07. Tujuh

1.5K 142 18
                                    

█████ Dup dap dup dap jantung Fattah berdegup. Memandang wajah polos Alyan Mikayla walaupun beku tiada ekspresi, matanya nampak sayu. Seakan-akan sedang takut. Apa yang gadis itu fikirkan? Dia perlu ambil tahu. Dia kena tahu. Kesian. Di usia yang sangat muda, hospital sudah jadi rumah kedua.

"Doktor kenal keluarga saya? Tolong saya boleh?" Tanpa menjawab soalan Fattah, Alyan terus bertanya. Seolah-olah ingin mengelak. Tika itu tak terfikir langsung di fikiran Fattah. Tapi bila difikirkan semula...

"Uhm?" Fattah layankan saja.

"Saya sebenarnya..." Alyan menunduk, melihat jari sendiri. Fattah pula sabar menunggu, tak mahu menggesa.

"Saya... Dah ingat semuanya."

Bebola mata Fattah pegun. Terkejut. Keras tubuhnya yang sedang bersila. Memandang anak mata Alyan Mikayla yang kini bersabung dengan matanya.

Semuanya... Setiap detik, setiap saat, setiap kejadian... Bukan lagi rahsia, bukan lagi persoalan.

"Tolong saya... Keluarga saya... mereka tak boleh tahu. Saya tak nak mereka tahu. Tolong saya doktor. Saya merayu."

"Tapi Alyan-"

"Please..."

"Empat tahun mereka tunggu awak. Empat tahun awak tak ada dengan mereka. Awak pasti ke-"

"Empat tahun saya hidup sorang-sorang. Gelap. Cuma dengar suara tapi tak dapat tengok muka. Doktor tak nak tolong saya? Doktor tak kesiankan saya?"

Eh, pandai pula dia menjawab! Macam mana ni?

"Tak bolehlah Alyan... Awak ingat Shakeel? Abang awak? Awak mungkin dah lupa Shakeel itu macam mana. Saya kenal dia dan saya tak berani nak tipu dia."

"Shakeel? Adam Shakeel?" Alyan Mikayla senyap selepas itu. Fattah pula sibuk memikirkan permintaan Alyan Mikayla yang dia rasa keputusan yang sangat gila. Fikir mudah ke? Tipu ahli keluarga, palsukan rekod kesihatan pesakit. Silap-silap lokap jadi sahabat dia. Penat saja dia belajar sampai ke Jepun sana.

"Alyan?"

Diam saja dari tadi. Bila dipandang, bibirnya rapat, mata terbuka. Mengelamun ke dia?

Alyan Mikayla memandang Fattah sekilas sebelum dia...

Bum!

"Alyan!"

Pengsan!

Tak berlengah, Fattah terus mencempung tubuh itu.

"Kau banyak mengelamun Fattah, kau kenapa?" Shakeel menyoal setelah menepuk bahu lelaki itu.

"Hah? Tak adalah, aku tengah fikir something." Fattah geleng kepala kepala sambil tayang senyum kelatnya.

Senget bibir Shakeel memandang Fattah. Lalu dia bersuara. "Thanks sebab jagakan dia. Kau dah lunch, kan? Aku baru nak ajak makan. Lain kalilah aku belanja." Nak menceriakan suasanalah kononnya.

"Menyesal pulak makan awal-awal," Fattah ketawa. Tak pasti ikhlas atau tidak. Shakeel yang mendengar cuma senyum saja.

"Kau mesti penat, pergilah rehat," kata Shakeel.

"Wow Shakeel! Rare betul kau ambil berat pasal aku. Apasal? Kau happy sebab adik kau dah bangun?"

"Dah bangun tapi amnesia?" Spontan kepala Shakeel menggeleng. Mendengar itu Fattah jadi kelu. Silap besar dia cakap begitu.

"Kau tengok-tengokkan dia, aku keluar dulu." Macam yang Shakeel kata tadi, dia penat dan dia nak berehat. Atau mungkin dia tak dapat berehat pun. Alyan bukan satu-satunya pesakit di bawah jagaan dia.

KeelLela : Misi Mencari Happy EndingWhere stories live. Discover now