagi.
" Aku pun takde sebab nak sayang kau. Mula-mula tu aku cakap dekat diri aku yang kita ni berbeza sangat. Bagai permata dan besi. Aku tak pernah fikir pun aku akan ada tempat dalam hati kau. Tapi bila Allah kata kita ditakdirkan berdua, jauh mana pun kita. .still we will be together. .Jodoh tak ke mana. .So, Encik Tunang. Mohon jaga saya baik-baik okay hahaha " Shafika tersenyum memandang Farrid sebelum tergelak sebab rasa janggal tiba-tiba pakai awak saya ni.
Farrid tergeleng kepala sambil tersenyum lebar. Shafika hari-hari senangkan hati dia. Itu sebab gadis ini jadi kesukaan dia.
" I will Cik Tunang. For sure " jawab Farrid. Dia takkan main-main. Walaupun mereka berbeza tempat belajar, jauh sekalipun. Percaya takdir yang Allah tentukan untuk mereka. Percaya setiap apa yang berlaku ada hikmah.
Farrid dan Shafika tak letak harapan tinggi dalam hubungan mereka. Tak. Sebab mereka yakin dengan janji Allah dalam surah An-Nur ayat 26 :
(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. [An-Nur:26]
Jadi, mereka tak risau kalau andaikata satu hari nanti mereka berpisah. Sebab Allah dah sediakan yang terbaik untuk mereka.
Dan setiap daripada mereka ada motivation masing-masing.
Sayang diri kita dulu baru sayang orang lain. Sebab takde orang nak sayang kita selain diri kita sendiri. - Farah
Aku percaya perancangan Allah itu cantik. Dan aku yakin Allah dah sediakan dia yang terbaik untuk aku. - Qisha.
Setiap pertemuan, perkenalan, perpisahan dan pergaduhan. .semua itu ada hikmah dia. Ada sebab kenapa Allah hadirkan keadaan macam tu. Yang penting macam mana kita hadapi benda tu. - Zulaikha.
Kalau betul pun dia dah ada someone, biarlah. Kalau dah tertulis dia jodoh kau, kau jodoh dia, tak kisahlah dia dengan sesape pun sekarang, kau dengan sesape pun nanti, korang still akan jumpa balik and be together. - Shafika.
Perasaan terhadap manusia tu fitrah. Jadi kita kena pandai jaga macam mana perasaan kita tu. Kalau tak, kita sendiri yang merana . - Farrid Affiq
We choose our path. Tapi pilih jalan yang betul yang nantinya kau takkan menyesal. -Daniel.
Setiap daripada kita ada kisah sendiri. Dan ada kisah silam yang membangkitkan kita. Setiap mereka yang hadir itu bersebab. Yang luar biasanya kekuatan kita nak bangkit walaupun berkali-kali jatuh. - Iman.
So guys, percintaan bukan sekadar kau bercinta lepastu break lepastu bercinta lagi. Tak. Kekadang cuba tanya diri kita. Apa erti cinta dalam diri kita? Mana yang kita utamakan?
Bahagia itu tak free. Ada masa yang kita kena sabar tunggu. Ada masa yang kita kena berjuang. Ada masa yang kita kena menangis banyak kali.
Baru kita capai bahagia.
Nak ending yang bahagia, jalani hidup awak dengan sayang Dia dulu.
Macam Farrid. Dia jadikan Shafika sebagai gadis yang dia suka. Dia jadikan Shafika gadis kesukaan dia.
Tapi hati dan cinta dia masih pada Allah. Dia berserah semuanya pada Allah.
Begitu juga Shafika. Dia percaya aturan Allah untuk dia dan Farrid tu lawa. Jadi dia cuma perlu tunggu dan jalani hidup macam biasa.
Sebab kalau jodoh mereka berdua, still Farrid akan dapat pegang tangan Shafika yang sah isteri dia.
T H E E N D 🌸🌹
Nak epilog? Tengok sambutan macam mana. Sebab saya malas 😂
YOU ARE READING
My Fondness
Teen Fiction[C O M P L E T E D] Farrid Affiq , lelaki yang disukai ramai gadis. Nampak serious tapi siapa tahu hati dia kan. Saat umur 13tahun, dia telah jatuh hati dekat seorang gadis. Gadis kesukaan dia. Jangan tanya kenapa sebab ianya datang tanpa sedar. Tap...