17/1/21
█████ Tangan Zara ligat mengambil beberapa batang lipstik. Memilih warna yang menggamit minatnya. Ada lagi 20 minit sebelum masa rehatnya habis. Masa ini digunakan sebaik-baiknya untuk memanjakan diri sendiri. Tak dapat jumpa Shakeel, shopping pun jadilah.
Jarang sekali dia dapat bersemuka dengan Shakeel. Bila dia tanya Farhana, jawapan gadis itu cukup untuk membuat dia mengeluh panjang.
"Bos memang macam gitu. Kalau ada benda penting aje dia munculkan diri."
Haih!
Selesai membayar, Zara keluar dengan hati yang masih belum tenang. Asyik teringatkan Shakeel saja. Siang malam wajah lelaki itu yang terbentang di mindanya.
Pap! Bunyi orang berlanggar. Kepala Zara menengadah walaupun bukan bahu dia yang dilanggar. Tidak jauh di depannya ada satu susuk tubuh yang sangat dia kenali. Hampir tersedak juga dia tadi.
"Sorry, sorry pakcik tak sengaja!" kata lelaki tua itu. Elok berkaca mata, berseluar denim, berbaju t-shirt. Kalut pakcik itu meminta maaf.
"Tak apa."
"Adik okey ke?" Lelaki itu menyoal dengan wajah bimbang.
Anak mata Zara jatuh pada gadis itu. Wajahnya menekur ke lantai, mengelak daripada bersabung mata. Dia kelihatan gugup tidak beri tanda-tanda untuk mejawab soalan itu.
"Tandas dekat mana?" Gadis itu menyoal setelah lama berdiam diri.
"Jalan straight, nampak signboard belok kiri."
Dia berlalu selepas mengucap terima kasih. Langkahnya pantas seolah-olah sedang mengelak daripada seseorang.
Pakcik itu masih berdiri pegun. Anak mata menghantar pemergian tubuh kecil gadis itu dengan wajah sugul. Dia meraup rambutnya sebelum bergerak pergi.
Perhatian Zara kembali kepada gadis kecil tadi. Tubuhnya sudah jauh ke depan. Zara memutuskan untuk mengekori gadis itu.
Terjenguk-jenguk kepalanya mengintip anak dara orang tanpa dia tahu apa tujuannya. Datang ke sini semata-mata untuk melihat keadaan gadis itu saja.
Amnesia... Nak juga dia tahu keadaan orang hilang ingatan ini macam mana.
Zara tarik nafas dan hembus.
Mereka sudah tak ada apa-apa hubungan setelah gadis itu mengalami amnesia. Tak ada sebab untuk dia gugup dengan gadis itu lagi.
Zara keluarkan lipstik yang dibeli tadi lalu dicalit pada bibir. Seusai dia menyimpan alat soleknya, pintu kubikel di belakangnya terbuka.
Mata bertemu mata. Zara terkedu beberapa saat melihat wajah gadis itu. Tiada emosi, tiada ekspresi apabila melihatnya.
Mata Zara tekun melihat dia mencuci tangan selang satu sinki daripadanya.
"Kita kenal ke?"
Zara tidak membalas namun tetap yakin memandang anak mata tanpa rasa gentar.
"Kau perempuan depan kedai Sephora tadi kan?"
Oh! Dia perasan rupanya.
YOU ARE READING
KeelLela : Misi Mencari Happy Ending
Teen FictionSambungan KeelLela 💃 Banyak drama, cintan-cintun, masalah keluarga yang tak selesai sejak azali 🦭 Cover : @qazhara No copycat no plagiarism 🚫 Hormat usaha orang lain ✋ © iqahaqi