20/6/2020
DENGAN sebal Haikall berjalan. Kini dia sudah jauh daripada wad Alyan Mikayla. Dekat mana-mana pun Shakeel mesti ada. Sayang betul dengan adik dia. Walaupun Haikall benci, sedikit sebanyak dia faham perasaan itu. Ray bukan abang kandung dia, tapi sayang dia pada Ray lebih daripada semuanya. Tak adil kalau Shakeel boleh gembira sedangkan dia berduka.
Haikall mengatur langkah ke motornya semula sambil menenangkan diri yang masih geram cuba untuk tidak melampiaskan marah di tempat awam.
"Sorry bro lambat. Aku on the way masuk, kau dekat mana?"
Sayup-sayup suara itu mengetuk gendang telinga.
Suara itu... Macam pernah dengar.
Haikall mengerling figura di sisinya. Dia sedang gegas mematikan enjin dan turun daripada motornya sama seperti dia tadi. Seorang lelaki memakai kaca mata hitam menyapa pandangan. Tak perlu tunggu dia buka kaca mata, Haikall dah tahu siapa orangnya.
"Darwish..." Garau suara Haikall menegur. Darwish yang sedang berhubung melalui telefon terhenti tingkahnya. Kaku sekejap memandang Haikall yang jelas tertanya-tanya kenapa dia ada di sini.
Darwish berdehem kemudian senyum. Kaca mata hitamnya ditanggalkan.
"Haikall... Kau buat apa dekat sini?"
"Kau bukan dengan Lukman ke? Macam mana kau..."
"Lepas kau pergi tadi aku pun blah juga nak jumpa kawan. Kau? Datang sini sebab?" Relaks Darwish menerangkan.
"Jumpa kawan dekat hospital?" Haikall pelik, Darwish pula ketawa.
"Salah ke? Kawan aku doktor. Kau? Kawan kau doktor juga? Ke kau datang lawat orang sakit?"
Soalan Darwish tak dilayan. Darwish tak perlu tahu kenapa dia ke mari.
"Aku masuk dulu," pamit Darwish lalu terus masuk ke dalam apabila Haikall tak mahu menjawab soalannya.
Tak ada angin tak ada ribut, Haikall rasa ingin ekori Darwish mahu tahu ke mana lelaki itu pergi, dengan siapa dia ingin berjumpa. Bukan nak menyibuk... Dia cuma...
Argh, mengaku ajelah Haikall kau memang nak menyibuk!
Bukan apa, takut-takut Darwish curiga dengan dia. Kalau sekali mereka boleh terserempak, selepas ini macam mana pula? Dia cukup tak suka kalau ada yang mengacau hal dia. Cukuplah hanya Lukman seorang. Haikall pasti Darwish akan report pada Lukman dan Lukman akan tanya soalan entah apa-apa padanya nanti.
Penuh hati-hati Haikall mengekor, ingin mengelak orang lain syak bukan-bukan tentangnya.
"Darwish! Lambat kau datang, sepupu kau mana? Tak datang sekali?"
"Dia ajak aku piknik tadi itu yang lambat sikit. Malas lah aku ajak dia."
Haikall pun apa lagi. Buat-buat sibuklah. Tapi sibuk-sibuk dia, perasaan terkejut tak dapat disembunyikan.
Darwish kenal Fattah?!
Agak-agaknya... Darwish kenal Alyan tak? Dan yang paling penting... Lukman kenal Fattah juga ke? Kalau mereka saling berhubung susah Haikall nak buat kerja. Punya kawan kepoh macam Lukman dengan dirinya yang suka berahsia memang tak ngam.
Darwish dan Fattah jalan beriringan. Semakin menjauh dari tempat Haikall berdiri. Tak terasa ingin ekori Darwish lagi, Haikall berdecit geram lalu beredar keluar semula.
HARI pertama bekerja di kedai Shakeel memang amat memenatkan. Macam inilah agaknya bila kau belum ada pengalaman. Tak sangka pula dia perlu angkat barang-barang berat begini.
YOU ARE READING
KeelLela : Misi Mencari Happy Ending
Teen FictionSambungan KeelLela 💃 Banyak drama, cintan-cintun, masalah keluarga yang tak selesai sejak azali 🦭 Cover : @qazhara No copycat no plagiarism 🚫 Hormat usaha orang lain ✋ © iqahaqi