#21

7.3K 325 3
                                    

" Wehh korang join tak kem yang cikgu cakap tu? " tanya Zulaikha sebaik sahaja dia masuk ke dalam kelas.

" Join. Macam best je aku tengok aktiviti dia. Lagipun ada hiking wehhh. Aku nak joinn " Farah menunjukkan riak wajah teruja bila bercerita tentang kem itu.

" Sama " ujar Shafika dan Qisha serentak.

Zulaikha menjerit teruja. Yes! Takdelah dia seorang je yang pergi. Lagipun ni je masa nak tenangkan fikiran daripada semua masalah.

" Affiq kata geng dia pun pergi "

Zulaikha dah membuat muka toya. What? Tu maknanya si Daniel tu ada kan? Haih apa ni.

Qisha tersenyum kecil.

" Sukalah tu Iman ada " Farah menyenggol bahu Qisha perlahan sambil mengusik.

Qisha hanya buat tak tahu. Jangan dilayan sahabat dia ni sebab nanti makin melarat. Bukan boleh percaya.

" Tu lah pasal. Sweet je aku tengok dia tackle kau kan hahahaha " sokong Zulaikha tiba-tiba.

Kekadang dia rasa nak gelak je bila teman Qisha dan Iman berjumpa . Yelahh, memasing kepala masuk air. Lepastu Qisha ni kekadang pemalu juga. Iman tu main terjah je.

Tapi bila tengok betapa Iman jaga Qisha, dia tahu mereka pasti akan bersama. In Sha Allah. Lagipun Iman tu memang serius , tak macam si Fakhrul tu.

" Mana ada. Hishh korang ni " Qisha merengus kecil. Kan dia dah cakap dah. Memang sengaja budak-budak ni.

Farah dan yang lain terus tergelak besar bila melihat muka masam Qisha. Mereka nampak sekarang sinar bahagia di muka gadis itu. Dan mereka bersyukur sangat.

¤¤¤¤

" So joinlah ni? " tanya Farrid.

Petang ni dia takde latihan. Aktiviti kelab pun takde. Tapi disebabkan Shafika nak stayback, dia pun join sekali.

Belajar sama-sama. Bukan mereka berdua je okay. Daniel, Iman, Qisha dan Zulaikha pun ada. Farah tak boleh sebab ada hal.

Shafika mengangguk geram. Dari tadi dah dia cakap dia join, makin ditanya lagi.

" Dah cakap banyak kali kan tadi! Eyyy dia nii " Shafika menjeling Farrid di hadapan dia.

Farrid tergelak kecil. Okay dia tahu Shafika dah bengang sebab dia tanya banyak kali.

" Tolong jawapkan ni. Tak faham " Shafika menghulurkan soalan Matematik kepada Farrid. Serabut dia fikir tapi masih tak jumpa mana jawapan dia.

" Apa yang tak faham? " tanya Farrid sambil meneliti soalan itu.

" Ni. Dia minta S. Tapi aku tak nampak mana jalan kerja dia ni " rungut Shafika.

Farrid menggeleng kepala. Dia capai buku itu lalu selesaikan dulu.

" S dia hilang sebab kau ambil. S for Shafika. Kan? " usik Farrid. Dia tergelak bila Shafika membaling pemadam ke arah dia.

Shafika memandang Farrid yang tergelak itu. Kena baling pemadam pun gelak. Geram betul dia dengan Farrid ni. Orang serius, dia main-main.

Qisha yang melihat Shafika dan Farrid itu tergeleng kecil. Macam-macam hal budak berdua tu.

" Aku boleh jadi sweet daripada Farrid kalau kau jadi partner in crime aku "

Qisha terus memandang Iman. Dia tergelak.

" Taknaklah. Kau jadi jelah Iman yang sekarang. Taknak yang acah sweet sangat. Tak best " jawab Qisha.

" Eh eh kenapa? " Iman mengerutkan dahi bila Qisha taknak dia jadi sweet guy.

" Yelah. Takut nanti iman aku terabur hahahaha " Qisha terus gelak bila Iman terpinga-pinga.

Iman terus sweat drop. Wehhh hatii terabur wehh kena macam ni. Dia tak sangka Qisha boleh macam ni. Dahsyat hahaha!

" Kau kan. Haih. Tapi cuba kau tengok sana tu. Macam ada awan gelap je dekat atas tu " Iman menunjuk ke arah Zulaikha dan Daniel yang duduk bukan main jauh lagi. Gap besar tu.

Qisha menekup mulut menahan gelak. Haah ek. Dia baru perasan. Alahaii entah bilalah Zulaikha nak mengaku dia dah suka Daniel ek.

Tbc

My FondnessWhere stories live. Discover now