" Hish geram je aku dengan budak tu. Ni patut kerja dia tiba-tiba jadi kerja aku pahal. Menyesal betul ada penolong tak bertanggungjawab macam tu " Zulaikha merungut sambil menyusun semua buku yang diletakkan bersepah di dalam library itu.
Kerja dia bukan harini tapi tak masal kena stayback akibat rasa tidak bertanggungjawab junior dia. Dahlah dia seorang diri je dalam library ni. Ingat hati dia kental sangat ke?
Zulaikha terus merungut dan merungut sampai tak sedar ada orang masuk ke dalam library tu.
" Ehem "
Zulaikha terhenti. Dia berpaling namun rasa pelik itu menguasai diri dia. Dah kenapa lelaki ni berada dekat sini?
" Kau nak apa? " ujar Zulaikha sebelum mengambil buku sebagai senjata dia.
Fakhrul tersenyum sinis. Nampak sangat takut dengan dia.
" Aku tengok pintu tu terbuka. So aku masuklah. Kau buat apa ni? " tanya Fakhrul. Dia melangkah mendekati Zulaikha.
Selangkah Fakhrul ke depan, selangkah Zulaikha ke belakang. Sampai dia terhenti akibat dinding yang menghalang. Dia berharap sangat ada yang bantu dia.
Entah kenapa hati dia rasa tak sedap pula.
Tupp!
Zulaikha tersentak. Dia menahan tubuh Fakhrul dengan buku. Otak dia buntu. Tangan dia menggeletar.
" Apa..kau..na..nak buat ni? " tanya Zulaikha.
Fakhrul tersenyum sinis.
" Kau rasa? Dengan keadaan macam ni? " bisik Fakhrul di tepi kepala Zulaikha .
Zulaikha terdiam.
" Lepaslah! " Zulaikha menolak kuat tubuh Fakhrul.
Baru sahaja dia ingin berlari, tangan dia direntap dari belakang. Zulaikha meronta-ronta ingin dilepaskan. Air mata jangan cakap, mengalir laju. Dia takut.
Ye takut.
" Jangan ingat kau boleh lepas! Sini kau! " marah Fakhrul. Dia tekad nakkan Zulaikha harini juga. Ini peluang dia.
Zulaikha meronta kuat sambil menangis. Dia berdoa seseorang akan tolong dia.
Fakhrul yang bengang terus menolak Zulaikha ke lantai. Bengang betul dia dengan perangai perempuan ni.
¤¤¤¤
" Weh hati aku tak sedaplah. Bukan si Zulaikha tu cakap sekejap je ke? Ni macam lama sangat je " ujar Qisha sambil sesekali memerhati koridor di belakang Shafika.
Shafika dan Farah juga mengangguk mengiakan kata-kata gadis itu. Tadi Zulaikha kata nak pergi sekejap je. Ni apasal lama sangat ni. Hati mereka semua terus tak sedap.
Baru ingin bangun, mereka ditegur oleh tiga lelaki yang amat mereka kenali.
" Eh nak pergi mana ni? Tadi kata nak study? " tanya Farrid apabila nampak gadis itu semua bangun ingin beredar.
" Nak pergi tengok Zu dekat library. Lama sangat budak tu dekat sana. Aku tak sedap hati ni " Shafika menayangkan riak wajah risau.
Daniel terdiam.
" Berapa lama dah? " Daniel memandang mereka semua.
Farah pelik. Nada itu macam risau je.
" Dua jam dah. "
Sebaik sahaja dengar jawapan Qisha, Daniel terus berlari ke arah library. Melampau sangat sampai dua jam lama tu.
Mereka yang melihat Daniel berlari terus mengejar lelaki itu.
¤¤¤¤
Pangg!
" Kau diam je boleh tak?! Kau nak menangis?? Nak jerit!? Cubalah! Tiada siapa pun akan dengar lah! " jerkah Fakhrul tepat pada wajah Zulaikha yang menangis teresak-esak itu.
Zulaikha menangis sambil menahan sakit tangannya dicengkam. Dia cuba meronta namum kudrat seorang gadis mana sekuat lelaki.
Ya Allah, tolonglah aku. Hantarkan pertolongan untuk hambaMu ini.
Fakhrul yang melihat Zulaikha menangis terpejam mata itu tersenyum sinis. Bahkan dia tak kisah dengan wajah kemerahan gadis itu apabila dia tampar tadi.
Perlahan-lahan dia cuba mendekatkan wajah mereka namun tiba-tiba ada yang menyepak belakang badan dia.
Bukk!
Tbc
YOU ARE READING
My Fondness
Fiksi Remaja[C O M P L E T E D] Farrid Affiq , lelaki yang disukai ramai gadis. Nampak serious tapi siapa tahu hati dia kan. Saat umur 13tahun, dia telah jatuh hati dekat seorang gadis. Gadis kesukaan dia. Jangan tanya kenapa sebab ianya datang tanpa sedar. Tap...