" Hoorayyyy dah habis paper !! "
" Holidayy thooo "
" Aku dah plan nak cari kerja wehh "
" Kau nak buat apa je nanti sementara tunggu result ? "
Shafika,Farah,Qisha dan Zulaikha saling berpandangan sebelum tergelak . Mereka rasa lawak tengok kerenah budak-budak yang habis paper ni . Tapi dalam masa yang sama mereka bersyukur sebab dah habis jawab semua paper . Selama beberapa minggu ni mereka bertungkus-lumus berusaha nak jawab semua tu .
Mereka memandang sekelilingi . Bahagia sebab dapat tengok muka rakan sekelas yang ceria setelah penat mengerah tenaga . Setelah ini mereka cuma berharap semua dapat result yang bagus . Pecahkan rekod sekolah . Hahahaha !
" Dah fikir weh nak buat apa ? " tanya Zulaikha sambil berjalan ke pagar sekolah .
" Aku fikir nak cari kerja " jawab Farah . Bukan dia buat apapun sepanjang cuti ni.
" Aku hm holiday dengan family mungkin. Sebab parent aku dah plan lama dah " Qisha memeluk lengan Farah . Bila lagi dia boleh buat macam ni kan .
" Aku tengok keadaan hahah " Shafika tergelak bila Zulaikha buat muka
Mereka saling berpelukan . Tak tahu bila boleh jumpa lagi nanti sebab masing-masing ada perancangan sendiri. Masing-masing akan sibuk uruskan itu ini. Sampai masa tak cukup nak jumpa .
" You know what ? Aku happy dapat kenal korang. Zulaikha dengan perangai mengada dia . Qisha yang perangai cengeng dia . Shaff yang perangai savage bukan main lagi . Aku ingat lagi bila Zu gaduh dengan si Niel tu. Bila Farrid confess dekat Shaff. Bila Iman bersungguh-sungguh rebut hati kau ,Qish . Nak tahu ? Aku tak perlu risau kalau korang dengan budak bertiga tu . Because I know they will do the best for you guys . Nampak effort memasing nak dekat korang . Aku sayang korang macam adik aku . So , if one day aku pergi , aku tahu ada yang dah boleh jaga korang . Hahaha I just happy for you ,girls . " Farah mengesat tubir mata dia yang bergenang . Hati dia sebak dalam masa yang sama dia gembira .
Shafika,Zulaikha dan Qisha terdiam . Ayat Farah sangat menyentuh hati mereka . Mereka tahu Farah sehabis boleh cuba jadi sahabat yang baik dan gadis itu dah berjaya pun . Mereka bahkan bersyukur adanya Farah dalam hidup mereka . Farah ertinya kegirangan , kesenangan dan kebahagiaan. Dan gadis itu dah menunjukkan diri dia adalah kebahagiaan mereka . She had faced a hard times . So , now she should be happy .
" Aku sayang kau . Kami semua sayang kau juga . Kau ibarat kakak yang suka membebel , marah , buli dan jaga kitaorang sebaik mungkin. Tapi di sebalik semua tu , kitaorang tahu sayang kau besar sangat untuk kitaorang . Kau bebel pun untuk kitaorang juga . Kau marah pun sebab silap kitaorang . Kau nasihat sebab sayang . No one can replace you . Sebab kau banyak bagi kitaorang positive vibe daripada diri kau . I know you hurts so much but still you pretend to be happy in front of us . So , keep it up sista ! We love you ! " sebaik sahaja Shafika berkata begitu , mereka bertiga terus meluru memeluk Farah yang tergelak akibat dirempuh .
Farah tak tahulah hidup dia macam mana kalau takde mereka semua ni sebagai benteng pertahanan dia . She know she deserve them .
****
" Mamat bertiga tu habis paper semalam kan ? " tanya Qisha . Dia meletakkan dulang yang berisi cawan serta air itu di atas meja .
Shafika mengangguk sambil mata fokus menonton movie di televiyen tu. Mereka harini cadang nak lepak dekat rumah Qisha sebab nak tengok movie semata . Nasib baik parent Qisha ni jenis friendly gila . Hahaha !
" Penat sangat ke sampai tak geti nak reply whatsapp aku mamat sekor ni ? " Qisha merungut perlahan sambil berdecit geram . Penat dia spam si Iman tu tapi seen pun tidak .
Farah menggeleng kepala melihat si Qisha ni . Dia memandang Zulaikha yang diam je dari tadi . Apa yang menganggu gadis itu ?
" Zu ? " Farah menepuk perlahan bahu Zulaikha sampai tersentak budak tu .
Zulaikha memandang Farah dengan muka bingung . Habis melayang semua yang dia fikirkan tadi .
" Kau okay ? " tanya Farah risau .
" Hm aku tak okay "
Tiga pasang mata terus memandang Zulaikha yang menunduk gelisah itu . Movie terus tidak penting sebab sahabat mereka yang seorang ni .
" Kenapa ? " Shafika mendekat dengan Zulaikha .
Zulaikha mengangkat muka lalu memandang setiap satu wajah sahabat dia. Macam mana dia nak cakap hal semalam tu ye ? Dia takut dan dalam masa yang sama dia perlukan bantuan juga .
Dia menghulurkan telefon dia yang di mana di skrin tu terpampang satu mesej .
Daniell :
Kau nak tak jadi pemilik tulang rusuk aku ?
Farah , Shafika dan Qisha terus terbuntang mata baca sebaris soalan tu .
Seminit.
Dua minit.
Lalu ,
" He what ?!! "
" Serius ke woiiiiii !!?? "
" Wehh dia lamar kau ke ?!! "
Zulaikha makin menunduk bila dengar jeritan sahabat dia . Dia dah agak dah benda ni akan jadi .
Tbc
YOU ARE READING
My Fondness
Teen Fiction[C O M P L E T E D] Farrid Affiq , lelaki yang disukai ramai gadis. Nampak serious tapi siapa tahu hati dia kan. Saat umur 13tahun, dia telah jatuh hati dekat seorang gadis. Gadis kesukaan dia. Jangan tanya kenapa sebab ianya datang tanpa sedar. Tap...