14. "Isteri aku... Tolong isteri aku..."

896 102 8
                                    

11/11/2020

█████ Haikall parkir motornya. Bangunan besar di depannya ditatap sejenak sebelum membuat keputusan untuk masuk ke dalam. Macam biasa, bau ubat, sejuk, penuh pesakit sana sini. Alyan Mikayla ada empat hari lagi sebelum dia dibenarkan pulang.

Tanpa Haikall sedar, banyak benda yang dia tahu tentang gadis itu. Orang yang paling dia benci.

Kaki semakin hampir dengan wad Alyan Mikayla dan lagi sekali... Dia tak ada di dalam biliknya. Tak semena-mena Haikall mendengus. Telefon pintar dibuka. Notifikasi daripada satu nombor menambah kesebalannya.

Dia nak apa? Apa masalah perempuan ini?

Ada lapan mesej daripada Almira. Walaupun dah masuk hari kedua, mesej itu masih sama. Tak dibaca olehnya.

Tch, serabut betul.

Pap... pap... pap... bunyi tongkat menarik perhatian Haikall. Kepala diangkat. Macam yang dia sangka, orang yang dia nak jumpa ada di depan mata.

"Kau lagi?" Tak gentar Alyan Mikayla menegur. Wajah toya ditayang. Pagi-pagi lagi mood sudah terbang hanya sebab muka ini.

Rindu aku ke macam mana? Haih, Haikall...

"Seronok dilayan macam raja Mikayla?"

Seronok? Seronok apa! Macam duduk dalam penjara adalah.

"Kalau kau nak rasa, kena koma lima tahun dululah," jawab Alyan.

Haikall mengetap gigi. Tak puas hati melihat Alyan Mikayla yang hanya bersahaja. Lawak ke suruh aku koma lima tahun!

"Nak apa? Sesat ke?" kata gadis itu lagi.

Kecil mata Haikall memandang Alyan Mikayla. Tak ada apa yang berubah pada gadis itu. Hanya bibir saja pucat sedikit. Amnesia? Susah dia nak percaya.

"Kau... Ingat Ray?"

Alyan terkedu mendengar nama itu. Daripada apa yang dia tahu, Ray dan Haikall bukanlah adik beradik. Nama sebenar Ray... Dia tak pernah tahu. Haikall tak pernah sebut nama penuh Ray di depannya. Mungkin nama itu nama panggilan dia.

"Ray? Rachel Gardner?"

Haikall terpinga-pinga mendengar jawapan itu. Tak serius langsung. Rachel mana pula yang dia sebut ini?

"Rachel Gardner tak kenal? Tak tengok anime eh?"

Pffttt... Alyan Mikayla! Apa kau cuba buat? Kau tengah bercakap dengan Zul Haikall tau, bukan dengan Shakeel. Loyar buruk macam gini, ingat dia nak layan ke?

"Apa benda kau merepek ni?" Berkerut sudah kening Haikall. Betul-betul amnesia ke? Pelik benar perangai dia.

Haikall masih tak yakin dengan status kesihatan Alyan Mikayla. Susahlah kalau dia tak ingat. Macam mana Haikall nak hantui fikiran gadis itu kalau gadis itu sendiri tak tahu apa-apa.

Kalau Haikall fikir Alyan akan lebih menderita kalau dia tahu semuanya... Haikall silap. Alyan Mikayla terlalu kempunan untuk tahu kebenaran di sebalik kisah silamnya. Dia lemah hidup di dalam penipuan. Koma 4 tahun bukanlah satu kelemahan. Alyan Mikayla percaya dengan apa yang telah disusun untuknya kini. Lebih yakin. Lebih semangat untuk teruskan kehidupan walaupun terpaksa hidup bersama dendam dan salah sangka orang.

"Kau tak sihat ke? Macam tak makan sebulan aje." Hantam sajalah. Alyan tak mahu bercakap tentang Ray sekarang ini. Masih rasa bersalah dengan kematian lelaki itu. Layakkah kalau dia rasa... Dia bukan puncanya?

Haikall berdecit. Makin disoal, makin merepek Alyan Mikayla jawab. Kenapa kalau aku tak makan sekalipun?

Tak tipu, Haikall jelas nampak tidak terurus sekarang ini.

KeelLela : Misi Mencari Happy EndingWhere stories live. Discover now