#29

6.3K 307 0
                                    

" Dia punya khusyuk pandang skrin telefon tu sampai aku dekat sebelah pun tak pandang kan ? " perli Farrid sambil mengerling ke arah Shafika di sebelah . Nak toleh terus tak boleh sebab dia tengah memandu .

Shafika tergelak kecil . Marah ke perli tu ? Dia bukan buat apa pun , cuma hantar Whatsapp dekat Farah je dia keluar berdua dengan Farrid . Farah tu terlebih risau kekadang.

" Skrin tu lagi lawa daripada kau lah hahah " usik Shafika sambil memandang Farrid . Boleh tak dia cakap harini Farrid handsome gila dengan baju kemeja hitam dia tu ? Hahahah entah apa buang tebiat lelaki itu entah tiba-tiba ajak keluar harini. Nasib baik mood dia okay nak keluar .

Farrid berdecit . Tabahlah wahai Farrid Affiq dengan kerenah gadis kesukaan kau ni . Pernah pula dia nak sweet-sweet dengan kau sangat. Hahaha .

Tapi harini dia tak tipu kalau dia cakap Shafika nampak lain dengan shawl hitam , baju kemeja putih gitu . Macam first time kot dia tengok gadis itu berpakaian macam ni . Nak lagi comel , Shafika lagi pilih sepatu daripada heels . Hahahah ! 

****

Shafika memandang Farrid di sebelah . Bencinya bila kena mendongak sedikit bila berdiri sebelah dia ni , mentang-mentang dia rendah . Sakit tengkuk dia .

" Nak tengok cerita apa ? " tanya Farrid sambil menunduk memandang Shafika . Alahai nasib badan dapat girlfriend yang comel gini ketinggian . Dah macam keluar dengan adik dia pula .

" Thor hahah " jawab Shafika sambil mengangkat kening . Dia tak seberapa minat tengok cerita jiwang ni .

Farrid mengangguk okay . Dia menyuruh Shafika pergi beli popcorn serta minuman dulu sebab panjang lagi kena beratur ni .

Sementara menunggu turn dia , tiba-tiba ada yang menegur . Farrid memandang ke belakang . Dia tersenyum kekok bila tahu itu gadis-gadis yang kerjanya cakap-cakap pastu tunjuk dia tadi . Bukannya dia tak perasan kelakuan gadis itu . Dia mengerling ke arah Shafika . Selamba je budak tu main telefon ?

Sayang , cepatlah sikittt beli tuu ..

Farrid berdoa dalam hati banyak-banyak supaya Shafika memandang dia tapi Ya Allah masih khusyuk lagi tu main telefon .

" Tu adik ke ? " 

Farrid dah macam hah ?

****

Shafika menyimpan telefon dia sebaik sahaja tiba turn dia . Dia tersenyum sebelum melangkah ke arah Farrid tapi terhenti bila nampak ada dua gadis yang tengah menggeletis dekat mamat tu . Dia berjalan ke arah mereka dengan senyuman tipis.

" Tu adik ke ? "

Shafika ternganga .

She said what ? 

" Ehem . Sorry lambat " Shafika berdiri di sebelah Farrid .

Dia tersenyum bila gadis-gadis itu tersenyum kepada dia . Pehh muka make-up berapa inci siak . Tebal betul macam langsuir .

" Eh Haii . You adik dia ke ? Sebab nampak sweet je tadi kitaorang perhatikan " gelak gadis berambut blonde . 

Shafika menjulingkan mata dia . Ni lah kenapa dia kurang jalan berdua dengan Farrid sebab taknak kena anggap adik .

" Eh tak . Ni girlfriend saya . Bakal tunang juga " jawab Farrid lalu menarik hujung lengan Shafika meninggalkan dua gadis tadi . Apa semak sangat budak dua tu . Kacau dia nak date je . Nak terkejut ke apa , lantaklah . 

Shafika sehabis boleh menahan gelak bila tengok dua gadis itu ternganga mendengar jawapan daripada Farrid . Dia sendiri tak sangka lelaki itu akan jawab macam tu . Ingatkan nak mengaku dia ni adik . 


Tbc

My FondnessWhere stories live. Discover now