27. Twenty Seven

434 60 6
                                    

11 TAHUN YANG LALU (Sambungan KeelLela, Bab 36, Bahagian 01)

Dari kejauhan Shakeel dengar hiruk-pikuk jalan raya. Ray di sisi sedang memapah dia. Kerana Ray, dia telah terselamat daripada diserang lelaki mabuk tadi. Lelaki itu sudah pun tumbang dek pukulan kayu Ray padanya.

"Kenapa kau tolong aku?" Shakeel betul-betul nak tahu. Dalam banyak-banyak orang, siapa sangka Ray yang datang selamatkan dia? Kalau bukan sebab Ray, mustahil dia mampu mengelak serangan lelaki tadi.

Rayden diam tak bersuara. Kenapa aku selamatkan dia? Mungkin sebab aku tak bencikan dia? Ray tak pernah berdendam dengan sesiapa melainkan ibu bapanya.

Dia pun tak pasti kenapa Haikall suka membuli orang lain. Kata Haikall, begitulah cara dia untuk menghilangkan bosan. Maka Ray biarkan Haikall buat apa yang dia suka. Lelaki itu tak berminat untuk masuk campur.

PIN PIN PIN!

Bunyi hon kuat kedengaran. Ray dan Shakeel saling berpandangan. Langkah dilajukan. Masing-masing menahan debaran.

Kedua-duanya bungkam apabila melihat Alyan dan Haikall berada di tengah jalan. Dengan itu, Ray sepantas kilat melepaskan Shakeel dan meluru ke arah mereka.

"Argh!" Ray mengerang menyentuh dada sendiri.

Ergh... Tak sempat! Lelaki itu mendengus.

"Lela!" Suara Shakeel pekik memanggil. Tubuh kecil Alyan cuba untuk menyedarkan Haikall namun lelaki itu langsung tidak bergerak. Tubuhnya menggeletar sambil tangan menutup telinga.

Shakeel cuba untuk mendapatkan mereka di kala Ray sudah rebah di atas jalan. Namun, sebaik saja dia mahu berdiri, ada satu susuk tubuh memecut lalu menyeret mereka ke tepi jalan.

Segalanya berlaku dengan sangat pantas. Shakeel terduduk kerana terlalu terkejut.

Mereka selamat... Mereka selamat!

"Keel! Kau okey?" Azam berkata lalu melihat dua susuk tubuh di sisinya. Kedua-duanya tak sedarkan diri. Anak matanya jatuh pada Ray yang lemah terbaring.

"Ray?" Shakeel tersedar serta merta. Laju dia mendapatkan Ray. Lelaki itu berpeluh-peluh seakan-akan sedang menahan sakit. Matanya bundar melihat Shakeel. Air matanya mengalir dek terlalu sakit.

"Kau kenapa?" Mata Shakeel terketar-ketar. Apalah yang tubuh kecil itu mampu lakukan. Melihat Ray yang menderita memegang dada, Shakeel terpinga-pinga dalam ketakutan.

"Zam... Dia sakit Zam..." Lirih suara Shakeel.

"Kita nak buat apa sekarang?"

"Doktor! Kita kena bawa dia jumpa doktor!" Kalut Shakeel gendong Ray di belakang badannya.

"Tapi bahu kau-"

"Kita tak ada masa!" Shakeel menjerit dengan air mata yang bergelinang. Keadaan Ray sangat lemah. Hanya itu yang terlintas di fikirannya kini.

█████ Kepala terasa dingin. Kening Shakeel bertaut apabila tidurnya diganggu. Apabila dia buka mata, Alyan ada di depan matanya. Sedang duduk di sisi katil.

"Nak makan?" Alyan bertanya sambil mengangkat keningnya.

Shakeel raba dahinya. Kain lembab itu ditarik menutup bahagian mata.

Alyan mendengus manja. "Makanlah sikit."

Shakeel geleng kepala. Tak ada selera mahu menelan apa-apa.

Alyan tahu Shakeel tak suka makan makanan kedai. Lelaki itu lebih suka masak sendiri. Kalau pergi kedai pun mesti Shakeel pesan air saja. Alyan juga tahu Shakeel kenal dirinya.

KeelLela : Misi Mencari Happy EndingWhere stories live. Discover now