33. Tiga-tiga

510 44 1
                                    

ALMIRA keluar dari bilik air sambil mengeringkan rambutnya dengan tuala. Tingkap yang terbuka dia pandang sekilas. 

Rasanya aku dah tutup tingkap tadi, angin kuat sangat ke?

Selepas tutup semula tingkap itu, Almira duduk di depan cermin untuk menyikat rambut yang basah.

Sambil menyikat rambut, dia lihat gambar-gambar yang tergantung di meja soleknya. Memang menjadi rutinnya untuk lihat gambar-gambar itu untuk mengubat rasa rindu.

Macam-macam gambar ada di situ. Gambar dia dengan arwah atuk, gambar dia bersama Alyan, gambar dia dengan Shakeel sewaktu mereka berada di New Zealand, gambar dia tamat persekolahan dan banyak lagi.

Semuanya baik-baik saja sampailah Almira sedar salah satu daripada gambarnya hilang. 

Gambar dia bersama kereta pertamanya.

"Mana gambar aku pergi?" Dia berbicara sendiri sambil tercari-cari. 

Tak jumpa, maka dia putus asa sudahnya. 

Kaki mengorak langkah keluar daripada bilik, mencari susuk tubuh tubuh Alyan Mikayla di seluruh pelusuk rumah. Tingkat atas tak ada, mungkin dia ada di bawah.

Cari punya cari rupanya gadis itu ada saja bersantap di meja makan.

"Nak makan?" Alyan tegur sambil tunjuk apa yang dia jamah.

"Tak lapar." Almira mengambil tempat di depan kakaknya.

"Kau ada masuk bilik aku ke tadi?"

Alyan geleng kepala, "kenapa?"

"Barang aku hilang."

Alyan tayang muka terkejut. "Barang apa? Emas? Rantai berlian? Cincin?" Tiba-tiba rasa cuak takut-takut rumah mereka dipecah masuk. Sudahlah mereka berdua saja ada dalam rumah sekarang ini.

"Gambar aku, yang aku selalu gantung… Kau ada nampak tak?" Sedih sikitlah gambar itu hilang. Nak cetak balik, softcopy pun dah tak ada. Tukar telefon tempoh hari, terlupa nak back up.

Kereta pertama kut! Guna duit sendiri tau. Nak tangkap semula boleh saja, tapi hari pertama tak sama dengan hari ke 100.

"Mungkin terjatuh, terselit dekat mana-mana?" Sedih pula tengok muka muram Almira. 

"Dah cari, tak jumpa," kata Almira hampa.

"Nanti aku tolong kau cari." Pasal gambar-gambar Almira, Alyan memang tak pernah usik. Seriau dia kalau Almira tiba-tiba naik angin. Orang dah susun cantik-cantik, kita usik pula.

"Kau… Ada ingat apa-apa tak?" Sejak dua menjak ini Almira tak ambil peduli pun tentang kakaknya. Tak bertanya pun perkembangan gadis itu. Apa boleh buat, dari hari pertama atuk pergi, sehingga ke hari ini ⎯ Almira masih terkejut dengan apa yang terjadi.

"Sikit-sikitlah masa sekolah menengah," hantam sajalah labu. Tak tahu respon yang tepat untuk soalan itu.

Alyan rasa, kalau dia tak pura-pura pun situasi masih sama seperti sekarang. Alyan cuma tak mahu Shakeel tahu yang dia ingat segala apa yang terjadi antara dia dan Haikall. Entahlah, rasa marah masih belum terpadam. Dia mahu tahu kenapa Shakeel tak pernah bercerita padanya. Kenapa Shakeel biarkan Haikall kacau hidup dia kalau Shakeel boleh terus terang? Kalaulah Shakeel buka mulut, mesti dia dan Haikall takkan bermusuh.

"Aku tak salahkan kau kalau kau tak ingat aku. Kita memang tak rapat pun masa kecil-kecil dulu sebab aku tinggal dengan atuk, kau dan Shakeel pula duduk Malaysia." Sedih Almira bercerita. 

"Hey, aku tahulah kau adik aku. Ummi ada tunjuk gambar kita masa umur dua tahun sebelum kau pindah luar negara."

"Habis kalau ummi tak tunjuk gambar kita, aku bukan adik kau ke?"

KeelLela : Misi Mencari Happy EndingWhere stories live. Discover now