04

1.3K 105 27
                                    

12/01/2020

█████ Dari jauh lagi Farhana sudah nampak susuk tubuh seorang gadis. Bibir spontan terherot melihat kehadiran dia. Bukan apa, susah benar dia nak mengalah. Bosnya sudah berkali-kali menolak pun tetap mahu datang.

Pantas Farhana buat-buat tak nampak apabila wajah gadis itu berpaling ke arahnya. Tubuh berpusing ingin lari dari segala kemungkinan. Tapi apakan daya, macam yang dia agak, suara itu pasti berbunyi.

"Adik yang pakai baju purple, tumpang tanya."

Farhana tak menoleh. Masih berharap bukan dia yang diseru.

"Dik, saya tanya awak. Pandanglah saya," kata gadis itu lagi.

"Eh?" Senyum diukir manis. "Saya eh?" Farhana tanya sambil tuding jari pada diri sendiri.

"Ya, awaklah."

"Eh ini cik... Zara, kan? Yang datang semalam." Farhana buat-buat lupa. Bukan tak nak layan tapi kalau bos sendiri menolak, dia terpaksalah ikut menolak juga demi keamanan dia dan bosnya.

"Hah, sayalah." Langsung tak berasa malu, Zara mengaku.

"Tolong saya boleh? Saya betul-betul nak kerja dekat sini. Bos awak dekat mana ya? Kenapa dia tak nak bersua muka dengan saya?"

"Eh bukan tak nak bersua muka. Dia busy sikit. Tapi cik Zara jangan salah faham. Dia dah tengok resume cik Zara sejak pertama kali cik minta kerja. Saya pun tak tahu kenapa bos saya tolak tawaran awak. Jawatan kosong dah tutup agaknya."

Encik bos, saya harap awak tambah gaji saya bulan depan, monolog Farhana.

"Macam mana awak tahu dia dah tengok? Kalau dia dah tengok kenapa dia tak terima?"

"Memanglah sebab saya yang jadi tukang pas resume awak. Macam yang saya cakap tadi, mungkin jawatan kosong dah penuh."

Zara tayang wajah toya. Nak percaya tapi macam tak percaya. Apa yang kurangnya dia? Setakat jadi tukang susun barang, dia pun tahu. Nak promosi barang pun dia tahu. Dalam resume sudah dia tempek macam-macam. Takkanlah masih tak diterima?

"Nama awak Farhana, kan? Farhana awak nampak tak sorang lelaki tinggi yang selalu angkat-angkat kotak masuk dalam stor? Dia pekerja dekat sini juga kan?"

Jari jemari Farhana bertaut. Dia diam sekejap terpinga-pinga tak tahu nak jawab apa.

"Yang mana satu eh? Ada dua tiga orang lelaki yang tinggi dekat sini." Cover line. Dia tahu sangat siapa yang gadis itu maksudkan. Siapa lagi kalau bukan Adam Shakeel bosnya sendiri.

"Alah, awak pernah bercakap dengan dia dekat depan rak sana." Zara tunjuk tapi Farhana tak pula menengok. Sebab apa? Sebab dia tahu rak yang mana.

Dahsyat kau Zara... Kalau tak silap, itu kejadian seminggu yang lalu. Bermakna sudah lama gadis ini mengendap anak teruna orang. Farhana tak tahu apa masalah dua makhluk ini tapi yang Farhana tahu, bosnya tak sukakan Zara.

Siapa Shakeel sebenarnya, Zara masih belum tahu. Yang ada dalam kepala otak gadis itu hanyalah, Shakeel bekerja di sini. Hanya kerana Shakeel bekerja di sini. Dia pun nak bekerja di sini.

"Nama dia Adam Shakeel. Awak kenal?"

"Oh! Adam Shakeel. Kenal sangat. Awak nak jumpa dengan dia ke?" Malas mahu bercik-cik dengan Zara. Cukuplah hanya 'awak' dia gunakan.

"Good, awak kenal. Saya nak sangat jumpa dengan dia. Dia dekat mana sekarang?"

"Saya tak pasti dia dekat mana. Tengah buat kerja agaknya." Hantam sajalah labu. Dia cuma ikut arahan aje. Bos tak nak masalah timbul di kedainya hanya sebab seorang perempuan. Tak professional katanya.

KeelLela : Misi Mencari Happy EndingWhere stories live. Discover now