#8

8.6K 402 10
                                    

" Dia demam lagi ke? " tanya Shafika sebaik sahaja meletakkan beg di kerusi.

Zulaikha mengeluh sebelum mengangguk. Sudah dua hari Qisha cuti sebab demam asyik menangis. Dia memandang kerusi tempat duduk Qisha yang sunyi itu.

" Lusa dia datanglah. Kau jangan risau. "

Shafika mengangguk. Nak lawat Qisha tapi dia sendiri sibuk dengan aktiviti petang. Dia cuma mampu doakan sahabat dia cepat sembuh je.

Farrid memandang Iman yang termenung jauh di sudut kelas. Dia faham kenapa Iman berkelakuan macam tu. Siapa yang tak sakit hati tengok orang yang disayangi menangis sebab disakiti. Nak nak lagi Iman yang tolong Qisha masa itu.

" Pity of him. "

Farrid memandang Daniel. Dia mengangguk setuju. Memang kesian sebab Iman tak pernah berperangai macam ni.

" Weh weh aku nampak budak kelas first ada yang gaduh dengan Fakhrul tu wehh " jerit classmate mereka, Haris.

Farrid dan Daniel saling berpandangan. Mereka memandang Iman yang turut memandang mereka.

Siapa yang gaduh?

Berdesup mereka berlari keluar.

¤¤¤¤

" Jawab je lah kenapa! " marah Fakhrul. Dia menyampah betul tengok muka kerek perempuan depan dia ni.

Farah hanya membuat muka. Bengang pula rasa. Dengan orang ramai tengok ni. Cari pasal jantan seekor ni.

" Shame on you. Kau lupa apa kau buat dengan Jane dekat tandas dua hari lepas? Nak. Aku. Ingatkan. Ke? " nada sarkastik Farah ketara sangat bila sepatah-sepatah dia sebut.

Fakhrul terkedu. Tak mungkin Qisha nampak. Kan? Tapi mana minah ni tahu?

" Betullah tu. Qisha nampak semua. Kau ingat sepandai-pandai tupai melompat, tak jatuh ke tanah ke? Salah lah gila " dingin Shafika.

Zulaikha hanya berpeluk tubuh melihat pertelingkahan lidah itu. Malas nak masuk campur. Kang ada yang masuk kepala dalam jamban kang.

Fakhrul terdiam mendengar ayat Shafika. Dia dah agak dia takde peluang dah apabila melihat muka serius gadis-gadis ini.

" Baguslah. So nanti kau cakap dengan dia, kami putus " sinis Fakhrul. Ingat dia akan mengalah?

Farah tergelak sinis.

" Bagus . Senang hati aku bila korang putus. Sebab berlambak lagi yang tunggu Qisha. Bukan kau je. Aku pun tak hadap muka macam kau ni " Sejurus berkata begitu , Farah terus beredar.

" Entah! Muka macam orang pecah masuk rumah gini pun ada orang nak " ujar Zulaikha sebelum mengikuti langkah Farah.

" Jangan fikir Qisha tu akan melutut dekat kau ok sakai " ejek Shafika sebelum pergi. Dia memberikan satu jelingan tajam pada Fakhrul.

Farrid, Daniel dan Iman ternganga melihat semua itu tadi. Mak haih. Savagenya gadis itu semua. Tak takut langsung dekat Fakhrul tu. Whoaaa !

" Dahsyat siott dorang. Qisha deserve them as her friends " puji Iman sebelum tersenyum kecil.

Farrid dan Daniel mengangguk setuju. Mereka sendiri tak percaya melihat keadaan itu tadi.

Farrid tersenyum kecil melihat Shafika yang sudah berjalan jauh itu. Entah kenapa tiba-tiba dia rindu akan gadis itu.

Sebab kebelakangan ini dia sibuk dengan latihan petang. Aktiviti kelab pun terpaksa Shafika handle dengan yang lain.

Warghhh! Stress hmm..

Bila boleh jumpa nii?

Tbc

My FondnessWhere stories live. Discover now