█████ Sinis bibir Haikall melihat gambar yang tertera. Diamati gambar itu sebelum telefon pintar ditutup dan disimpan dalam kocek seluar. Melihat Lukman yang menghampiri senyum sinis bertukar menjadi senyum nipis.
"Kau tengok apa?" Lukman mengambil tempat di sebelah Haikall.
"Gambar kawan." Mudah jawapan dia. Rasa nak tergelak pun ada. Kawan? Pernah ke dia menganggap perempuan itu kawan dia? Tak pernah. Musuh kekal musuh, pembunuh tetap pembunuh. Tak ada apa yang dapat mengubah rasa itu.
"Kawan kau tak bangun lagi?"
Haikall geleng. Kalau ikutkan gambar yang dia tengok, macam itulah keadaannya. Masih kaku tak bergerak. Mata tertutup rapat dengan bibir yang pucat dan merekah.
Empat tahun sudah berlalu, keadaan dia masih sama. Sampaikan Haikall dah sambung belajar, dah dapat kawan, ada pengalaman baru yang amat menyakitkan, dia di sana masih sama. Masih tidur tak mahu bangun. Sakit hati Haikall tengok dia. Haikall di sini masih menderita sedangkan dia seronok tidur dan sentiasa terjaga.
"Kau skip kelas ke, Zul? Tak nampak pun dalam dewan tadi."
"Malaslah, aku penat."
"Sir Faizal asyik tanya pasal kau."
"Kau jawab apa?"
"Bro, aku tak sempat cakap apa-apa, Harith dah menyampuk," cerita Lukman. Nak back up si kawan takut dia bergaduh pula dengan Harith dalam dewan kuliah itu. Daripada dapat malu, baik bersabar dan biarkan Haikall sendiri yang uruskan.
Haikall mengeluh. Tengkuk dia urut sekejap sebelum pandang Lukman semula.
"Kelas dah nak mula. Kau kat sini lagi apahal?"
"Kau? Tak pergi?"
"Kau rasa?"
"Humh, yalah." Lukman meninggalkan Haikall. Kepala digeleng sekali sebelum kaki bergerak pergi menjauh. Risau, takut, gelisah semua ada apabila dia meninggalkan Haikall sendiri. Haikall kadang-kadang bijak, kadang-kadang ada bodohnya. Kalau bukan dia yang tolong, siapa lagi yang sudi? Tak ada siapa.
Tak lama kemudian, kelibat Harith kelihatan. Haikall yang baru saja mahu lelap sekejap terganggu tatkala kaki Harith naik mendarat di ruang sebelah punggungnya. Perlahan kepala Haikall terangkat. Bertentang mata dengan Harith.
"Kau nak apa lagi?" Pasrah Haikall bertanya. Dia betul-betul penat. Mengharapkan hari ini tak ada gangguan. Takdir bukan dia yang rancang. Kalau terkena, mampuslah dia.
"Kalau nak perhatian pun... Tak payahlah sampai tak datang kelas," kata Harith berbaur sindiran. Bunyi sindiran itu ada tapi Haikall masih tak dapat tangkap maknanya. Muka tolol dia tayang sambil kening bertaut seolah-olah memperlekeh kata-kata Harith.
"Bapak kau sebok cari kau kat dalam sana. Kau ingat kau anak tan sri ke nak bentang red carpet?" Jegil mata Harith. Tak suka dengan reaksi Haikall. Tercabar kesabaran melihat Haikall langsung tak terkesan.
"Aku tak sihatlah." Bersahaja Haikall membalas.
Harith berdecit. Dinding pipi dia gigit. Melihat Haikall begini, nampak sangat lelaki itu tak serik.
YOU ARE READING
KeelLela : Misi Mencari Happy Ending
Teen FictionSambungan KeelLela 💃 Banyak drama, cintan-cintun, masalah keluarga yang tak selesai sejak azali 🦭 Cover : @qazhara No copycat no plagiarism 🚫 Hormat usaha orang lain ✋ © iqahaqi