#31

6.5K 297 0
                                    

Farah, Zulaikha dan Qisha saling berpandangan. Mereka memandang Shafika yang masih kaku memandang gambar di tangannya itu. Nak cakap marah ke sedih ke, apa-apa reaksi langsung takde. Shafika cuma diam memandang.

Ikutkan harini mereka nak study group tapi tiba-tiba Shafika dapat satu bungkusan dan dalam itu ada gambar. Gambar yang dia sendiri tak tahu nak bagi reaksi apa. Gambar yang tiba-tiba datang dekat rumah dia.

" Shaff, kau okay? " Zulaikha menyentuh bahu Shafika.

" Okay "

Kaku.

Mereka tahu Shafika pendam perasaan dia.

Farah merampas gambar itu. Dia merengus geram. Dia tak tahu nak marah siapa. Lelaki itu atau betina itu. Gambar yang menghancurkan hati sahabat dia ni, erghh!

" Kau percaya ke tu dia? " tanya Qisha. Dia membelek gambar itu. Hati dia kuat menyatakan itu bukan lelaki itu.

" Aku marah tapi aku sendiri pun tak yakin dia sanggup buat macam ni " Farah mengeluh. Semarah mana pun, dia kenal siapa lelaki dalam ni.

Shafika cuma memandang kosong. Dia buntu. Kau bayangkan apa perasaan bila tiba-tiba rumah kau dapat bungkusan yang dalam tu gambar pakwe sendiri peluk dengan perempuan lain?

Marah? Ye.

Sedih? Ye.

Kecewa? Ye.

Macam-macam perasaan ada dalam hati dan kepala dia sekarang.

Kalau betul Farrid memang macam tu , dia.. Entahlah. .

¤¤¤¤

Keesokan paginya, Shafika berjalan masuk ke dalam sekolah bersama Qisha. Tiba-tiba mereka ditegur.

" Hai girls "

Mereka berdua terhenti. Shafika mula berubah riak muka. Tiba-tiba menyampah.

" Qish, aku jalan dulu "

Qisha cuma diam memandang pemergian Shafika sebab dia tahu kenapa.

Sebab ada Farrid.

Iman dan Farrid memandang pelik. Kenapa dengan Shafika pagi ni?

" Kenapa tu Qish? " tanya Farrid. Biasanya Shafika akan senyum dekat dia tapi dia rasa macam gadis itu marah.

Qisha tersenyum kekok. Dia sendiri buntu nak buat apa. Sebab ini privasi mereka berdua.

" Entah. Nanti kau tanya dia sendiri lah ye? Aku pergi dulu " Qisha terus meninggalkan Iman dan Farrid yang kebingungan.

Farrid pelik. Kenapa dengan gadis dia? Dia ada buat salah ke? Tapi rasa macam tak. Ke ada yang silap dia tak pandang?

Farrid menggaru kepala dia yang tak gatal. Dia kena tanya Shafika sendiri hal ni. Kalau tak, sampai bila-bila mereka macam ni.

¤¤¤¤

Shafika meletakkan buku rujukan yang dia jumpa ke atas meja. Dia takde mood nak makan. SPM nak dekat, lebih baik dia relaxkan kepala daripada hal tu.

Namun, baru sahaja dia nak buka buku ada yang duduk di hadapan dia. Shafika mengangkat kepala sekejap lalu menyambung perbuatan dia.

Farrid diam. Dia tak suka silent treatment macam ni. Setidaknya biar dia tahu apa salah dia sampai Shafika langsung mengelak daripada dia.

" Shaf, apa salah aku? Kenapa kau macam nak mengelak daripada aku? Aku ada salah ke? " bertubi-tubi soalan keluar daripada mulut Farrid.

Shafika tersenyum sinis. Nak tahu sangat ke? Okay macam tu. Dia membuka fail yang di hadapan dia sebelum mengambil benda itu.

Shafika menolak benda tu ke arah Farrid.

Farrid pelik sebelum ambil. Dia terkejut.

Apa ni?

Ni bukan kee...

Oh shit!

" Shaf, aku boleh jelaskan. "

Belum sempat Farrid habis berkata, Shafika terus bangun keluar. Buat masa ni dia taknak dengar apa-apa dulu. Taknak serabutkan kepala dia.

Farrid hampir je nak jerit frust. Dia nampak wajah kecewa Shafika tu. Tapi dia boleh jelaskan!

Dia kena jumpa minah dalam gambar ni!

Tbc

My FondnessWhere stories live. Discover now