#6

9.5K 391 20
                                    

Sebulan kemudian,

" Nahh. Malas betul kau nak beratur beli kan " Shafika menghulurkan roti gardenia itu kepada Farah.

Farah tersengih kecil. Ni Shafika. Salah satu sahabat dunia akhirat dia juga.

" Thankyouuuu.. Ni sayangg kauu lebih nii " Farah tergelak apabila Shafika menjulingkan matanya. Dia tahu gadis itu malas nak layan.

" Acah lah kau sayang aku. Qisha mana nak campak? Haha " Shafika tersenyum apabila teringat gadis kenit itu.

Masa rehat ni memang kantin sesak sangat. Jadi, Farah suruh je Shafika pergi belikan dia makanan. Qisha pula entah hilang ke mana.

" Macam mana kau dengan dia? " Tiba-tiba Farah bertanya soalan yang meragut nafas Shafika.

" Siapa ? "

Farah menjulingkan mata. Dah tahu ke pura-pura tak tahu?

" Farrid Affiq "

Shafika terus tersedak dengar nama tu. Siapa tak tersedak dengar nama crush sendiri.

" Kau ni apahal sebut nama dia? " Shafika melilau mata tengok kalau-kalau ada orang yang dengar. Mati kalau ada orang dengar ni. Aduhaii!

" Dah kau tanya siapa. Aku jawab benda betul hahah " ujar Farah. Tu lah, saja tanya siapa, kan terus berdesup nama mamat tu keluar.

" Kitaorang kawan je lah. Takde benda pun sampai nak move to another step. " jelas Shafika walaupun dia rasa nak move juga hahah!

" Ye ke? Kalau move pun okay apa. Pengerusi kelab bahasa inggeris feat Naib pengerusi hahaahh cun lah tu " usik Farah.

Kekadang dia rasa mereka sesuai juga. Sebab Farrid tu more to cute than handsome. Shaf pula lawa je. Kira sesuailah tu.

" Memandai ! Dah lah jom masuk kelas. Kejap lagi habis masa rehat " Shafika terus bangun diikuti Farah. Qisha mesti dah lesap dulu lah tu agaknya.

Baru ingin melangkah, tiba-tiba satu suara memanggil nama Shafika.

" Shaff ! "

Shafika dan Farah berpusing ke belakang.

" Dia datanggg dahhhhh " usik Farah sambil memandang tempat lain.

Shafika menjeling Farah di sebelah. Sengaja nak dengki lah tu.

" Ye nak apa Fiq ? " Shafika cuba mengawal rentak hati dia .

Farrid mengusap belakang lehernya . Dia sebenarnya tak boleh berdepan dengan Shafika ni . Hati selalu sangat tak terkawal.

" Cikgu Ikin panggil kita berdua dekat bilik guru sekarang . Hmm kalau kau tak kisah , kita pergi sama-sama lah jom ? " Farrid cuba mengawal getaran suaranya supaya tak nampak seperti nervous . 

Farah tersenyum mengusik . 

" Ohh nak ajak dia jalan sama ke ? Macam tu aku pergi dulu lah ok . Jaga budak ni baik-baik . JANGAN MELENCONG KE TEMPAT LAIN PULA . Hahahah byee sister " Farah terus tergelak apabila Shafika menjeling dia . Dia terus berjalan ke kelas . Nanti kena sepuk , bahaya je .

Shafika menepuk dahinya . Sengal lah sahabat dia tu . Buat malu orang betul ! Dia tersenyum kecil dekat Farrid yang sebelah dia tu .

Nak tengok mamat tu pun kena mendongak . Kau expect apa dengan beza ketinggian 170cm vs 159cm ? Sedih betul .

" Ehem jom lah " Farrid menggerakkan tangannya tanda menyuruh Shafika jalan dahulu .

Dia sendiri pun malu dengan ayat Farah AzZahra tadi . Kalau tak dia palingkan muka tadi,sah Shafika nampak muka dia merah.

¤¤¤

Sebaik sahaja Farah masuk ke kelas , Qisha terus bertanya .

" Mana Shaff ? Bukan dia rehat dengan kau ke tadi ? " Qisha menutup buku matematik tambahan.

Dia mengucapkan terima kasih pada Zulaikha sebab bagi dia pinjam.

Standardlah bab meniru dekat sekolah ni . Ini pun dia tiru satu soalan je okay !

" Haah . Bukan tadi dia jalan dengan kau masa nak naik ? " Zulaikha mencari susuk tubuh kawannya itu kalau-kalau ada .

" Farrid pinjam dia kejap tadi. Cikgu Ikin nak jumpa diaorang " Farah melabuhkan duduk di kerusi . Penat juga naik tangga tu walaupun takat tingkat satu je kelas dia ni . 

Qisha dan Zulaikha tersenyum kecil. Okayy faham dah kenapa si Farah ni masa masuk kelas tadi tiba-tiba macam orang terlebih gula hahahah !

Ni mesti mengusik dua manusia tu ni . Mereka tahu je kisah Shafika dengan Farrid tu sebab mereka berempat sahabat dari dulu lagi . Jadi takde rahsia antara mereka pastinya.

Mula tu macam tak percaya je Shafika tu suka si atlet sekolah tu. Tapi bila tengok sekarang macam acah malu gitu hahaha! Nampaklah kebenarannya tu. Mereka pun tahu Farrid ada hati dekat Shafika. Tunggu masa je ni.

Masa untuk?

Declare !

Hahaha!

Tbc

My FondnessWhere stories live. Discover now