00002

2K 183 23
                                    

18/12/19

█████ Shahmia turun daripada teksi sambil mata ligat memandang kawasan hospital yang penuh dengan umat manusia. Duit yang tersedia dalam tangan dia hulur kepada pakcik pemandu teksi dengan senyum nipis.

Haih, duit aku... Mahalnya ya tohan! Boleh beli nasi ayam lima bungkus.

"Buah tangan jangan lupa bawak kesian kawan awak kebulur..." seloroh pakcik itu.

Shahmia hanya mampu senyum saja. Peramah terlebih pakcik teksi ini. Sepanjang jalan bercerita tak habis-habis.

Sebaik saja teksi itu pergi, mata Shahmia kembali pada pintu masuk hospital. Nafas dia tarik sebelum mula melangkah.

Semakin dia hampir dengan pintu itu, semakin berdebar degup jantung. Nak kata takut, dia langsung tak takut. Cuma tertanya-tanya. Keadaan kawan lamanya masih sama atau sebaliknya?

Dah lima tahun... Lima tahun dia tinggalkan orang sekeliling. Takkan sebegitu lama? Sangkanya mereka dapat bertemu tahun lepas meleset apabila Alyan Mikayla masih tak buka mata.

Teruk ke keadaan dia? Shahmia tak boleh kata apa-apa. Sebab bukan dia yang merasa, bukan dia yang alaminya. Tapi apa yang dia nampak... Mampu buat hati ini insaf. Tertunduk memandang tanah.

Kepalanya cedera. Dua tahun berbalut. Tahun ketiga balutan itu dibuka. Elok balutan dibuka, diganti pula dengan kesan jahitan di bahagian belakang kepala. Botak bertompok kepala gadis itu.

Kata doktor empat tahun lalu, tangan kanan Alyan Mikayla patah. Tak tahu apa khabar tangan gadis itu sekarang. Dah elok ke? Boleh digunakan ke? Kekal menjadi persoalan. Kerana tuan badan sendiri masih belum sedar. Sukar untuk memutuskan apa-apa. Hanya mampu mengangak dan meramal saja.

Ini sajalah Shahmia mampu buat untuk membalas jasa Alyan Mikayla. Jasa apa? Jasa yang mana? Dia sendiri tak tahu. Mungkin sebab Alyan Mikayla sudi berkawan dengannya ketika dia bergelar pembuli. Orang yang tidak memandang dia sebelah mata hanya kerana dia seorang pembuli. Alyan Mikayla melayan dia macam seorang kawan. Yang mana tak semua orang sanggup buat.

Selepas mengenali perangai Haikall yang sebenar, dia faham kenapa Alyan enggan bantu dia. Tak hairan kalau Alyan bersunguh-sungguh tak mahu. Dia cuma terlalu terdesak. Tak ada sesiapa mahu melihat muka dia, mendengar apa yang dia nak katakan.

"Alyan, lamanya kau tidur. Dah lima tahun kau baring atas katil. Kau punya tidur kalah orang lain tahu? Sekarang bulan Januari. Dah masuk tahun kelima kau tak sedar. Aku punyalah yakin kau akan bangun tahun lepas tapi..."

Shahmia tak nak Alyan lupakan dia. Kemungkinan besar Alyan boleh amnesia. Koma terlalu lama banyak impak negatif boleh terjadi.

"Haikall ada datang jumpa aku. Macam biasalah dia ajak borak kosong. Entah apa motif dia. Nak perangkap akulah agaknya. Tapi kan, selama dia belajar dekat situ tak ada pulak dia kacau aku. Dia aku tengok selalu gerak solo. Tak ada geng. Kalau ada pun Lukman. Itu confirm kena tipu hidup-hidup dengan Haikall. Kalau dia tahu tanduk Haikall panjang mana, mesti dia tak nak pandang Haikall lansung."

"Minggu depan hari jadi aku. Aku harap kau dah buka mata nanti. Aku singgah sekejap aje sebab ada orang lain pulak nak sembang dengan kau. Aku balik dulu."

Apalah nasib. Tambang bukan main cekik darah. Datang sini sekejap tak sampai sepuluh minit. Alyan patut berterima kasih dekat dia sesudah Alyan bangun nanti.

Sebelum pulang, Shahmia lepak sekejap di sisi Alyan Mikayla. Mata tak reti duduk diam. Suka tengok tingkap besar lutsinar yang ada di sebelah kanan katil. Terang, selesa, kemas. Tak payah kongsi bilik dengan orang. Tak tahu pula dia Alyan Mikayla orang kaya.

KeelLela : Misi Mencari Happy EndingWhere stories live. Discover now